Sapa lagi kalau bukan cik iklan nuffnang tu...
Kakchik perasan la kan, dah banyak hari iklan nuffnang jarang keluar di waktu siang. Ni di blog kakchik la kan. Yang rajin sikit keluar ialah yang di sidebar, mungkin sebab yang tu dah buffered earning, alhamdulillah. Tapi kan yang lagi dua tu hanya akan rajin keluar selepas jam 12 malam. Adoi la... agaknya dia tau kot ramai nuffnangers and bloggers yang hantu pagi hehe.
Ke... ada sebab lain yang iklan nuffnang tak aktif di siang hari?
Ye lah bila kita mengiklan ni kita nak lah iklan tu selalu aktif kan. Nak kata blog tak di update, selalu je update. Nak kata trafik tak tinggi, dah ok dah tu untuk blog kakchik. Blog cik abe tu trafiknya beribu-ribu sehari tapi waktu aktif cik nuffnang lebih kurang je dengan blog kakchik.
Apa pasal ek?
Sekarang ni dah pukul 1 lebih dan bila kakchik buka je blog laju je keluar 2 dari 3 iklan tu. Nasib le... kalau ramai kawan-kawan blogger yang datang dan berminat nak klik, alhamdulillah. Kalau nak kira masa ni orang dah tidur kan. Kakchik ni tidur lewat malam ni sebab dah terlajak masa tidur. Tadi ke kedai memantau kerja pemasangan signboard dan banting. Dah tak lama nak rasmi kedai ni. Makanya malam ni kakchik pun jadi 'hantu pagi' jugak la.
Sebut pasal hantu pagi ni terkenang zaman dok USM dulu ada satu geng student yang memang kami panggil Hantu Balik Pagi (HBP) hehe ataupun student Housing, Building & Planning sebabnya diorang selalu balik lambat dari studio diorang kat tepi bukit tu. Bakal-bakal arkitek, pereka dalaman semuanya dok jadi HBP kat situ. Dah senior kakchik panggil diorang hantu balik pagi, kakchik pun sekali-sekala ada juga panggil macam tu tapi kawan-kawan yang belajar HBP tak kisah pun. Kalau ada yang terbaca blog kakchik ni, tolong maafkan ya.
So, hantu pagi yang ini mahu beradu dululah ya. Paksa beradu bimbang Subuh esok terlambat kan susah. Pahala kurang Allah pun kurang sayang nanti. Suami jugak akan merajuk sebab lambat siapkan kopi. Sweet dream untuk semua. Wassalam.
betul tu kakchik, semalam seharian saya tunggu, jenuh berjalan dari rumah ke rumah, kebanyakan nuff tido. Agaknya dh letih berjaga malam hari, sebelah siang dia tido laaa....pagi ni sib baik dia jaga. Bangun sembahyang subuh la tu,,,he,he...
ReplyDeletesalam kakchik..mmg mcm tu la kachik..nuff jadi burung hantu..tak larat cikmin nak berjaga..dah naik lebam mata..tapi xde la jgk lebatnya..hihihi...
ReplyDeleteTergelak kakchik baca komen Noorma ni especially tang akhir tu. Boleh jadi la tu dia banguna solat dan pergi kerja. Kat blog kakchik ni yg sidebar tu rajin sangat berbanding yg 2 lagi tu, malas sungguh.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam cikmin. Bezakan dgn iklan advertlets atau innity. Kakchik tengok iklan diorang semuanya keluar tiap2 kali masuk kat blog yg guna iklan tu. Ngape lak yg cik nang kita ni suka main peekaboo. Mata cikmin yg lebam tu dia tak kesian ke?
ReplyDeleteBetul tu, compare May 2009 dengan sekarang, memang ads kurang sikit.
ReplyDeleteBetul tu, after 12 mn baru keluar...
Kalau u online masa tu, tolong support kat blog I, ya, Terima kasih :)
Iriene,
ReplyDeleteApa masalah diorang sbnrnya ya? Nampak macam byk pengiklannya, events pun banyak. Misteriiii...
Kakchik cuba kalau online lewat malam, kakchik singgah blog Iriene dan support.
Trimas singgah dan komen.