Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera.
Kakchik terima gambar ni dalam facebook tadi, rasanya molek juga kalau kakchik tolong war-warkan perkara ni. Memang topik hangat ni tambah-tambah ada di kalangan sahabat yang turut terlibat dalam poligami.
Orang lelaki cukup suka bicara pasal poligami ni tapi kalau mereka benar-benar faham BETAPA BESARnya bebanan orang yang berkanwin lebih dari satu, PASTI mereka tak akan main-main dengan isu poligami.
Orang perempuan pula cepat defensif bila berbicara soal ini. Ye lah kan, sapa yang mudah-mudah rela untuk dimadu? Walaupun ada yang rela suami memadukannya namun mengambil masa juga untuk mengubati hati lebih-lebih lagi jika suami tidak betul-betul adil.
Jadi... jika anda berada di sekitar KB pada tarikh tersebut, mungkin rasa-rasa nak panjangkan langkah ke Dataran Stadium untuk sama-sama mendengar forum ini. Ahli panel pun bukan calang-calang orang tu. Ada Salih Yaacob yang beristeri 3, Ust. Wan Sohor Bani Leman yang beristerikan orang Bosnia dan YB Mumtaz Nawi, Senator Kerajaan Negeri Kelantan yang juga seorang Peguam terkenal di Kelantan.
Isu sensitif ni...
kebykkn lelaki mmg sronok kalu cpt pasal poligami n org pompuan mula gundah gulana.....
ReplyDeletekalu kaum lelaki tau betapa beratnya bebanan myb ramai yg xakn ambil risiko...
Kebykknnya nk tunjuk power la......
salam...
ReplyDeletekalau ada wanita yang rela dirinya dimadu tanpa sebarang perasaan marah... memanglah dia seorang wanita hebat! ATAU mungkin sudah tiada cinta di hatinya sehinggakan dia merelakan tanpa ada rasa... ;)
Salam k.cik, takde sapa tinggalkan komen lg ek. sy la mula dlu..huhu..
ReplyDeletebicara poligami memang rmai lelaki suka, walhal jika terlaksana, lelaki juga blh berduka kerana baru terasa bebanannya. masa belum dpt memang pikir yg indah2 aje.
bg wanita pulak, memang akan terasa sakit, sakit yg tk nmpk lukanya kt luar, tp kt dalam.
kata suami saya, isteri tk perlu fikir apa suami buat kerana isteri tak menanggung dosa2 suami. tapi isteri perlu jaga diri sendiri supaya suami sentiasa redha dengannya...
Salam Kak Chik..
ReplyDeleteTopic yang menarik tuuuu....
salam kakchik..wah topik yg cukup hangat..kalau org laki kompem suke sgtla tgk topik nih..lagi2 artis jemputan Salih Yaacob plak..lagi la happening
ReplyDeletekak nza, sebab tu org pompuan tak mau bincang hal ni tapi org laki suka bincang. kakchik nak tengok masa forum nanti mana lebih ramai hadir.
ReplyDeletewa'alaikummussalam kak e.
ReplyDeleteadanya wanita hebat mungkin juga sebab hatinya tetap dengan Allah, maka dia cepat redha dgn tindakan suaminya tapi hati kita masih jauh nak sentiasa tetap dengan Allah.
bila tiada cinta, mungkin penyelesaiannya akan bergegar arasy
wa'alaikummussalam murni.
ReplyDeletesenang ya suami cakap isteri tak perlu fikir apa yang suami buat sebab tak tanggung dosanya, tapi sebagai isteri tak kan kita tak mau suami kita jauh dari dosa kan. suami isteri saling memerlukan barulah impian syurga Allah tu ada harapan besar milik bersama.
Wa'alaikummussalam Sue @ Nenie.
ReplyDeleteMemang menarik... orang lelaki tersenyum-senyum je bila dengar pengerusi majlis umum pasal prog ni masa kuliah tadi. Senyum ada makna tu.
wa'alaikummussalam lily.
ReplyDeletehehe, biasalah tu... diorang tak ingat yang tanggungjawabnya besar.