Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ni kakchik kemaskini blog untuk memaklumkan yang kakchik telah pun menerima hadiah dari cikmin.com untuk entri ini petang semalam. Kakchik pun tak menyangka yang entri kakchik yang simple tu akan terpilih sebagai ENTRI TERBAIK. Teman-teman boleh melihat keputusannya di blog cikmin di sini.
Terima kasih banyak kepada cikmin yang telah bermurah hati memilih kakchik sebagai pemenang entri terbaik dan dengan pantas menghantarkan hadiahnya, padahal kakchik lewat juga menghantarkan alamat kakchik hari tu.
Hadiah wangian PURE sebanyak 4 botol kecil ini belum kakchik rasmikan lagi. Hehe, insyaAllah kalau sempat nak dipakai pada 26 Feb nanti sempena 12 Rabiulawal bersamaan dengan ulang tahun ke-8 perkahwinan kakchik dengan cik abe.
Bersamanya ada sekeping kad ucapan dari cikmin, walaupun ringkas saja tapi akan kakchik abadikan dalam diari kenangan 2010 kakchik.
Semoga ukhuwah kita berkekalan ya cikmin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewa'alaikummussalam cikmin. aik, cikmin pakai ID yuka ke? hehe, tak kisah la cikmin, yang penting hatinya. pasal anniv. tu takpe... chik sorang pakai pun dah ok, hehe nantikan tak tau pulak sapa yang wangi.
ReplyDeleteTahniah Kak Chik, kena dengan waktu anniversary yang akan datang pulak tu. Double happiness hehehe.
ReplyDeletesalam kakchik..wakakak..x pasan tu..si yuka ada minta tlg td..tu yg yg x logout id dia x pasan..hihihi...
ReplyDeleteye la kan chik..yg penting hati kita kan..cikmin x payah taip semula la komen mula2 td.kakchin dah baca kan..hiks... :) ha ye..kakchik sorg wangi pun dah cukup..kakchik dah baca entry yan?
Terima kasih iza. Ha'ah, memang happy sangat. Harapnya orang yang cium harum bau pewangi ni lebih2 lagi happynya hehe.
ReplyDeleteala cikmin, awat delete komen tu? sayang sekali huhu. tapi dah terpahat dlm ingatan dah.
ReplyDeleteentri yan beum baca lagi. hari ni blm sempat ziarah semua lagi
Salam kak chik,
ReplyDeletetahniah... mg kak chik n cik abe diberkati dan dirahmati allah. kak chik, sy baru terima hadiah kak chik ptg td. tq yer. i'm so appreciated it...
Wa'alaikummussalam Areef.
ReplyDeleteTerima kasih.
Dan syukur alhamdulillah hadiah dah sampai. Lambat juga pos bungkusan tu tiba. Patut Isnin dah sampai.
Tulah sy heran gak. sbb sy tgk kat bungkusan tu 18hb tarikh kak chik pos. "Pos laju, dijamin tak sampai esok", hehehe...
ReplyDeleteAreef, ada sorang lagi pelanggan kakchik belum pun menerima bungkusannya yang diposkan pada hari yang sama. Pelik sesangat ni. Kakchik dah naik risau dah ni.
ReplyDeleteSalam.. Tahniah Kak Chik.. Tentu happy sangat Kak Chik dpt gift dari Cik Min... :)
ReplyDeleteWkslm dan terima kasih Nur. Dapat hadiah memang sangat gembira Nur. Sudah pun kakchik rasmikan kelmarin hehe.
ReplyDelete