Followers

6.2.10

Sehari yang sangat sibuk, padat tapi seronok

Assalamualaikum dan salam malam kepada semua teman-teman blogger. Kakchik doakan kalian semua sentiasa sihat sejahtera. Kakchik, alhamdulillah semakin sihat walaupun hidung masih belum betul-betul sihat.

Tentu ada yang singgah di sini tertanya-tanya ke mana kakchik menghilang sampai sehari suntuk tidak mengemaskini blog. Hehe, jangan panik ya, kakchik ada cuma hari ni jadual aktiviti kakchik terlalu padat seawal jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang hinggakan tak sempat nak ke MariBaca pun.

Hari ni kakchik ambil cuti sebab perlu menghadiri 2 program penting untuk diri kakchik. Sebelah pagi kakchik ada mesyuarat agung Koperasi Wanita Islam Kelantan Berhad (KOWANIS) yang kakchik mempunyai saham di dalamnya. Tapi kakchik tak sempat nak ikuti mesyuarat sampai habis kerana perlu bergegas ke Perdana Resort untuk satu lagi program yang kakchik menjadi AJKnya iaitu Hi-Tea Kelantan Facebookers Gathering. OK, jom tengok gambar.

Mesyuarat Agung KOWANIS Ke-5

 
Sepanduk program.

  
Pengerusi KOWANIS 2009, Pn. Norriha Abd. Ghani sedang memberikan ucapan aluan.

  
Perasmi - YB Dato' Hj. Ahmad b. Yaakob, TMB Kelantan
Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia - En. Wan Ali

  
 Antara VIP dan ahli-ahli KOWANIS yang hadir.

Hi-Tea Kelantan Facebookers Gathering

 
Kakchik ambil peluang bergambar di hadapan backdrop sebelum program bermula.

  
Sebahagian dari hadiah cabutan bertuah sumbangan ahli-ahli SAING. 

  
Pendaftaran kehadiran ialah menggunakan My Card yang terus dibaca oleh Pengimbas Kad.

  
Beratur untuk menerima hadiah istimewa kerana mendaftar awal. Hadiahnya kad Celcom Blue untuk 15 orang terawal.

  
Hidangan hi-tea: keropok, mee goreng, kuih-muih, ayam goreng bersos, sandwich telur, buah-buahan dan sirap.

 
Sessi memperkenalkan diri semasa acara Sembang Santai Ahli SAING.

  
Ketibaan YAB Tok Guru disambut oleh AJK penganjur.

Pada petang tadi dengan rasminya Tok Guru telah mempunyai laman facebook sendiri sebagaimana link yang kakchik letak di bawah. Dan beliau telah merasmikan komuniti Sahabat Siber Sayang Kelantan (SAING) untuk dipromosi kepada seluruh anak-anak Kelantan di seluruh Dunia mahupun sesiapa sahaja yang menyayangi kepemimpinan Islam di Kelantan.

Ini linknya:
http://www.facebook.com/pages/YAB-Tuan-Guru-Dato-Nik-Abdul-Aziz-Nik-Mat/303486519016

Seronok walaupun keletihan bila balik ke rumah. Gembira sebab dapat bertemu teman blogger, Sarah dan boleh berkenalan dengan ramai facebookers Kelantan yang menganggotai SAING. Tak sangka ada yang berusia melebihi 50an begitu bersemangat memanfaatkan facebook.

Antara sedutan ucapan Tok Guru: "tak salah guna facebook asalkan kita menggunakannya untuk kebaikan dan menulis perkara-perkara yang benar." Begitulah lebih kurangnya.

Ok, jumpa di facebook la pulak. Wassalam.

2 comments:

  1. wah..seronoknya kakchik..siap ada facebookers gathering lagi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Nadiah. Allah izinkan semuanya berlaku.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs