Assalamualaikum wr wbt. Apa khabar semua di hari Ahad ni? Hujung minggu di Pantai Barat ni tentu ramai yang bermalas-malasan di rumah atau mungkin di saat ini sedang sibuk di dapur? Atau sedang bersiap-siap untuk keluar shopping? Hehe, seronoklah orang yang bercuti hari ni dan kami yang bekerja juga tetap seronok sebab baru saja bercuti semalam. Kira, adillah kan.
Sebagai pembuka bicara hari ni kakchik nak berbicara pasal satu perkara. Perkara penting yang ramai orang takut untuk memikirkannya. Orang muda sesetengahnya percaya hanya bila dah tua barulah perkara ini berlaku maka hiduplah orang muda dalam alam fantasi nyata yang menyeronokkan, gila-gila dan enjoy. Ada juga orang muda yang sudah pun menapak ke arah menghadapi perkara ini. Dan ada juga orang tua yang masih belum mahu ambil pusing pasal perkara penting ini.
Setiap hari kita melihat, mendengar malah melalui sendiri pengalaman berhadapan perkara ini. Ia amat dekat sebenarnya tapi kerana kesibukan mengejar kehidupan dunia kita sentiasa melupakannya. Mungkin sekali-sekala kita teringatkannya tapi kakchik yakin tak ramai yang merinduinya.
Sehari-hari kita hidup di atas dunia ni seolah-olah esok sentiasa ada. Setiap kali bangun dari tidur, ramai yang langdung tak ucapkan alhamdulillah tapi terus berkejar menekan butang ONN sebuah komputer. Ramai yang lewat tidur malam bukan membuat persiapan untuknya tapi ralit dibuai keenakan alam internet. Kakchik pun termasuk juga.
Kita adalah manusia-manusia penakut yang mulut berani kata, "esok masih ada", sedangkan kita belum tentu "esok untuk siapa?". Kita sebenarnya manusia-manusia lalai yang tidak mahu berfikir tentang perkara itu. Tapi kita semua yakin ia akan tetap datang menyapa kita.
JOM, SAMA-SAMALAH KITA MENGINGATI AKAN MATI!
Nampak seperti cara kematian lelaki ini amat baik. Tapi... bagaimanakah cara kematian kita? Sama-samalah kita mengingati yang kita pasti akan mati. Mungkin selepas ini, Allahu'alam. Semoga kematian kita ialah kematian yang mulia, JOM kita perbanyakkan mengubah amal perbuatan kita kepada kebaikan yang Allah redha dan dicatat sebagai amalan kebaikan di dalam Buku Catatan Peribadi kita yang saban waktu dipegang oleh 2 Malaikat di kiri-kanan kita.
Syukur, kita ada bodyguard untuk menyelia amal perbuatan setiap masa.
syukran kakchik atas peringatan..
ReplyDeleteafwan nadiah. semoga kita sentiasa beringat.
ReplyDelete