Sehubungan itu, pelbagai pihak kalangan pemimpin dan umat Islam telah memberi pandangan, malah sanggup berdemonstrasi mempertikaikan keputusan tersebut. Paling malang, muncul pula pihak yang bersifat anti-harmoni, telah melancarkan “serangan” ke bangunan gereja.
Alhamdulillah, kejadian buruk dan malang yang boleh mengeruh keharmonian tersebut tidak berlaku di Kelantan. Ini kerana, Kelantan sejak zaman-berzaman telah mengamalkan cara hidup berteraskan agama yang berjaya menerapkan persafahaman antara kaum dan agama. Ia sesungguhnya selari dengan ajaran al-Quran, sebagaimana firman Allah (Surah az-Zumar, ayat 38).
Maksud
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Surah Az-Zumar, juz 24:38)
Rakyat Kelantan, kini dalam rahmat dan berkat Allah kerana penerimaan yang jelas dan mutlak kepada keEsaan Allah SWT. Maka, kekalutan seperti cubaan membakar gereja tidak berlaku dan tidak terfikir berlaku di Kelantan. Walaupun kita tahu, di Kelantan sekarang juga terdapat berbilang kaum dan agama. Dalam keadaan Kelantan memiliki 563 buah masjid, 60 To’kong, 22 Wat, 19 Kuil dan 15 buah Gereja, kesemuanya bebas dan aman penuh harmoni menjalankan amal ibadat dan upacara keagamaan masing-maising. Sesungguhnya, Kelantan sejak ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam telah berjaya mewujudkan perpaduan yang jitu semua lapisan rakyat di kampung, estet, pekan dan bandar.
Bagi kerajaan Negeri pula bersikap terbuka dan sedia berbincang melalui sebarang perundingan demi keharmonian hidup antara kaum. Kesemua cetusan rasa pihak Kerajaan Negeri sedia melayani dan berbincang. Pengalaman kami, telah acapkali kita berdialog, berunding dan duduk semeja bersama-sama pembesar agama dari agama Kristian, Buddha, dan Hindu. Ruang selesa kita bentangkan kepada mereka bagi mendirikan rumah ibadat atas tanah milik mereka, dan pihak Kerajaan Negeri turut menyediakan kemudahan prasarana. Ia adalah antara keselesaan yang teristimewa dinikmati di Kelantan. Maka kita tidak pernah terlibat dengan peristiwa meroboh mana-mana To’kong, Kuil, Wat hatta Gereja.
Apa yang penting, semua agama percaya kewujudan tuhan. Bagi Islam, perkataan Allah adalah nama yang Dia sendiri menamakannya, tidak manusia menamakannya. Ia adalah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang menjadi tumpuan sekalian makhluk, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang setara dengan denganNya.
Maka bagi agama lain, apa sahaja yang nak sebut mengenai nama tuhan, terserahlah atas hak agama masing-masing. Ia adalah antara nilai-nilai hormat menghormati mengikut kepercayaan masing-masing. Dan kepercayaan yang suci ialah beriman dengan kekuasaan Allah yang berkuasa di atas setiap ciptaan alam ini.
Oleh Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Disalin dari Blog Tok Guru
Kalau nak dengar pandangan Tok Guru, sila klik video ya.
Org Kelantan dari pandangan saya memang istimewa dgn sikap toleransi dari dulu lagi dan bertambah baik dibawah pimpinan Tuan Guru,tahniah Tuan Guru.
ReplyDeleteTerima kasih thomas atas pandangan anda. Sokongan moral sebegini amat bagus untuk menaikkan keyakinan kami rakyat Kelantan. Jemputlah ke Kelantan.
ReplyDeleteTq,sudah banyak kali ke sana dulu,tapi dah agak lama tak berkunjung.
ReplyDeletesetuju
ReplyDeletesaya pernah menghadiri forum antara PAS dan UMNO yang diadakan secara terbuka dengan dr maza sebagai moderator
mmg best! salute kelantan
saya kagum sungguh dengan keterbukaan itu(itu sememangnya hak rakyat untuk bersuara)
kalau disekat2 sebab tu org berdemonstrasi
kalau tak disekat2 mmg aman je jadinya
p/s: kakchik saya memang dah lama plan nak migrate dari KL ke kelantan...makin lama makin kuat panggilan migrasi itu..hehehe
Alhamdulillah kalau begitu tapi apa salahnya kalau berkunjung lagi kan. KB pun dah banyak perubahannya. Thomas asal dari mana?
ReplyDeleteTerima kasih Salwa kerana bersetuju dengan Tok Guru. Alhamdulillah rakyat negeri ini w/pun semangat kenegeriannya agak kuat tapi dari segi keharmonian, menghormati agama yang berbeza, syukur sangat.
ReplyDeleteSalwa, kakchik sangat gembira atas niat murni Salwa tu. Kalau jadi migrasi, alhamdulillah. Jangan lupa bagitau kakchik hehe. Lebih dekatlah kita nanti.
Kak,Saya berasal dari Kuantan,sekarang kerja di Klang.
ReplyDeleteto thomas, dekat je Kuantan dgn KB. Tapi Klang tu jauh la jugak kan. Tapi kakchik suka juga nak jemput thomas ke sini, mgkn nak merasai suasana Chinese New Year di KB, hehe
ReplyDelete