Followers

17.2.10

Siapa yang tak mahu jadi kaya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan berbahagia sokmo.

Sejak petang tadi kakchik mencari-cari mood untuk update blog. Sambil-sambil membaca akhbar online, kakchik jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Banyak betul sekarang ni teman-teman bloggers yang menulis luahan hati mereka berkaitan sikap sebahagian bloggers yang suka blogwalk ke banyak blog dengan mengharapkan tuan punya blog membalas lawatan mereka atau mem 'follow' mereka. Ramai nampaknya tidak suka dengan amalan sedemikian. 

Kakchik pun kadang-kadang rasa annoying juga terutama yang singgah tanpa salam terus minta kakchik follow dan ada yang tipu kata "i follow you, follow me back" tapi takde pun ikon dia kat list Followers tu. Maafkan kakchik ya, kakchik tak suka memaksa orang follow blog kakchik dan tolong jangan tinggalkan ayat2 macam tu kat shoutbox kakchik. Kalau buat macam tu dalam bisnes, alamat pelanggan lari. Kakchik amatlah malas nak follow kalau orang buat begitu.

Cerita pasal nak jadi kaya ni, kakchik teringat sebuah buku tulisan Aa Gym iaitu AKU TIDAK MAHU KAYA TAPI HARUS KAYA. Kaya ini materialistik dan orang yang kaya di akhirat kelak memang lama dia di mahkamah Allah sebab setiap hartanya akan dihisab. Tapi sebagai orang Islam yang ingin menegakkan agama Allah, kita harus kaya. Kaya boleh mengeluarkan ZAKAT, membantu golongan yang susah. Tambahan pula, TANGAN YANG MEMBERI ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA. Sudah tentu yang mampu memberi itu lebih kaya dari yang menerima.

Nak tak nak, kita kena jadi kaya. Contohnya, kaya seperti Saiyidatina Khadijah atau Saiyidina Abu Bakar yang melaburkan segala hartanya untuk Islam. Mungkin tahap itu terlalu tinggi bagi kita, jadi di zaman moden ni mungkin kita boleh contohi Syed Mokhtar al-Bukhary yang kaya tapi turut berbakti kepada masyarakat. 
"TAN Sri Syed Mokhtar Albukhary kekal jutawan tunggal Melayu yang menduduki tempat ke-10 teratas dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia berdasarkan kaji selidik dilakukan majalah Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd setakat 15 Januari 2010 yang diterbitkan semalam.

Jutawan berusia 58 tahun yang mencatatkan nilai kekayaan keseluruhan RM6.01 bilion itu menduduki tangga ketujuh dalam senarai carta yang terus didominasi Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok dengan nilai kekayaan keseluruhan RM42.76 bilion selepas menambah RM16.10 bilion dalam jumlah hartanya. Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok RM26.6 bilion.

myMetro, 17 Feb 2010"

Jom kita jadi orang kaya yang bertaqwa.
Jom kita jadi orang kaya yang membayar zakat.
Jom kita jadi orang kaya yang pemurah.
Jom kita jadi orang kaya yang penyayang.
Jom kita jadi orang kaya yang ikhlas.
Jom!

10 comments:

  1. Yer, saya pun nak jadi kaya! Kaya serba serbi..bukan harta jer

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik,

    Ni tgh dok semangat asyik 'mengomen' jer, hehehe. yela, bkn sng sy nak bagi komen tau, selaluny jd silent reader jer. kak chik kena rs bertuah ni, hehehe...

    yela kak chik, mmg berlaku pun apa yg kak chik ckp tu. dulu sekali sy pernah kena. sy penah tegur sorang blogger ni thru cbox kat blog dia. tp sy guna nm lain. dia selalu msg kat cbox sy suruh dtg blog dia. and dia selalu msj benda yg sama banyak kali. sy tgk kat blog2 lain, ada msg dia sm spt yg dia tinggalkan kat blog sy. yg sy tak berkenan tu, bila dia suruh sy dtg blog dia, tp takde entri baru, jd sy syaklah niat dia utk naikkan hits dsb.

    dia siap buat entri msg yg sy tegur dia tu. ramailah yg komen. ramai yg kutuk sy. cuma ada bbrp org je fhm n sokong sy.

    yela kak chik, org berblogging ni
    ada mcm2 niat. ada utk suka2, utk berdakwah, utk keuntungan dsb. tp sy berblogging mmg utk kepuasan diri. sbb mmg dah lama sy bercita2 utk ada blog, and sy tak pernah bercita2 utk berblog ats sesuatu tujuan. kekadang tu cam rasa jeles je, tgk blog org lain meriah, hehehe...

    Tapi, bila igt2 tujuan asal sy, sy tak kisah pun. kak chik tgk blog sy, takder pun nuffnang, tak ramai jd followers, takder org komen, takder bilangan pengujung. tapi, sy tetap berblogging, dah dekat setahun lbh.

    Sebab blog sy ni utk sy sendiri. artikel2 dlm tu utk rujukan sy, utk kenangan sy, utk dikenang di ms akan dtg. Maybe, entri2 tu cam syok sendiri. org tak baca, tp sy tulis. yela, bila2 senang sy memang akan baca balik entri2 dlm blog sy tu. seronok tau kak chik, hehehe...

    kalau ikutkan, blog sy tu mmg ramai org dtg sbb satu perkara. sbb kat blog sy tu ada cth2 teks pengacara majlis. sy selalu tgk live traffic blog sy benda yg sm jer org rujuk, teks emcee tu. satu harai jer, mmg ramai yg rujuk. and klu ikiut blh earns pun, tapi biarlah...

    alamak, panjangnya komen ni. lbh panjang drp entri kat blog sy, hehehe... takpela kak chik, walau apapun yg berlaku teruslah berblogging k...

    ReplyDelete
  3. Dahlia, semoga tercapailah hasrat tu suatu hari nanti. Bila dah kaya serba-sebi tu jangan lupa yang susah ya.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Areef.

    Kakchik rasa bertuah tak kira siapa yang tulis komen sebab tandanya orang yang komen itu telah membaca entri kakchik, alhamdulillah dan terima kasih.

    Memang ada orang yang begitu sebab mereka berblog untuk tambah duit tapi biarlah... pastikan kita tak serupa itu.

    Blog itu hak masing-masing, orang yang suka membacanya mungkin kerana apa yang kita tulis tu kena pada minatnya, sebab itu dia follow.

    Teruskan menulis sebab kita mungkin membuat perubahan pada diri dan orang lain. Tulis untuk berdakwah lagi baik kan, dapat juga pahala hehe.

    ReplyDelete
  5. kenwooi, may your wish come true.

    ReplyDelete
  6. salam kakchik ..ari nih mokwo blogwalking pagi2 lagih..mula2 terus bukak blog kakchik, sebb tertarik ngan tajuk nak jadik kaya tuh...hehehe..ingatkan ade tips2 cepat kaya..heheh..naluri manusia kakchik..semua nak kaya, nak bahgia..tapi dlm dok mengjar tuntutan nafsu tu kekadang kita lupa akan perasaan org lain..tu yg bila jadik follower tapi tak ikhlas..mcm2 yeh! dulu sebelum mokwo berblogging, tak terfikir lah pulak adenye benda2 mcm nih....

    ReplyDelete
  7. wa'alaikummussalam mokwo.
    terima kasih la sebab pagi2 dah singgah di sini. kakchik pulak dok sibuk basuh kain hehe.
    kakchik takde tips nak kaya sebab kakchik pun belum kaya. mungkin bila dah kaya nanti bolehlah kakchik bagi tips :)
    zaman skrg ni semua orang dah jadi materialistik mokwo, sedar atau pun tidak sebab kata orang ada wang, semua jadi. yang sebenarnya wang bukan segala-galanya.

    ReplyDelete
  8. salam kakchik,
    makin kayaraya tokey gula sjk2 gula naik,ye..

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Hamizah.
    Ha'ah, tokey2 gula makin kaya. Hari yang kata gula naik tu, segala pasaraya kata bekalan gula habis walhal ada diorang sorokkan nak pastikan harga gula naik. lepas sehari je berlambak gula tapi harga dah naik 25 sen.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails