Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang telah berkunjung ke Keluargaku Sayang hari ni. Kepada yang meninggalkan komen dalam entri sebelum ni, kakchik minta maaf sebab belum membalas komen-komen kalian. InsyaAllah jika takde aral, petang nanti kakchik balas.
Dalam waktu singkat yang ada ni, kakchik ambil peluang cek koleksi gambar-gambar lama yang ada dalam external hardisk kakchik. Terjumpalah gambar ini. Gambar penuh kenangan bagaimana kakchik bermula dalam dunia bisnes buku.
Tiba-tiba je kakchik rasa terharu sebab bermula di ruang tamu di rumah sewa pertama itulah kakchik memulakan bisnes kakchik yang kini dikenali sebagai MARIBACA BOOKSTORE.
Ingatan kakchik masih jelas bagaimana seronoknya setiap petang bila balik dari kerja, masuk saja ke dalam rumah, hati jadi gembira melihat susunan buku-buku di ruang tamu. Sementelah ada karpet gebu yang hampir setiap malam kalau tak dikejutkan cik abe, kakchik pasti lena di situ. Lena dikelilingi buku-buku menarik.
Di ruangan itulah anak-anak saudara datang melepak sampil membaca, bermain puzzle, melukis atau mendengar cerita. Di situ juga kakchik mengadakan aktiviti read aloud yang pertama dengan menjemput kak Ninuk Noviati dari S.Alam untuk memperkenalkan kaedah itu.
Gambar ini adalah satu hakmilik kekal yang tidak mungkin dapat memadamkan kenangan terindah dalam dunia bisnes ini. Bisnes buku kanak-kanak yang bermula dengan modal sebanyak RM3500 kini semakin berkembang maju, insyaAllah. Oleh kerana bisnes ini 100% adalah modal sendiri maka banyak juga kekangannya bila kita mula mempunyai premis perniagaan. Nampaknya kakchik amat-amat memerlukan suntikan modal dalam kadar yang segera.
Misi minggu depan: MARA, TEKUN dan PROSPER
Teruja saya tentang sejarah maribaca
ReplyDeletesemoga kak chik terus sukses
Salam.
ReplyDeleteKak chik nak buat rumah baru kan?
Apa kata kak chik buat satu bilik. Jadikan mini library.
Terima kasih Mas. Semoga Mas pun berjaya sebagai SAHM.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam gurl. Rumah kakchik dah 99% siap gurl. InsyaAllah memang kakchik ada mini library merangkap bilik pameran. Kalau gurl sampai ke KB, boleh la singgah ke rumah nanti.
ReplyDeletesalam puan,
ReplyDeletesmoga puan slalu dalam perlindungan n rohmat Allah.suke sy baca entry ni. smoga puan terus sukses.
mohon amek smangat puan ya!
wa'alaikummussalam pondok buku.
ReplyDeleteterima kasih banyak atas doa tuan. kalau tulisan saya ni memberi semangat kpd tuan, saya bersyukur. semoga ia boleh membantu memberi banyak kebaikan kepada tuan.
Wah, kagum dengan usaha kak chik dengan business ni. Dah 6 tahun. Semoga semakin berkembang.
ReplyDeletep/s: Kak Chik, Iza bukan kerja di sana, cuma ke sana untuk 2 minggu sahaja. Kalau nak kongsi info insyaAllah, sedikit sebanyak yang Iza tau, boleh lah :)
aittt...komen iza tadi hilang ker huhu..
ReplyDeletesemoga perniagaan ak chik teruus maju. Iza kagum dengan usaha kak chik dalam business buku dan cabang yg lain.
Terima kasih iza. Alhamdulillah nak masuk 6 tahun pada 1 Julai nanti. Syukur Allah beri izin untuk kakchik berniaga.
ReplyDeletep/s: ooo, pergi bercuti lah ya? kakchik jeles la iza, kakchik nak pegi jugak. nanti kakchik nak minta tolong senang la.
byk nye koleksi, cantik dan kemas...tahniah dan semoga terus maju...berniaga ni mulia pekerjaannya....
ReplyDeletesemoga kita sama2 maju...amin..
terima kasih aSHa. minat punya pasal makanya jadilah macam tu hehe. ha'ah aSHa, semoga bisnes kita sama-sama maju ke depan.
ReplyDeletedi saat anak2/sedang membesar ni memang best ada tempat lepak2 dan baca buku
ReplyDelete