Assalamualaikum warahamatullah dan salam sejahtera.
Selawat dan salam untuk Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam.
Apa khabar semua hari ni? Kakchik doakan kalian semua sihat sejahtera di samping keluarga, teman-teman dan sahabat-handai. Kesihatan kakchik hari ni kurang baik mungkin sebab semalam kakchik berjalan di bawah panas matahari dan hari ni hujan pula. Hidung kakchik yang selsema ni berjangkit pula dengan batuk-batuk dan sakit kepala. Alhamdulillah kakchik masih larat untuk bekerja. InsyaAllah tak lama lagi sembuhlah penyakit ni.
Sumber imej: Mind & Heart
Di pagi yang mendung ni kakchik nak kongsikan sedutan satu artikel yang menarik tentang bahasa komunikasi suami-isteri. Tulisan ini kakchik harap akan dibaca oleh cik abe dan seluruh kaum lelaki yang bergelar suami. Dalam rumahtangga KOMUNIKASI BERKESAN amat besar memainkan peranan untuk membentuk sebuah perkahwinan yang sejahtera hingga ke syurga Allah.
Jom kita tengok apakah BAHASA seorang isteri yang perlu suami faham dalam beberapa keadaan yang berlaku menurut pandangan Ahmad Baei Jaafar:
1. Waktu merajuk
Sikap 1.
Tiba-tiba tak mahu bercakap
Maksudnya
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu
Mengatasinya
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
Sikap 2.
Tiba-tiba marahkan suami
Maksudnya
Dia cemburu dengan tindakan suami
Mengatasinya
Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu
Sikap 3.
Tiba-tiba menangis
Maksudnya
Dia sakit hati dengan tindakan suami
Mengatasinya
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
Sikap 4.
Tidak mahu memberi khidmat
Maksudnya
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
Mengatasinya
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir
Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.
2. Waktu gembira
Sikap 1.
Dia sudah rajin masak
Maksudnya
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
Mengatasinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
Sikap 2.
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
Maksudnya
Dia puas hati dengan tindakan suami
Mengatasinya
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
Sikap 3.
Dia siap untuk tidur awal
Maksudnya
Dia sudah akur dengan kehendak suami
Mengatasinya
Pelajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
Sikap 4.
Dia bercakap dengan nada manja
Maksudnya
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
Mengatasinya
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra
Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.
3. Waktu benci
Sikap 1.
Kehendak suami tidak dilayan
Maksudnya
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
Mengatasinya
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya
Sikap 2.
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
Maksudnya
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
Mengatasinya
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
Sikap 3.
Makan tidak selera
Maksudnya
Dia mahu simpati daripada suaminya
Mengatasinya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat
Sikap 4.
Tidur seorang diri
Maksudnya
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
Mengatasinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang
Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap
Sikap 1.
Muka masam
Maksudnya
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
Mengatasinya
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya
Sikap 2.
Meminta maaf sambil menangis
Maksudnya
Dia benar-benar insaf
Mengatasinya
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu
Sikap 3.
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya
Dia hendak meminta suami membelinya
Mengatasinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak
Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.
Selalu sangat yang kita baca isteri perlu memahami suami kerana suami ketua keluarga sedangkan suami jarang mahu ambil tahu peranan dan sikapnya di dalam rumahtangga. Sebagai suami, sedikit sebanyak tirulah cara Nabi Muhammad s.a.w melayan isteri-isteri baginda.
Mendidik isteri bukan dengan kemarahan, sindiran, mendiamkan diri, bentakan atau jegilan tapi kefahaman, belaian dan penghargaan. (Memetik kata-kata seorang penceramah di satu program Hari Wanita).
Allahu'alam.
Petikan diceduk dari CINA ISLAM.
Petikan diceduk dari CINA ISLAM.
gud info...nk bg bakal suami bace...
ReplyDeletesilakan meera^da cute
ReplyDeletesalam kak chik... sebagai isteri - kak e rasa memang tepat apa yang disampaikan oleh penulis
ReplyDelete* mungkin tidak untuk semua orang tapi kalau untuk kak e - memang tepat sekali hehehehehe
wa'alaikummussalam kak e.
ReplyDeletekiranya penulis tu telah mengkaji dalam2 dalam hal psikologi-komunikasi wanita ni la kan? kalau kak e setuju semuanya, entah apa pula kata orang lelaki.
gitulh seorg wanita ttp trkadang sukar utk sang suami mengerti.....
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteInfo yang berguna...boleh CnP masuk blog saya tak...Mana taw hubby (yg suke ngendap blog saya tuuu) boleh terbaca ni...
kak nza, ada pensyarah kata suami orang Malaysia ni kurang prihatin pada pasangannya. allahu'alam.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Sue.
ReplyDeleteSilakan...semoga mendapat kebaikan darinya.
salam..kak nik duk pk2 iye ke gitu.. agaknyalah, sbb rasa mcm tak perasan lah pulak hahaha!
ReplyDeletewa'alaikummussalam kak nik. kalau kak nik tak terperasan tu maknanya kaknik suami isteri ok. suaminya mmg pandai psikologi hehe.
ReplyDeleteBagus maklumat ini. bagus-bagus. terima kasih kak chik, sharing. w/pun belum berumah tangga, harus ambil tahu jugakan? hihi... ^^
ReplyDeletep/s: Owh, tempoh hari yang komen atas nama aqieya_86 itu saya. Terlupa mahu tukar nama. ^^
ni kena print out suh hUBby baca ni...ehehehe tq tq
ReplyDelete