STICKY POST. SILA KE BAWAH UNTUK POST TERBARU.
Kelayakan:
1. Khatam al-Qur'an - boleh membacanya dengan baik dan tertib, kalau hafal banyak Surah, lagi baik.
2. Tidak merokok - haram sama sekali.
3. Berakhlak Islam - menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua, bercakap dengan bahasa yang sopan, berpakaian menutup aurat, takutkan Allah, cintakan Islam - sekadar menyebut beberapa contoh.
4. Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan - tidak senang-senang bergurau-senda atau ketawa. Sentiasa membataskan perbualan yang tidak perlu.
5. Boleh menjadi imam solat - sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga sendiri.
6. Mencintai ilmu - sukakan program-program ilmu dan menjauhi hiburan yang melalaikan.
7. Matang dalam tindakan dan fikiran.
8. Bersungguh dalam mencari rezeki - stabil kewangannya, ikhlas menanggung isteri, bertanggungjawab pada ibu bapa.
9. Suka solat berjemaah di masjid - Ayah yang sudah hampir 80 tahun pun dari muda hingga ke tua, solat 5 waktunya di masjid kecuali sakit.
10. Berumur antara 29 - 33 tahun.
Salam.. Wahh Kak Chik... bersungguh-sungguh nampaknya mencari calon adik ipar...
ReplyDeleteBertuah adik akak kalau semua "kriteria" tu berjaya dipenuhi.. :D
salam
ReplyDeletekakchik ada adik perempuan ye? umur berapa?
Wa'alaikummussalam Nur.
ReplyDeleteMemang bersungguh Nur sebab kakchik cuma tinggal sorang tu adik yang belum kahwin.
Harapnya orang yang jadi adik ipar kakchik pun bertuah juga mendapat keluarga sebesar kami hehe.
Wa'alaikummussalam asha. Ha'ah adik perempuan. Umur dah 30.
ReplyDeletekakpah doakan adik kakcik menemui jodoh yang baik.
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletewah..panjang senarai tuh. hihi
saya teringat 4 orang lagi adik pompuan saya yg belom kawen. Insya Allah, sampai jodohnya, beristikharahlah...
sejuk rumah tangga kalu dpt suami yg briman....Insyallah!!!
ReplyDeleteTerima kasih kak pah.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nur.
ReplyDeleteSetakat 10 kriteria je Nur. Masa kakchik hari tu lagi panjang hehe. Ini antara usaha kakchik nak bantu mencari calon suami untuk Adik. InsyaAllah adik-adik Nur pun akan sampai jodoh mereka nanti.
kak nza, itulah yang diharapkan.
ReplyDeleteanak sulung baru 18 th...:)
ReplyDeletesemoga adik kakchik dipertemukan dgn pemuda yg baik2....
Terima kasih kak kam. Anak sulong kak kam tu kena tunggu 10 tahun lagi kot hehe.
ReplyDeleteSalam... Kak Chik...
ReplyDeleteAdik kak chik sebaya dengan ummi yer......
Semoga adik kak chik menemui jodoh yang menepati kriteria tersebut...amin
Wa'alaikummussalam Ummi.
ReplyDeleteTerima kasih ya atas doanya.
hurm... xterlalu banyak ke kakchik kriteria tu? huhuh..takut ramai yang lari..huhu
ReplyDeleteanyway, kak chik xtry masuk agensi jodoh mcm myjodoh ke, jodoh4u ke??
p/s: pun masuh mencari...
Dahlia, syarat-syarat itu nampak banyak tapi ianya bukanlah syarat sempurna, cuma mencari kot-kot ada calon yang sesuai. Kalau nak diringkaskan ia jadi LELAKI BERIMAN YANG BERAMAL SOLEH. Semua syarat disandarkan kepada akhirat. Yang lari itu mungkin rasa rendah diri tak cukup syarat, tapi kakchik doakan mereka mencuba mencapai syarat itu untuk kebaikan diri sendiri sebagai seorang lelaki Islam.
ReplyDeleteSemoga Dahlia juga bertemu jodoh dengan lelaki yang beriman.
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteKite doakan agar adik kak chik bertemu jodohnya... semoga mendapat suami yang baik, beriman dan bertanggungjawab.amin.
Ijan
Wa'alaikummussalam Ijan.
ReplyDeleteTerima kasih banyak ya. Semoga Allah perkenankan doa Ijan tu.