Followers

16.2.10

Menonton Wayang Buat Kali Pertama

Malam 14hb yang lepas kakchik dan cik abe buat pertama kalinya dalam hidup kami pergi menonton wayang. Tak percaya? Percayalah...

Kompilasi 2 buah novel KCB yang kakchik beli dengan harga diskaun RM56 sebuah.

Wayang yang kami tonton tu dahpun kakchik war-warkan dalam blog ni sebelum ini. Filem mana lagi kalau bukan KETIKA CINTA BERTASBIH. Bukannya kami tak boleh tengok melalui Youtube tapi kami ingin turut sama meraikan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan filem-filem Islamik kepada masyarakat. Tayangan KCB1 ini adalah sempena Hari Hiburan Islam pada tarikh tersebut.

Bagi kebanyakan orang, menonton wayang mungkin sudah terlalu biasa, tiada yang pelik atau istimewanya. Bagi kakchik pula adalah sebaliknya. Di Kelantan ini bukan tidak ada panggung wayang, kalau tak silap masih ada sebuah yang beroperasi. Entah-entah sudah gulung tikar, allahu'alam. Didikan Islam yang kakchik terima sejak kecil, mendidik kakchik bahawa menonton wayang di panggung bukanlah sesuatu yang sihat kerana suasana panggungnya yang gelap, percampuran tempat duduk dan sebagainya yang sangat tidak sesuai dengan jiwa Islam. Sebab itu dalam keluarga kakchik tiada seorang pun ada pengalaman menonton wayang di panggung/cinema.
Bergambar bersama penulis novel KCB, Kang Abik (Habiburrahman el-Shirazy) selepas tamat tayangan.

Tapi bila ada peluang menonton wayang dalam suasana yang Islamik dan terkawal, apa salahnya kami mengambil peluang itu untuk mencari pengalaman. Tambah-tambah filemnya adalah yang sangat kakchik nanti-nantikan selama ini. Alhamdulillah cik abe pun bersetuju nak sama-sama menontonya. Bukan senang tu... hehe.

JIWANG ISLAMIK

Bagi kakchik inilah jenis filem cinta yang paling Islamik setakat ini berbanding filem-filem yang ada. Kualiti penjagaan batas-batas Islam amat jauh berbeza dari filem Ayat-Ayat Cinta. Sebenarnya sampai ke hari ni kakchik belum pun menonton AAC kerana membaca dan mendengar komen orang ramai membuatkan kakchik tidak mahu merosakkan sangka baik kakchik terhadap bukunya. Ada kawan kata, baik jangan tengok filemnya, nanti spoil.

Buku ini istimewa kerana ada tandatangan Kang Abik.

Kakchik menangis menonton KCB kerana di awalnya kakchik melihat al-Azhar, universiti di mana cik abe pernah menghabiskan 3 tahun usianya menimba ilmu. Katanya ingin kembali ke sana dengan membawa kakchik sekali. Entah bila impian itu akan tercapai, Tuhan saja yang tahu. Air mata berlinang kerana kakchik terasa sayu melihat sebuah universiti terulung di bidang pengajian Islam dan suami kakchik pernah menjadi pelajarnya. Pernah melalui pengalaman seperti Abdullah Khairul Azzam.

Filem KCB tidaklah meletakkan cinta sebagai mainan tetapi isu cinta antara lelaki dan perempuan disandarkan pada Islam. Teguhnya iman seorang lelaki dalam mencari pasangan hidup yang menepati ciri-ciri Muslimah yang cintakan agamanya.

Kakchik sangat suka jalan ceritanya, cara pengambilan pelakonnya, menurut Kang Abik, penulis novelnya, daripada 7000 orang yang datang audition, hanya 100 dipilih menyertai kem sebulan ala Akademi Fantasia tetapi cara Islamik. Semua peserta mestilah boleh membaca al-Qur'an dengan baik dan betul. Mereka ditamrinkan selama sebulan, bersolat Subuh berjemaah, belajar lakonan, diberi pendidikan agama oleh ustaz-ustaz jemputan dan dipantau lakonan mereka agar selari dengan syariat Islam.

Rakam kenangan selepas tayangan selesai jam 12 malam.

Kakchik boleh setuju 90 peratus dengan filem ini dalam menggambarkan bagaimana muamalah antara lelaki dan perempuan perlu dijaga.Persentuhan lelaki dan perempuan dalam lakonan, penjagaan pakaian, ayat-ayat bicaranya dan isu-isu moral masyarakat seperti menghormati ibu bapa (orang yang lebih tua), menjaga keluarga, kewajipan menyampaikan ilmu walau sedikit.

Kakchik menjiwai filem ini lebih-lebih lagi kisah pra-perkahwinan kami ada sedikit persis jalan ceritanya.

10 comments:

  1. :) :) :)
    dedulu selalu buat cenggini kat student..
    susun kerusi lam dewan, pasang lcd

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Cantiknya hijab kak chik.
    Suka tengok gmbr kak chik dgn cik abe.
    Harap2 saya jadi mcm tu pula.
    Insyallah.
    Klu ada jodoh takkan ke mana.
    Sebelum tu kena fikir SPM dan kerja dulu.
    ehehe

    ReplyDelete
  3. Mknace, masa kakchik student dulu tayangan dibuat secara open air kat padang tepi library tapi tak pernahlah pergi.
    Dewan KTC tu dia takde tempat duduk bertingkat, sebab tulag susun kerusi macam tu hehe.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam gurl.
    Terima kasih... patut kena labuh sikit lagi tu. Jarang-jarang kami dapat bergambar bersama. InsyaAllah jika berusaha, segalanya mungkin dengan izin-Nya. Betul, sekarang ni gurl masih muda, fikirkan pasal pelajaran dulu, biar habis ke peringkat tertinggi ya.

    ReplyDelete
  5. Salam kak chik,

    Sy baru habis menonton KCB kat youtube. Credit to kak chik sbb bgtau kat youtube ada video KCB tu...

    Sy memang minat novel KCB ni. Yg jilid 1 mmg sy beli. Yg jilid 2, saya baca kat internet je. Bayangkanlah kak chik, sy dok mengadap laptop baca KCB jilid 2 tu, hehehe. Masa tu jilid 2 tu belum ada kat Malaysia lagi.

    Tentang filemnya, biasalah selalunya tidak 100% sama seperti yg kita baca di dalam novel. Tp, filem KCB ni lbh okla dari Ayat2 Cinta. Maybe, sbb kang abik sendiri terlibat di dalam filem KCB ni.

    Tapi kan, yg saya musykil sikitla, dari segi bi'ah (suasana) Islamik mahasiswa Al-Azhar agak berbeza sikitlah dari apa yg dpt kita lihat di Malaysia spt cara berpakaian dan sebagainya. Yela, sy pun kan mahasiswa peng. Islam, so saya tak rasa sgt bi'ah yg ada dlm filem KCB tu.

    Maybe, sbb filem ni untuk tatapan umum, tak leh lah nak rigid sgt klu nak berdakwah kan, kena ada gak elemen2 yg sesuai dgn selera masyarakat kini. Sy igt lecturer sy penah ckp, masyarakat skrg lbh mengagungkan artis. So, klu artis tu boleh dijadikan sbg media dakwah, tak salah kalau kita gunakan.

    Cik abe kak chik pun lepasan Al-Azhar kan. Maybe, mmg tulah bi'ah di sana. Yela, skrg ni Mesir byk menerima pengaruh barat, sepertimana yg berlaku pd Jordan. Tula sy tgk budak2 Jordan pun lain sikit penampilannnya.

    Tapi, tak leh nak judge org by penampilan kan. Selagimana mengikut syariat Alhamdulillah. Tapi, kalau sama je ngan penampilan mahasiswa bukan peng. Islam takdela bi'ah solehah.

    Sbb tulah saya rindukan Kelate. Sbb masa sy di Nilam Puri, mmg kuat dengan bi'ah solehahnya. Maybe, bila balik kg, kita tak sperti ketika berada di Nilam Puri, tapi selagi kita di Nilam Puri begitulah kita, bukan hipokrit, tapi kita meraikan biah solehah yg ada, yg sukar sekali untuk dilihat dan dirasai di tpt lain.

    Alamak melenconglak, hehehe... Tapi, memang best lah KCB ni. Walau dlm suasana serius, banyak elemen yg menggelihatikan sy. Yela, melihat gelagat anak2 muda yg baru berlakon. Mereka bersungguh2, sampai kekadang lakonan mereka tu kelihatan menggelihatikan hati, bukan tak bagus, hehehe. Sbb sepanjang sy menonton KCB ni banyak kali saya ketawa, heheheh...

    Tapi ttp bermesej kan. Anyway, mmg bestlah, sampai feeling2, hahahaha...

    ReplyDelete
  6. SALAM kak chik...KCB skrg ni kat semua cinema ada ke? nak gak pg tgk...

    pertama kali sy tgk wayang dgn ditemani mak, masa berumur belasan tahun...time tu sepupu lelaki ajak sy dan adik2 pg tgk wayang, then mak sy kata..boleh, tapi dengan dia sekali pg....

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam Areef.

    Terima kasih... kena bg kredit kat orang yang masukkan dlm youtube tu.

    Pasal bi'ah tu yang ditunjukkan ialah bi'ah pelajar Indonesia bukan pelajar Malaysia. Kalau Areef perasan, tak banyak ditunjukkan pelajar2 negara lain kan? Jadi kita tak boleh nak bandingkan dengan bi'ah kita pelajar Malaysia. Memang berbeza.

    Bi'ah di Nilam Puri sgt berbeza kerana mgkn beberapa faktor yg kakchik rasa Areef lebih maklum. Kakchik yakin setiap tempat belajar punya bi'ah tersendiri kerana latar belakang dan cara tarbia yang berbeza. Kita cari saja persamaannya.

    KCB berbeza bagi setiap orang yang menontonnya bergantung kepada apa yang dicari dari filem tersebut. Iya, ada unsur komedi di dalamnya, kakchik setuju sebab kakchik pun ketawa juga. Org perempuan tengok berbeza dgn orang lelaki tengok. Betul tak?

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam aSHa.

    Kakchik tak pasti pulak di Malaysia ni ada ditayangkan atau tidak filem ni di pawagam lain. Takde pulak dengar kawan2 luar Kelantan yang cite pasal tengok wayang KCB kat panggung. Yang ada dengar, diorang tengok kat youtube.

    Sporting mak aSHA tapi sporting yang bagus sebab dia pantau anak2 pergi tengok wayang.

    ReplyDelete
  9. saya pon xpenah tgk movie kat panggung..best jg kalau dapt nengoknya..sampai bila tayangannya,kakchik?

    ReplyDelete
  10. Hamizah, tayangan KCB1 cuma dibuat sekali je sekadar untuk memenuhi acara Hari Hiburan Islam. KCB2 akan ditayangkan pada 28 Feb 2010 di Balai Islam, jemputlah ke sana. FREE je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs