Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... apa khabar malam ini? SALAM MAULIDUR RASUL dan selawat serta salam untuk kekasih Allah, Nabi Muhammad saw. Esok sudah 12 Rabiulawal, semoga malam ini kita ada meluangkan masa mengingati kembali siapa nabi kita dan kenapa kita mengikuti baginda. Sama-sama ya.
Malam ni kalau 8 tahun lalu ialah malam penuh debaran buat kakchik kerana Subuh esok kakchik akan bertukar status dari anak dara kepada isteri orang. Nak tau ceritanya? Nanti kakchik kongsikan dalam entri seterusnya.
Untuk malam ini kakchik mahu berkongsi kisah petang tadi. Kisah jamuan di MariBaca.
Terima kasih banyak kepada Kak Misra yang menjadi tetamu pertama hadir.
Alhamdulillah majlis jamuan kedai kakchik yang sepatutnya formal telah bertukar menjadi santai. Oleh kerana tetamu datang tidak kira masa bermula jam 3 petang lagi, maka kakchik tak dapat nak buat acara formal. Tak mengapalah, asalkan hajat untuk memperkenalkan MariBaca kepada orang ramai tercapai.
Terima kasih Kak An dan Adneen yang sentiasa menceriakan hari kakchik.
Kakchik cuma menjemput seramai hampir 50 orang kenalan dan tetamu, alhamdulillah... yang datang rasanya lebih daripada itu dan makanan masih mencukupi. Mungkin juga sebab kami turut menjemput kakitangan dan peniaga-peniaga di kedai-kedai bersebelahan.
Terima kasih banyak kepada teman-teman yang sudi hadir menjamu selera, membeli buku dan mendapat kad keahlian bertandatangan istimewa, hehe... nanti kakchik akan ganti dengan yang standard ya.
Ayu dan anak-anak.
Turut menggembirakan hati kakchik ialah dapat bertemu mata dengan peminat blog kakchik iaitu Cikgu Ayu Idris yang mengajar di sekolah menengah agama yang berdekatan. Ayu datang bersama 2 puterinya yang comel, Wan Farah Ilya Qistina (nana) dan tasya (kakchik lupa namanya yang panjang tu). Kakchik cukup suka kalau tetamu membawa anak-anak bersama, boleh kakchik berkenalan.
Untuk menjamu tetamu, seperti yang kakchik dah maklumkan dalam entri sebelum ni, hidangannya terdiri dari beberapa jenis. Sepatutnya ada kuih, tapi last minute kakchik tukar dengan kek dan pizza. Alhamdulillah, bajet jamuan sebanyak RM500 memadai. Kakchik tak sempat nak ambil gambar kesemua makanan yang dihidangkan sebab sibuk layan tetamu. Tapi inilah yang sempat.
3 jenis kek keju (oreo, blueberry dan fruit flan), 3 jenis pizza (pepperoni deluxe, seafood dan chicken pepperoni), makaroni sup (teramatlah sedap, tempah dengan kak nina), bihun goreng udang (masakan ummi), snek, gula-gula, teh o dan oren twister.
Mungkin bila umur MariBaca sampai 10 tahun nanti, kakchik akan buat majlis lebih besar untuk meraikan pelanggan dan peminat. Doakan ya.
salam kak chik..teringin sgt nk jumpa..insya Allah satu hari nnat.._peminat blog n fb kak chik..najah
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul n selamat ulang tahun prkahwinan ke 8 (betul ke tu 8 thn...).
ReplyDeleteTahniah, semuanya brjln lancar.....
wa'alaikummussalam najah. terima kasih banyak sebab sudi menjadi peminat blog dan fb kakchik. insyaallah dgn izinNya kita akan jumpa juga satu hari nanti.
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul kembali kak nza. Dan terima kasih ya kak. Jangan tak percaya kak, memang lapan 8 tahun :)
ReplyDeleteSalam Kak Chik!
ReplyDeleteTerima kasih atas layanan semalam...gembira sgt2 dpt bertentang mata dgn Kak Chik...semoga ukhuwah kita berpanjangan.Oh ya,Selamat Ulangtahun ke 8.Semoga Kak Chik dan Ustaz dipanjangkan jodoh,kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa...InsyaAllah
Wkslm Ayu.
ReplyDeleteSama-sama. Insyaallah perasaan kita adalah sama. Terima kasih Ayu. Bahagia nak sampai ke Syurga, moga diizin Tuhan.
Seandainya KB tu dekat kak chik dah lama saya dok bersidai kat kedai kak chik...hehehe..almaklum la..saya pun suka sangat ngan buku...
ReplyDeleteapa pun tahniah kak chik! semoga terus cemerlang gemilang dan terbilang!
aJa, ayat yg mula-mula tu buat kakchik gelak sakan je. tapi kan... kakchik sukalah ayat tu.
ReplyDeletetima kasih ya. ceria hati kakchik ni.
Salam kenal kakcik..Baru lagi ngan blog nih..Semoga berbahagia hngga akhir hayat n terus beroleh kejayaan..
ReplyDeleteSalam kenal kakcik..Semoga terus sukses n bahagia 4ever..
ReplyDeletesalam kak chik
ReplyDeletetahniah atas perasmian
moga lebih sukses dan berkembang
mana tahu ada cawangan pula macam kedai buku muda osman
selamat ulangtahun perkahwinan juga, sangat unik dan istimewa tarikh yang dipilih
moga bahagia sampai syurga
Salam kenal kembali Zaliedana. Terima kasih ya, sudi singgah dan tinggalkan komen. Semoga talian ukhuwah ini sentiasa dipupuk mesra di antara kita.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Mas.
ReplyDeleteTerima kasih... moga Allah perkenankan doa Mas tu. Amiin... bahagia hingga ke syurga Allah, insyaallah.