Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman bloggers dan para tetamu.
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad s.a.w, Rasul junjungan kita.
Teman-teman yang kakchik hormati,
Hari ni kakchik nak bicara sikit pasal suratkhabar-suratkhabar terkenal di negara kita. Kakchik percaya, ramai yang singgah di sini pernah membaca suratkhabar-suratkhabar ini sama ada sekali-sekala atau setiap hari sebagai rutin yang wajib. Bagi kakchik pula membacanya adalah sebahagian daripada tugas harian kakchik sebagai petugas di maktabah. Mencari maklumat terkini, memilih yang baik dan sesuai untuk rujukan pembaca dan membuat penilaian terhadap nilai moral yang dibawa oleh media cetak tersebut. Bukanlah kakchik ini layak untuk membuat penilaian untuk orang lain tapi dengan sedikit ilmu yang ada, kakchik menilainya sama ada Allah suka atau tidak dengan harapan penilaian kakchik itu disukai Allah SWT dan memberi faedah kepada masyarakat.
Dalam banyak-banyak akhbar di negara kita ni secara peribadi, kakchik merasakan ada beberapa yang terlalu banyak menulis tentang isu-isu negatif seperti gossip, jenayah, hiburan dan berita-berita kerosakan akhlak.
Beberapa hari lepas kakchik saja-saja membilang berita-berita negatif dari halaman pertama hingga ke halaman 23 senaskah akhbar, hanya satu dua saja berita tentang isu semasa dan selebihnya ialah berita rogol, liwat, bunuh, mahkamah, curi, pukul, tikam, kahwin lari, dera, tuduh-menuduh, buang bayi, rumah urut, pelacuran, zina, cerai, halal atau haram, ponteng, dadah, ragut, kemalangan ngeri, barang naik harga, rompakan bersenjata dan bunuh, tangkap khalwat, rasuah, palsu cukai jalan, nahas industri, pecah amanah, dan macam-macam lagi. Ni kakchik refer yang tarikh 20 Jan yang kebetulan ada kat atas meja ni tapi ada juga dari yang minggu lepas.
Bagi kakchik, semua berita tu tujuan utamanya mungkin nak lariskan akhbar tersebut. Orang kita sukakan berita gempar dan gossip panas. Memang itu cara tersendiri untuk menarik pelanggan tapi kakchik agak kecewa kerana penulisan berita-berita tu hanya sekadar membuatkan kita yang membaca ni rasa kesian, sedih, kecewa, tak sangka, terkejut, marah dan banyak lagi perasaan negatif. Tapi sekadar di situ sajalah kerana ia jarang membangun jiwa. Maka sesudah dibelek-belek, kakchik rasa jarang tertinggal kesan mendalam misalnya nak membuat perubahan kepada diri atau masyarakat. Tulisan itu tidak menjadi santapan jiwa dan minda tapi sekadar santapan mata.
Kakchik terfikir, alangkah bagusnya kalau akhbar harian di negara kita ini berita-beritanya boleh membangkitkan keinsafan mendalam di dalam hati-hati pembacanya dan menolong mereka berubah kepada kebaikan. Berita perlakuan jenayah misalnya, usahlah ditulis dengan detail bagaimana mereka melakukannya, kerana ia boleh memberi idea kepada mereka yang di hatinya mempunyai niat jahat untuk meniru cara tersebut. Mungkin highlight kan apakah hukumannya dan siapakah pelakunya supaya masyarakat dapat ambil pengajaran mendalam.
Entahlah... hati kakchik hambar dengan didikan tidak langsung media kepada nilai-nilai negatif. Sepatutnya perbanyakkan berita-berita tentang kebaikan, letak di muka depan, tulis tajuknya besar-besar dan indahkan bahasa laporannya sebagaimana pemberita boleh menggarap tulisan yang memukau tentang hiburan, gossip, jenayah dan sebagainya. Berita-berita negatif itu letaklah di halaman belakang-belakang sikit barulah syiar kebaikan itu lebih dahulu dilihat oleh mata-mata pembaca.
Allahu'alam. Ini cuma luahan peribadi kakchik yang inginkan media cetak di negara kita mengutamakan berita-berita positif berbanding yang negatif. Terlalu banyak yang negatif menggambarkan seolah-olah negara kita ini terlalu banyak berlakunya keburukan terutama kerosakan akhlak rakyatnya. Alangkah baik kalau 20 halaman terawal itu menunjukkan betapa banyak kebaikan berlaku di seluruh negara sebelum kita membaca berita-berita negatif.
Berita tentang masalah sosial mesti ada, tapi janganlah terlalu disensasikan. Kakchik doakan para wartawan di negara kita sentiasa menulis dengan mengingati bahawa di kiri kanan ada Malaikat yang mencatat, di hadapan ialah masyarakat yang akan membaca, menghadam, menilai, dipengaruhi, jika nilai-nilai baik yang pembaca dapat dan dimanfaatkan, penulis berita juga yang mendapat ganjaran kebaikan tapi jika nilai-nilai buruk yang diterima dan diamalkan pembaca, sia-sialah penulisan tersebut. Semoga kita sentiasa ingat, kita menulis dengan setiap saat diperhatikan Allah setiap perkataan dan niat yang mengiringinya.
Sekadar luahan seorang rakyat biasa di negara Malaysia yang dicintai ini. Moga Allah ampun jika ada salah dan silap. Kita hanya mahu kebaikan dunia dan akhirat.
Wassalam.
salam buat kak cik...
ReplyDeletebetul apa yang kak cik kata...kalau baca akhbar banyak berita negetif isu....risau bila baca...
:) :) :)
ReplyDeletebetul3x
kekadang tak tahu nak jawab apa bila anak tanya
yup ..betul sekali..
ReplyDeleteWa'alaikummussalam pak long.
ReplyDeleteTerima kasih sebab setuju dengan pandangan kakchik.
Berat juga tanggungjawab kita untuk menerang dan menjelaskan kepada anak-anak atau masyarakat tentang paparan negatif di akhbar2 ni.
Sama-sama ya kita sebarkan kebaikan pak long.
Terima kasih Mknace sebab setuju. Kakchik rasa kita jadi tak tahu jawapannya kerana kita jarang membaca atau terbaca penyelesaiannya di akhbar tetapi hanya masalah yang diwar-warkan. Kena banyak membaca lagilah kita ni nampaknya.
ReplyDeleteTerima kasih Ben. Tak sangka hari ni orang-orang glamor gengblogger yang komen.
ReplyDeleteKak tie sangat setuju dengan pandangan KakChik ni. Memang betul. Kak tie dah naik bosan, baca kisah2 negatif... orang pula sukakannya..
ReplyDeleteKak Tie, bagaimanalah pihak akhbar tidak terfikirkan kesan terlalu banyak berita negatif tu kan? Perkara negatif sama juga perkara dosa, jika selalu sangat dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga, lama-lama ia menjadi kebiasaan, tiada nak diherankan lagi.
ReplyDelete