Assalamualaikum dan salam malam semua. Sekarang dah jam 11 malam, kakchik pun baru je siap mengemaskan dapur, membersihkan diri dan sekarang ni barulah selesa untuk menhgadap internet. Cik abe pun ada di meja sebelah tu, asyik berulang-alik naik ke ruang rehat untuk memantau siaran bolasepak di astro.
Sebagai santapan mata malam ni kakchik bawakan khas untuk teman-teman semua, Pizza Sedap buatan di dapur sendiri hehe. Kalau sesiapa nak cuba buat sendiri pizza ni mari tengok dulu apa bahan-bahannya dan bagaimana cara membuatnya langkah demi langkah.
Resepi ni kakchik pinjam dari hana, kira copy paste je:
Bahan-bahan untuk base:
* 200 gm tepung roti
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air
* 1 sudu butter - hana gune minyak zaitun n shortening (kakchik pun, 1 sudu besar utk kedua2nya)
* 1 sudu susu tepung
Cara-cara membuat:
1. bahan-bahan untuk kulit dasar/base pizza dicampur dan diuli sehingga sebati.
2. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
3. canai doh tersebut setebal 0.5 cm, cucuk dengan garfu/pisau.
4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato (kakchik guna lebihan sos pasta bake)
5. tabur sosej,cendawan n udang yang di hiris kecil2 atau apa sajer inti pilihan di atas kulit pizza. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
6. masukkan pizza ke dalam oven bakar pada suhu 180 darjah kira2 15-20 minit.. enak dimakan panas-panas!
Macamana? Senang kan! Ini kali pertama kakchik guna resepi dari hana. Rasanya sedap cuma manis sedikit kerana sos pasta yang agak manis. Tapi semuanya sudah licin, alhamdulillah.
Cik abe makan separuh darinya hehehe... gembiranya hati kita yang membuat ni bila suami makan begitu banyak, alhamdulillah.
Terima kasih hana sebab berkongsi resepi yang mudah.

Topping:
Yang dalam pinggan tu: keju mozarella, sosej, crab stick,udang, mayonis, sos tomato, sos cili, cendawan butang, nenas, lada benggala ijau,merah n kuning. (apa saja yang kita suka)Cara-cara membuat:
1. bahan-bahan untuk kulit dasar/base pizza dicampur dan diuli sehingga sebati.
2. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
3. canai doh tersebut setebal 0.5 cm, cucuk dengan garfu/pisau.
4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato (kakchik guna lebihan sos pasta bake)
5. tabur sosej,cendawan n udang yang di hiris kecil2 atau apa sajer inti pilihan di atas kulit pizza. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
6. masukkan pizza ke dalam oven bakar pada suhu 180 darjah kira2 15-20 minit.. enak dimakan panas-panas!
Macamana? Senang kan! Ini kali pertama kakchik guna resepi dari hana. Rasanya sedap cuma manis sedikit kerana sos pasta yang agak manis. Tapi semuanya sudah licin, alhamdulillah.
Cik abe makan separuh darinya hehehe... gembiranya hati kita yang membuat ni bila suami makan begitu banyak, alhamdulillah.
Terima kasih hana sebab berkongsi resepi yang mudah.
salam kak chik...
ReplyDeleteuih...nampak macam sedapnya kak chik buat..
selalu gak eza buat..tp yg tak tahannya keju mozarella tu mahal sangat...
sedap.. sedap.. nanti kalau rajin boleh buat. hehe
ReplyDeletenadiah pernah juga buat pizza kakchik tapi sosnya buat sendiri. lama dah tak buat sebabnya suami je yg mkn pun, nadiah tak mkn pizza..tu yg tak berapa rajin nak buat..hehe..
ReplyDeletesalam kak chik..sodap tu..lepas ni bolehlah buat pizza dan jual di kedai buku kak chik..bisnes sampingan..
ReplyDeletewa'alaikummussalam eza.
ReplyDeleteterima kasih ya. alhamdulillah sedapnya boleh tahan je, tak terlawan sifu2 memasak yg lain.
ha'ah keju mozarellah ni agak mahal, yg kakchik beli tu sepaket tu RM15, boleh la guna utk 2 kali pizza.
kesian kat cik epal, huhu. kalau lapar kena cepat2 cari penawarnya.
ReplyDeleteirma tu memang dah pandai masak, tak tiru yg kakchik pun takpe.
ReplyDeletenadiah, setakat ni kakchik belum pernah lagi buat sos sendiri sebab selalunya memasak pun sambil mengejar masa. kalau dah expert tu lain la kan hehe. tak syok la suami makan sorang2. kakchik ni nasib baik seluruh keluarga suka makan pizza itupun pizza yg kakchik buatlah, pizza hut tak semua org makan.
ReplyDeletewa'alaikummussalam kak ina. hehe pandai la dia mengampu kite hehehe. tak boleh la buat bisnes sampingan kat situ kak, tuan kedai siap tulis dlm perjanjian sewa, tak dibenarkan menjual makanan, sedih :(
ReplyDeletewaah k.chik..nampak sedap gile..sy nak amik resepi lah ye..tp nak buat tu tahun bila tak tau lah :p huhuhu
ReplyDeletemy dear Bitter Sweet, silakan... hehe, kakchik dulu pun buat camtu jugak. selalu copy resepi, berbulan2 simpan hinggalah sampai seru, baru menjadi.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Chik,
ReplyDeleteTerima kasih ya kongsi resipi. Saya baru lepas buat. Dah makan pun :) Pertama kali buat. Seronok sebab jadi. Tapi buat dengan adik. Kalau sorang, tak jadi rasanya :D
Cuma, tepung roti saya tak ada, ganti dengan tepung gandum + soda bikarbonat. Susu tepung pun tak ada, saya ganti dengan Coffeemate. Heee...
Jazakallah Kak Chik dan Hana (tuan asal yang beri resipi ni) ;)
Wa'alaikummussalam AdH.
ReplyDeleteTahniah sebab berjaya membuat pizza.
Kakchik pun kadang-kadang guna tepung gandum je kalau kehabisan tepung roti.
Asalkan menjadi dan bila dimakan kita rasa sedap dan puas hati, itu yang paling penting.
Afwan.
terima kasih kak Chik kerana sudi berkongsi resepi pizza ni..sangat sedap dan ringkas kan? selalunya, kalau ada pastry lebih akak akan simpan dlm freezer so bila tak sempat nak masak lauk just tabur je apa2 kat atas pizza tu..sure menjadikan?
ReplyDeletesama-sama kak. kakchk suka makan pizza buatan sendiri. puas hati walaupun tak secanggih pizza dari kedai.
ReplyDeleteha'ah, kakchik pun kadang2 guna roti canai atau parata sbg base. actually nak buat pizza ni sgt mudah kan? pasti menjadi kak...