Assalamualaikum dan salam Maghrib semua.
Tak lama lagi waktu Maghrib akan masuk dan sudah pasti ramai di kalangan kita terutama para pemuda, para suami, para ayah dan para datuk sedang bersiap untuk ke masjid begitu juga dengan cik abe.
Kebetulan pula kakchik baru membaca email terkini di yahoomail. Ada satu email dari izzah hayati sangat menarik perhatian kakchik. Ia mempunyai satu cerita tentang seorang pemuda yang cekal hatinya untuk bersolat Subuh di masjid.
Inilah ceritanya:
Solat Subuh di Masjid
Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk solat subuh di Masjid.
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.
Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan lagi, berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama !
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab "Aku melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi aku bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu...".
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak.
Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Lelaki itu menjawab, "Aku adalah IBLIS (syaitan)".
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan,
"Aku melihat kamu berjalan ke masjid, dan akulah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu.
Aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid.
Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Aku KHAWATIR jika aku membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi aku harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..."
Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatannya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kita lakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang akan kita dapat dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik tersebut.
KAKCHIK:
Persoalannya, berapa ramaikah di kalangan pemuda kita pada hari ini misalnya suami kita semua yang Subuhnya bersolat di masjid? Kalau bukan Subuh, bagaimana pula dengan waktu solat yang lain?
Jom, kita para isteri penyayang, yang sayangkan suami masing-masing, yang kasihkan ayah masing-masing, yang kasihkan adik dan abang masing-masing, kita berikan galakan agar mereka semua suka bersolat jemaah di masjid kerana di sana ada banyak JAWATAN KOSONG.
Persoalannya, berapa ramaikah di kalangan pemuda kita pada hari ini misalnya suami kita semua yang Subuhnya bersolat di masjid? Kalau bukan Subuh, bagaimana pula dengan waktu solat yang lain?
Jom, kita para isteri penyayang, yang sayangkan suami masing-masing, yang kasihkan ayah masing-masing, yang kasihkan adik dan abang masing-masing, kita berikan galakan agar mereka semua suka bersolat jemaah di masjid kerana di sana ada banyak JAWATAN KOSONG.
Gambar dipinjam dari ahli GengBlogger, kakchik terlupa siapa, kalau singgah tolong mengaku ya.
Syukur alhamdulillah... punya suami yang suka ke masjid. Semoga selamanya begitu.
harapnye atiQ dptlaa bakal suami yang suka ke masjid juga...amin~
ReplyDeletekakchik, dr aritu atiQ nk chat kt cbox, tp xpat..banned..nape yee??ssh betul..dr 2 minggu lpas lg..tu yg xsmpat nk gtau g KB tu..
insyaAllah atiq. kena rajin2 berusaha menjaga diri kita agar dapat suami yg kaki masjid tu.
ReplyDeleteboleh tak atiq bagi IP address atiq. kakchik rasa shoutbox kakchik tu kena hack sblm ni. byk betul IP yang kena ban termasuk IP kakchik sendiri yang di ofis.
alamak kakchik.IP address pon atiQ xtau.xpe.t atiQ tnya kwn yee.pttla atiQ xpat chat kt cbox.takut gak, klu2 atiQ yg bwk mslh kt cbox kakchik tu.hehe
ReplyDeleteatiQ g kelate asik makan jee.suke betul makan nasi berlauk kari ayam 7 laksam!mkn kat four season pon best..hehe.. :)
atiQ nmpk kedai maribaca kakchik.sebelah farmasi primadex klu xsilap.
atiq, takpe... nanti dah dapat IPnya, bagitau kakchik. boleh kakchik edit ban control dlm akaun shoutmix tu.
ReplyDeletekedai di sebelah rimadex tu dah tutup sebab kakchik dah pindah ke dalam Billion.
MasyaAllah kak chik..menitik air mata Nani...ruginya pada hamba yang x rebut peluang yang sangat besar ni..Allahuakhbar..malu pada Allah...yang sgt sayang pada kita...tapi apa balasan kita?..
ReplyDelete