Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad s.a.w. rasul junjungan kita.
Teman-teman blogger dan pengunjung yang dihormati,
Semalam berlalu tanpa sebarang update dari kakchik. Bukan tidak ada isu atau topik yang ingin kakchik bicarakan kat sini tapi beberapa percubaan untuk menulis gagal kerana beberapa gangguan yang berlaku. Tambahan pula semalam kakchik bekerja dan banyak urusan yang perlu dibereskan. Setiap yang kakchik mula tulis, kematian idea di tengah jalan. Langsung disimpan menjadi draf saja.
Satu sebab lagi mungkin kerana malam kelmarin kakchik hanya tidur 2 jam lebih sikit saja. Akibat minum kopi di petang harinya di pejabat, malam pula batuk-batuk hampir beberapa minit sekali, kakchik tak dapat nak tidur. Kakchik baca buku, baca blog dan tengok drama korea dan cuba untuk lelapkan mata tapi hingga ke jam 5.30 pagi, mata tetap juga cerah.
Kakchik sempat chatting dengan yanmie di shoutbox hingga jam 3.30 pagi lepas tu ambil buku dan cuba lelapkan mata. Ingatkan akan cepat tidur tapi buku tu pula membuatkan kakchik makin segar. Silap pilih buku. Patut kena pilih bacaan yang lebih akademik baru cepat tertidur.
Bila cik abe ke masjid solat Subuh, kakchik dapat lelapkan mata hinggalah ke pukul 8 pagi, terus bangun, mandi dan bersiap ke pejabat. Yang hairannya, kakchik tidak rasa letih atau mengantuk langsung, cuma otak kakchik jadi khayal sikit. Nasib baik tidak mengganggu kerja.
Selepas difikir-fikir, kakchik rasa puncanya ialah kopi segera yang diminum. Kali pertama kakchik minum kopi segera jenama itu. Entah bahan apa yang dimasukkan hingga berjaya memutarkan jam biologi kakchik begitu sekali. Kakchik pasti tak akan minum lagi. Kesannya membahayakan kesihatan kakchik.
kekdg kita akn jd ketagih bila minum kopi segera ni....kalu xminum mula sakit kepala.....mmg bahaya cz kak nza prnah trkena kes cam gitu....
ReplyDeleteuih..smpai mcm tu sekali kesan minum kopi tu? mmg bahaya la gitu
ReplyDeletekali pertama cuba kopi baru, mmg selalu memberi effect pada badan...tp kalau dah lama2 mesti ok...tp xpe kakchik, xrugi pn xminum kopi tu, banyak buruk dr baiknya...
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletekak chik minum kopi segera yg ada herbs ke? mmg macam tu kak chik...kalu badan tak biasa. salalunya saya minum kopi segera masa badan teramat letih, susah buang air, atau nak berjaga malam jer. hihi. itupun amik radix je. yg lain tak berani...
salam kak chik
ReplyDeletesaya dahulu tak boleh langsung minum kopi apatah lagi neskafe
mulalah magrain menyerang
sekarang alhamdulillah, hanya boleh minum radix saja, nasib baik boleh, kalau tak memang kempunan minum kopi
kak chik rumah baru lagi ye,
kak nza, memang betul tu... yang sebenarnya kakchik tak suka minum kopi segera apa-apa jenama sekalipun. semalam tu terpaksa.
ReplyDeleteNdiah, kakchik pun tak sangka sampai boleh jadi gitu. Sebelum ni ada juga sekali dua minum kopi segera Indocafe tapi takdelah jadi macam tu.
ReplyDeleteain, kakchik ni jarang benar minum kopi sebab dulu ada sekali cuba kopi cap kapal api, kepala jadi sakit dan susah nak tidur. selalunya kakchik minum milo atau vico tapi sebab rasa nak cuba kopi Coffeemix tu kakchik cubalah satu paket. huhu, memang tak akan minum dah lepas ni.
ReplyDeletesebab kak chik jarang minum kopi, tu yang jadi macam tu. Saya pula kesannya terbalik. Janganla minum kopi waktu malam. Saya akan terus tidur lepas habis minum kopi.huhuh.
ReplyDeletesuri, betullah tu kot. kandungan kafein yang banyak dlm kopi boleh buat kakchik tak mengantuk. lain kali kalau nak minum kakchik kena buat pencairan sekali ganda kot utk kurangkan kesannya.
ReplyDeleteooo, senanglah nanti kalau nak buat suri tido cepat, pecah rahsia, hehe.
Takut juga dengar cerita Kak Chik.... Tak sangka pulak kesannya macam tu.. Nasib la Nur bukan jenis yg suka minum kopi segera..
ReplyDeletekakchik pun tak sangka sampai gitu sekali kesannya. kakchik dah nekad tak akan minum kopi segera tu lagi.
ReplyDelete