28.2.10

Hutang Punca Obesiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga di hari Ahad ini kita semua masih dalam keadaan sihat walafiat dan dapat meneruskan hidup kita di atas dunia ini dengan penuh keceriaan.

Sumber imej: TAZKIRAH

Hari ni kakchik ingin berkongsi satu artikel pendek yang kakchik baca dari majalah Harmoni edisi 1 - 15 Mac iaitu berkaitan tajuk di atas.

Sumber imej: An-Nabaat

Mengikut artikel tersebut, orang yang banyak hutang cenderung untuk mengalami obesiti atau kegemukan. Pakar dari Jerman telah membuat kajian dan mendapati orang yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan berisiko dua kali ganda untuk mengalami obesiti. Sangat membahayakan.

Sumber imej: Sini

Pakar tu namanya Eva Muenster, seorang ketua penyelidik dari Universiti of Mainz. Ramai juga orang yang menjadi bahan kajian beliau iaitu seramai 949 responden yang kesemuanya menghadapi masalah hutang. Bagaimana cik Eva ni boleh dapat datanya? Dia bandingkan dengan keputusan kaji selidik ke atas orang yang berhutang dengan kaji selidik ke atas orang yang bebas hutang, akhirnya dapatlah keputusan yang kata orang banyak hutang mudah mendapat penyakit obesiti.

Dari 949 responden tu, inilah hasilnya:
  • 11% responden yang banyak hutang mengalami obesiti berbanding 25% yang bebas hutang - maknanya lagi banyak hutang, lagi tinggi peluang nak jadi gemuk.
  • selain obesiti, hidup mereka tertekan dan mempunyai gaya hidup tidak sihat
Konklusinya:
Hutang banyak -- stress -- makan berlebihan -- murung -- kurang senaman -- akhirnya OBESITI !
Kakchik bimbang juga pasal ni. Alhamdulillah buat masa ni masalah hutang tidaklah sampai menggemukkan kakchik. Makin kecik adalah kot. Tapi hutang... lagu-lagu mana pun (kata orang Kelantan) wajib dibayar.

14 comments:

joegrimjow said...

lose weight now
ask me how
hehe

jom meneka dan menang
jom jom
;)

kakchik said...

joe, do you really know how to lose weight?

fitri oh fitri said...

lol,bukannya, depresi tuh bole hilang ngan mkn. sebabnya adalah, pemikiran xrasional la. haha.





http://fitridzulkifli.blogspot.com

Nadiah Sidek said...

blh jd juga tu kakchik. sesetgh org, bila ada mslh/stress..dia jd kuat mkn

kakchik said...

fitri, ini hasil kajian dik maknanya ada fakta. kalau ikut kebiasaan kakchik pun rasa stres boleh hilangkan selera.

kakchik said...

betul tu nadiah. yang sebenarnya kesan dari stres ni boleh jadi ekstrem kurang selera atau makin berselera.

aJa said...

ngeh...ngeh..ngeh....

betul tu kak chik...stress lah yg menyebabkan aja jd obes...

manyak utang le tu...hahahahaa...
kelakar la...

utang memang wajib dibayar...takut nanti mati...ishh..ish...ish..

Kamsiah said...

hutang...kalau beli rumah,keta tu...terpaksa berhutang la...:)
tp kalau saja2 nak melaram sampai terpaksa berhutang...sakit jiwa dibuatnya...
lg satu kakchik,bab hutang ni...akak cukup geram kat org yg liat nak bayar hutang...masa pinjam bkn main lembut lidah lagi...time nak bayar...buat2 taktau ja..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

betul2...

owg kata kalau x berhutang x berharta la jawab nyer.

so sape yg berhutang wajib la bayar. x banyak sikit pun jadi. sikit2 lama2 habis gak...

tul x kakchik?

kakchik said...

aJa, boleh baca buku HIDUP TENANG WALAU BERHUTANG mungkin boleh jadi ubat, hehe.

kakchik said...

kak kam, beli kete memang hutang dengan bank, sib baik rumah tak buat pinjaman. kalau tidak entah tahun bila akan habis membayarnya. memang betul geram kat orang yang liat bayar hutang. harap2 kita taklah macam dia kan.

kakchik said...

kina, kalau ikut orang kata tu, nantikan semua harta kita tu adalah hutang, bahaya tu.
kakchik pun sedang bayar sikit-sikit mana-mana hutang yang ada terutama hutang dengan penerbit buku.

nza said...

myb gak tu cz bila stress, makan jerrr....

kakchik said...

kak nza, kalau kakchik pula bila stres tak lalu makan.

Idea Bergaya

Jemput Tandatangan Buku Tamu

Related Posts with Thumbnails