Followers

11.2.10

Keropok untuk kawan yang jauh

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.

.... ler, dah hampir setengah jam kakchik tulis salam je. Asal nak tulis terus tapi si Amni datang, sibuk dia nak duduk atas riba dan nak main keyboard. Alih-alih, kakchik terlupa pulak nak sambung ayat kat atas tu. Ok, sekarang dia dah keluar bolehlah kakchik sambung cerita.

Entri ni kakchik tulis sebab dah takde idea lain yang mahu keluar. Ingat nak masukkan entri ni dalam KakChik's Wardrobe tapi tulis kat sini ajelah, lagipun nak cepat.

Seorang kawan yang kini berada di sebuah negara Eropah amat-amat teringin nak makan keropok Kelantan. Bukan senang nak cari kat sana dan bukan murah pula untuk membelinya secara online. Kawan ni pernah meminta tolong kakchik membelikan baju kurung moden sebelum ini jadi kakchik dengan dia dah kira agak kenallah juga walaupun hanya di alam siber.

Atas dasar persahabatan dan kerana keinginannya tu bersebab, kakchik sukahati nak tolong belikan keropok dan menghantarkan kepadanya di sana. InsyaAllah sebentar lagi kakchik akan ke pejabat pos untuk mengepos kotak bungkusan yang tak sampai 2 kg tu.

Inilah 3 jenis keropok segera yang kakchik belikan untuk kawan kakchik.

 
Keropok pedas
  
Keropok segera biasa jenis tebal sikit
 
Keropok segera biasa nipis

Kalau ada sesiapa yang teringin nak makan keropok segera, bolehlah kirim kat kakchik ya, hehe. Tapi mestilah kena tanggung upah mileage and postage :D

Cukup setakat ini dulu sebab kakchik nak ke pejabat pos pulak. InsyaAllah balik nanti kita sambung lagi dengan cerita-cerita ceria.

12 comments:

  1. keropok pedas tu sedap, tringat plak kat kampung, eehe!! :)

    ReplyDelete
  2. lamanya tak mkn kopok tu.. dlu slalu kirim kat mmber dok ganu..heheh

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya, lama dah tak makan keropok pedas. teringat ada kawan2 yang jadi saudagar keropok kat k.kediaman dolu-dolu (^_^)

    tentu kawan kak chik tu happy sangat bila terima nanti :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Chik...
    Saya pun suke keropok segera pedasss tuuuu

    ReplyDelete
  5. ieda, cuti raya cina ni tak balik ke? boleh cari keropok pedas tu, makan sampai ralit.

    ReplyDelete
  6. syenget, kat tempat tinggal sekarang ni susah ke nak dapatkan keropok segera ni?

    ReplyDelete
  7. iza, masa kakchik di usm dulu, kat asrama tu setiap floor ada saudagar keropok segera hehe. rupanya zaman iza di u pun ada juga ya. bisnes sampingan yg menguntungkan pelajar, hehe.
    insyaAllah dia tentu happy sangat.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam Sue @ Nenie, haha bertambah sorang lagi peminat keropok pedas. Agaknya kalau kakchik nak buat giveaway keropok lekor, ada orang nak tak?

    ReplyDelete
  9. Chik malam-malam kat sini dok lompat-lompat blog orang, terlompat ke sini pula.... alamak, tak sangka pula ada tulis fasal keropok saya kat sini... terima kasihlah ya.. tak tahan tengok gambar keropok ni, dah dapat rasakan di tekak.. the power of photography. Thanks so much deary!

    ReplyDelete
  10. kak chik..
    nk kopokk.. nak kopok...=)

    ReplyDelete
  11. Stylomom, terlompat ke sini tu sebab ada cerita pasal your keropok ler hehe. Kena tahan sabar seminggu lagi, insyaAllah keropok akan sampai dgn selamatnya. Kiranya pandailah chik ambik gambar kan sampai boleh buat org terliur.

    ReplyDelete
  12. iu, nak betul2 ke? kalau nak betul2 kakchik boleh tlg carikan hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs