Followers

27.2.10

Keropok lekor untuk minum petang

 
Petang ini kakchik goreng keropok lekor untuk minum petang. 
Di sini nak mencari keropok lekor tidaklah susah tapi nak membeli yang betul-betul sedap, yang banyak ikan dan kurang kanji bukanlah mudah. Memang semua orang tahu keropok lekor yang paling glamor ialah keropok losong di Terengganu tapi sekarang ni di KB pun boleh dapat keropok lekor yang sedap misalnya seperti yang kakchik beli di gerai di Dataran Ilmu semasa kuliah Jumaat semalam.

Jujurnya, keropok ni masih terasa kekurangannya iaitu agak tawar tapi bila dimakan bersama sosnya, alhamdulillah sedaplah juga.

Kat gerai tu ada 3 jenis keropok lekor yang dijual. Ia dibezakan oleh saiz masing-masing iaitu:

 
Saiz A, paling besar dan sepanjang lengan kakchik. Dijual sebatang RM1.00
 
Saiz B, lebih pendek dan kurus sikit. Dijual 2 batang RM1.00

 
Saiz C, sebesar ibu jari dan panjang sejengkal. Dijual 4 batang RM1.00

Kakchik beli yang saiz C tu sebanyak RM5 untuk minum petang. Hari ni kakchik cuti ganti untuk Maulidur Rasul semalam. Sepatutnya hari ni kakchik kerja. Seronok juga dapat bercuti sebab adik-beradik yang dok di Kelantan semua berkumpul di rumah ni. Kawasan dapur tu sepanjang hari ada je penghuninya. Bak kata selalu je ada orang membasuh pinggan di singki, hehe.

Kawan-kawan pula petang ni berjamu apa? Tentu banyak yang masak sedap-sedap ni.

15 comments:

  1. ade saiznye jgak ek?
    ehehhee~

    ReplyDelete
  2. iya Nabiel. kakchik yang letak nama, nak senang membezakannya :)

    ReplyDelete
  3. ahhh, kakchik, ni buat orang mengidam jer, hehehe.. keropok lekor kelantan sedap sebab banyak isi ikan, di sebelah sini lebih banyak tepung.

    ReplyDelete
  4. maaflah kak aliya kalau buat akak terliur. susah juga kalau dibuatnya kak aliya tiba2 mengidam nak makan, mana nak cari kat penang tu...

    ReplyDelete
  5. lamanya dah x mkn keropok losong...xpun keropok lekor yg byk ikan...kalau mkn keropok lekor biasa tu, xpuas rasanya...

    dlu masa abang saya duk terengganu, setiap kali blk selangor mesti dia belikan keropok losong untuk adik dia yg kuat makan ni...hehehe...

    tp sekarang dia dah pindah selangor, jadi tak dapat la nak makan keropok losong tu lagi...susah betul nak cari keropok yg byk ikannya kan kakchik?

    ReplyDelete
  6. salam kak chik..ooo keropok lekor..memang akak suker..memang betul..susah nak jumpa keropok lekor yang banyak ikan skrg ni..semua dah naik harga kan..

    ReplyDelete
  7. sedapnya keropok lekor..
    duk kat kulim ni ada juga yg jual kat pasar malam. tapi nipis-nipis dia hiris sampai dah nak jadi keropok keping..huhu
    kalau nak rasa keropok sedap, selalu beli yang dari Tumpat, lupa pulak apa namanya. Family mertua saya sanggup ke tumpat dari KB utk beli keropok tu.
    banyak ikan dan lembut je keropok dia. ada juga beli dari pembuat lain tapi memang tak sama dengan yang selalu beli tu..

    ReplyDelete
  8. ain, sekarang ni harga barang semua naik termasuklah ikan. mungkin sebab tu lah kualiti keropok lekor pun makin menurun. nak cari yang betul2 kaw memang susah sikit. nampaknya kita kena belajar buat sendiri keropok lekor ni kalau kita nak banyak ikan. kat ukraine tu ikan murah tak?

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam kak ina. betul kak... semua dah naik harga. dulu yang saiz plg kecik tu 5 untuk RM1 tapi saiznya besar lagi dari tu.

    ReplyDelete
  10. murni, agaknya kalau murni buat bisnes keropok lekor kat kulim tu mesti laku keras kan. harga mahal sikit takpe asalkan ikannya banyak dan rasanya sedap hehe.
    tak pernah dengar keropok kat tumpat tu sebab selalu dok beli sekitar KB je. tapi mgkn betul2 sedap tu hingga mertua murni sanggup ke sana membelinya.

    ReplyDelete
  11. kat ukraine ni semua mahal kakchik...xde yg murah...yg murah cuma gaji org yg kerja government je...
    bayangkan doktor yg baru grade, gaji diorg 100 us dolar je sebulan....tp brg2 mentah mahal...kesian kat diorg...

    ReplyDelete
  12. sedapnya keropok lekor =)

    dah 3 kali saya buat keropok guna mackarel dan tuna. wpun tak sama dgn yg asli di malaysia. sikit sbyk dapat kurangkan keinginan tu.

    memang keropok losong sedap. tp bg siapa yg biasa dgn keropok lekor seberang takir. mereka akan tahu mana yg sedap :)

    teringat keropok lekor celup tepung kat simpang panji alam. bestnya.. ~sambil telan liur~ :(

    ReplyDelete
  13. ain, kesiannya kat doktor di sana. tentu hidupnya perit. dah la kerjanya membebankan, sara hidup pula tak cukup. stres la diorang

    ReplyDelete
  14. irma tu kakchik tau pandai masak, dah tu org teganu pulak, tentulah pandai buat keropok lekor ni. lain sikit tak kisah... inovasi namanya hehe.
    rasa macam pernah dengar je pasal keropok seberang takir tu lagi sedap dari losong, betul ke?

    ReplyDelete
  15. sy bukan org teganu kak chik =)
    sy org kl. pernah belajar n ngajar d teganu 5 tahun..

    ya. kalau org teganu lebih suka kepok seberang takir. lebih sedap. byk ikan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs