Followers

13.2.10

Teka-Teki Ditutup Secara Rasmi

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bangun dari tidur pagi tadi dan menghirup udara yang kadang-kadang segar kadang-kadang kurang segar di bumi-Nya ini. Syukur... masih ada peluang untuk membaiki kekurangan diri sebelum Allah panggil pulang bila-bila masa.

Ok, terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi meneka 2 perkara special bagi kakchik pada tarikh 26 Februari nanti. Pemenangnya dah ada... kejap lagi kakchik umumkan. Dengan itu teka meneka ditutup dengan rasminya... hehehe.

So... sekarang dengan SUKACITAnya diUMUMkan PEMENANG kepada teka-teki mudah kali ini iaitu:


seorang kenalan baru yang buat pertama kali meninggalkan komen tapi terus mendapat jawapan yang betul.
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Jadi kakchik harap Noor Azaref bin Naim dapat menghantarkan alamat lengkap beserta no.tel kepada kakchik di sini ya: hanniaziz@gmail.com.

Kepada kawan-kawan lain yang meneka tu walaupun ada jawapannya yang sama dengan Noor Azaref bin Naim tapi sebab dah janji hanya ORANG PERTAMA PALING TEPAT maka rezeki ini adalah milik Noor Azaref bin Naim.

Memang tarikh yang kakchik utamakan ialah 12 Rabiulawal tu bukan 26 Feb. 26 Feb takde apa-apa maknanya mendalam bagi kakchik. Tapi 12 Rabiulawal ialah tarikh pilihan untuk kakchik dan cik abe dinikahkan di subuh harinya oleh Tok Guru di Masjid Pulau Melaka. Dan tarikh itu bertambah bermakna kerana ia tarikh kelahiran nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad saw.
Jadi kakchik nak tanya Noor Azaref bin Naim ni, teka aje ke atau search maklumat dalam blog kakchik? Hehe, saja kakchik nak tau. Hantar email ya!

3 comments:

  1. Assalamu `alaikum kak chik dan semua pembaca blog keluargaku sayang...

    AlhamdulilLah, tak sangka sayalah pemenang teka-teki special yang kak chik anjurkan tu. Saya main teka jer. Jangan jeles semua, hehehe... Rezeki tu Allah yang tentukan, kan kan kan?

    Moga kak chik akan terus berkarya...

    Salam ukhwah filLah buat semua...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Areef.
    Tahniah ya.
    Kakchik belum balas lagi email dan belum hantar lagi hadiahnya.
    InsyaAllah jika takde aral, esok kakchik poskan.

    ReplyDelete
  3. alamak....

    nape kak chik tak bagitau aja awal2 kak chik nikah bila...ish..ish..ish...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs