Followers

14.2.10

Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com

Entri ini khas untuk sahabat siber kakchik cikmin yang dulunya lincah di kasehabadi.blogspot.com dan kini semakin mengancam dan canggih dengan domain sendiri di cikmin.com. Sekalung TAHNIAH untuk cikmin sebab telah meningkatkan taraf diri sebagai blogger mantop. Kakchik ni walaupun dah beberapa kali cik abe sarankan membeli domain sendiri tapi masih juga setia dengan Blogger, biar dulu lah, hehe.

Ok, sempena entri khas yang umpama CONTEST ni, kakchik nak perkenalkan sikit tentang weblog kawan kakchik ni. Secara ringkasnya inilah maklumat paling tepat mengenail weblog cikmin iaitu cikmin.com. Rajin sikit membacanya ya.
Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.
Untuk pengetahuan semua kakchik ni memanglah susah nak join mana-mana contest kecuali yang dalam Polyvore tu. Cikmin pun tau hakikat ni sebab sebelum ni ada jugak cikmin jemput kakchik menyertai contest di blog Yanmie (sorang lain kawan siber yang terer blogging) tapi kakchik tak dapat janji untuk sertai. Tapi kakchik suka kalau orang lain menyertainya.

Tapi hari ni sebagai seorang kawan baik (betul ek cikmin?) kakchik rasa bolehlah kakchik cuba untuk peraduan ni. Kalau tak layak pun tak menjadi hal sebab kakchik buat ni pun bukan nak kan hadiahnya tapi kerana persahabatan.

Kami sebenarnya sebaya (kakchik tengok birthday cikmin di facebook) berdasarkan birthday kakchik dan cikmin pada tahun yang sama. (Cikmin, kita lahir tahun harimaulah! Tahun ni orang Cina kata tahun Golden Tiger tapi kakchik tak tau apa kelebihannya dlm kepercayaan mereka). Kakchik pun dah lupa macamana kami mula-mula berkenalan tapi yang pasti nama cikmin ni selalu je naik dalam mana-mana blog kawan-kawan suka memasak yang kakchik singgah. Kalau tak silap, mula-mula kakchik buat ROTI NASI, kakchik dapat semangat bila tengok roti yang cikmin dan hana buat. Tak percaya baca kat sini.

Dalam bulan Mac tahun lepas kakchik ada menang TOP COMMENTATOR kat blog cikmin. Menang yang tak disangka-sangka dan cikmin yang telah bermurah hati menghadiahkan kakchik sepasang telekung sembahyang dan beberapa hadiah iringan yang mungkin dibelinya semasa ke Indonesia. (Cikmin, key-chain Tangkuban Parahu tu telah putus akibat direbut anak-anak saudara tapi kakchik masih simpan sebagai kenangan. telekungnya pula kakchik guna untuk bersolat di pejabat, tima kasih ya).

Kalau nak cerita mungkin panjang lagi ni tapi kakchik kena bertugas di Kaunter Library la pulak. Cukuplah sekadar itu. Kalau kalian ingin lebih mengenali cikmin, silakanlah berkunjung ke blog beliau, cikmin.com

Untuk cikmin, kakchik sentiasa doakan persahabatan kita kekal selama-lamanya dan mendapat restu suami kita dan redha Allah SWT. Juga kakchik doakan agar dengan kelahiran terbaru ini perkongsian cikmin di alam maya ini akan semakin mantap dalam semua isu yang cikmin suka sentuh agar manfaatnya dapat dinikmati oleh ramai orang, insyaAllah perkongsian dengan niat yang baik akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Chaiyyok cikmin!

16 comments:

  1. salam kakchik...wah..terharu ni cikmin baca entry ni..betul2 memberi semangat pada cikmin.com!terima kasih atas kesudian kakcik join cabutan bertuah cikmin.com..cikmn dah view!mmuuaaahhh!

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam cikmin.
    terima kasih sebab dah approve. kakchik tak plan, main tulis je apa yang ada di hati khas untuk cikmin.

    ReplyDelete
  3. kakchik..pasal sticky entry sampai 14hb feb tu..memula..

    kakchik pergi EDIT post..lepas tu klik POST OPTION masukkan tarikh 14feb tu..then publish balik post tu..senang jek..semudah ABC..

    ReplyDelete
  4. tenkiu cikmin. kakchik dah ikut cara cikmin tu harap2 menjadi sebab selalu cikmin buat menjadi.

    ReplyDelete
  5. salam k.chik

    gud luck yea, betul tu k.chik kita nie nak join bkn sebabkan nak adiah, tapi sebab persahabatan. moga persahabatan kekal sampai bila2 walaupun di alam maya sekalipun.

    Psstt!! thanks k.chik, namaku disebut disini..hehehe..mmuaahhs..kembang semangkuk yan baca, tpkan k.chik yan nie blm terer lagik lah dlm blogging nie..masih nk improvekan blog..ekekeke

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  6. Wkslm yan.

    tenkiu. moga2 kita ni makin erat satu sama lain.

    hehe, nama yan disebut sebab kakchik selalu ingat kat yan le. nasib baik semangkuk je kembangnya, takut besar sgt nantikan jadi hulk pulak hehe.

    kiranya yan lebih baik la dr kakchik dlm bab blog ni.

    ReplyDelete
  7. Apa khabar Kakchik? Masih selsema ke? Ni nak cerita sedikit dgn kakchik. di sekolah tadi dok bual2 dgn kwn Ted tetiba terkeluar pasal kedai mkn yg bawah HPA di hadapan Pantai Timur. Ted pun ckplah yg Ted pernah mkn Nasi Lemak disana atas dari bacaan maklumat yg Ted dapat dari blog kakchik. Then rupanya kedai tu milik cikgu sekolah Ted (Cikgu Roslan) dia pulak kata Kakchik ni sahabat kepada wife dia. Pulak lepas tu seorang rakan pulak kata pernah jumpa kakchik semasa kelas areobik dan kak Wan Jah pulak katanya kakchik bekas rakan di sekolah dulu..waahhh dlm masa kurang 15 minit se bilik itu mengenali kakchik.. Masing2 memuji.. heeeheee cuma ted katakan ted masih belum berpeluang ketemu hanya dlm blog sahaja.. itu... ^_^

    ReplyDelete
  8. salam kak chik..betul..betul..betul..tahniah yer kedai kak chik dah duduk dalam air cond..nanti insyallah kalau gi ke kay beee lehlah akak terjah...

    ReplyDelete
  9. Ted, kakchik khabarnya agak baik tapi masih selsema. Suara pun dah serak-serak basah ni hehe.
    Ler... kakchik lupalah yang Cikgu Roslan dan Wan Jah dok ngajar kat situ. Kalau tak kakchik dah bagitau Ted. Hehehe... keciknya dunia kan. Tak sangka pulak you all dok ngumpat kakchik ya, patutlah semalam asyik batuk-batuk je :) Anyway, tima kasih sb ngumpat yg baik2 hehe.
    Nanti kirim salam kat diorang ya terutama kat Wan Jah tu, kalau ada no tel, Ted tolong ambilkan ya. Dah lama benar tak jumpa dia.
    InsyaAllah ada peluang kita pasti akan jumpa juga.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam kak ina. Terima kasih kak. Ha'ah alhamdulillah sekarang ni dah tak risau pasal habuk debu tepi jalan lagi dan tak perlu pasang kipas macam kat kedai lama. Cumanya sssssejjuk sangat la pulak. Boleh je kak... sangat-sangat dialukan. Lagipun lokasi skrg ni senang nak diterjah hehe.

    ReplyDelete
  11. salam kak chik,
    rajinnya masuk contest. Gud luck tau. moga cepat2 sembuh.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Semoga kakchik saya. Saya kurang stabil sedikit - sejuk sehingga demam.

    Kak Chik juga boleh turut membantu dengan mengiklankan entri ini http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/02/kelahiran-terbaru-dan-cabutan-bertuah.html#comments

    Semoga sama-sama beroleh pahala.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam nur. Takdelah rajin mana pun nur. Yang ni kakchik masuk sebab yang menganjurkannya kawan baik. Tak aim utk menang hadiah pun tapi aim untuk terus kekal bersahabat dgnnya.

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikummussalam Farid.
    Kakchik kurang faham sikit ayat yang pertama tu. Mesti dalam kepala fikir lain tapi jari taip lain, hehe. Nampaknya kita sama-sama tak sihat. Cuaca sekarang ni memang ramai betul orang jatuh sakit. Walaupun kakchik juga demam tapi kakchik harap Farid jangan lupa dapatkan rawatan agar tidak melarat.
    Kakchik nak turut membantu apa tu? Actually kakchik tak kisah sgt menang atau kalah sebab tu tak kempen pun.
    W/pun kakchik tak faham sgt maksud Farid tu, kakchik ucapkan terima kasih sebab sudi singgah dan tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  15. Salam.. No wonder Cik Min pilih Kak Chik.. Entry dari Kak Chik ni cukup "touching"..

    Betul tu kak.. Nur pun kalau masuk contest @ giveaway just utk suka2..

    Zaman sekarang ni susah nak mendapat kawan yg boleh digelar "sahabat"...

    Semoga persahabatan Nur dengan Kak Chik juga mendapat keberkatan dariNya..

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikummussalam Nur.
    Terima kasih sebab kata entri kakchik touching :)
    Alhamdulillah, kiranya sampailah maksud kakchik menulis entri ni.
    Kakchik ni kadang-kadang jadi serius terutama bab persahabatan sebab tu jarang nak suka2 masuk contest hehe.
    Serius sangat pun tak best kan.
    InsyaAllah Nur, jika kita sama-sama ikhlas, persahabatan ini akan berkekalan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs