Followers

22.3.09

Apabila Persahabatan Dihargai...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga hari ni teman-teman semua dalam suasana ceria dan sedang menikmati hujung minggu bersama keluarga.

Kali ni KakChik nak kongsikan satu kegembiraan yang datangnya langsung tak disangka. KakChik memang tak sangka langsung akan menerima kegembiraan ini. Kawan-kawan nampak bungkusan dari POSLAJU kat bawah tu? Itulah dia kegembiraan yang tak disangka-sangka.

Ok, mari KakChik cerita sikit.


Dalam dunia blogging ni kita biasa menjalinkan perkenalan yang jika dipupuk dengan baik akan menjadi persahabatan yang amat bermakna. Biasanya perhubungan ini terjalin dengan rajinnya kita berziarah ke blog kawan-kawan kita untuk membaca posting terkini mereka atau sekadar menjenguk bertanya khabar dan melepas rindu sambil memberi komen-komen yang sesuai dengan post yang kita baca (kalau ada idea nak tulis la).

Jadinya, KakChik pun macam tulah juga. Suka jalan-jalan ke blog orang lain bila ada kelapangan. Kalau ada yang KakChik rasa ingin dikomen, KakChik tulis berdasarkan ilmu dan keikhlasan di hati. Sebab KakChik rasa dengan itu rakan kita akan rasa perkongsian mereka di blog mempunyai NILAI yang berupaya memberi impak kepada orang lain.

Tapi tak tahulah pula ada TEMAN ni dia buat ala-ala pertandingan untuk mencari TOP COMMENTATOR untuk blognya. Teman yang sorang ni ialah CIKMIN... yang sekarang ni adalah pengguna dan pengedar JUS MATE 5. Walaupun KakChik tak pernah lagi jumpa CikMin di luar tapi terasa dah kenal serba sedikit beliau dari tulisan-tulisan di blognya MyLifeMyLoveMySoul.

Ringkas cerita, KakChik dapat HADIAH!!!

Hadiah yang CikMin bagi ni memang amat berharga ni CikMin. Sekarang dah jadi 8 pasang dah. Ummi KakChik kata, cantik kainnya & sangat konvinien. Adik pulak kata, bagi hadiah kat dialah. Hehehe, mana boleh kan... ini hadiah CikMin yang bagi kat KakChik. Insya-Allah kenangan sampai bila-bila. Apatah lagi akan digunakan untuk melaksanakan ibadah yang utama.

Kat bawah ni adalah kandungan Poslaju dari CikMin.


KakChik terharu sangat. KakChik bukannya buat apa sangat kat blog atau pun kat CikMin sendiri tapi begini berharga pula hadiahnya. Terima kasih banyak ya CikMin. Semoga Allah murahkan rezeki CikMin, dipermudahkan segala amal ibadat dan urusan dan mendapat kebahagiaan dunia akhirat.

Hanya Allah yang Maha Tahu betapa KakChik terharu dengan pemberian ini. Rasa macam nak peluk je CikMin kalau ada kat depan mata.

18 comments:

  1. salam kakchik..berlinang air mata cikmin ni membaca tulisan kakchik...alhamdulillah..sume dah selamat dlm tgn kakchik..sume2 tu dari jakarta kakchik..telekung cotton paris tu beli di tanah abang,FM kayu tu kt tanah abang gak..baru pasan xde tulis jakarta ye kakchik..cuma keychain tu jek baki yg ada masa cikmin ke bandung tahun lepas..beli kt tangkuban perahu..opsss..kad tu beli kt pasaraya LIDO bentong..hehehe..wah..terima kaseh ye kakchik..siap promo cikmin pengedar jusmate herbaprima kt blog..cikmin akn sampai satu hari nnt depan maribaca tu..jadik..kakchik boleh la peluk cikmin ye..

    ReplyDelete
  2. cikmin, jangan la sedih ya. kakchik dah agak tentu semua hadiah tu datangnya dari seberang. terbang jauh sungguh nak sampai ke tangan kakchik. ingatkan satu je rupanya ada macam-macam jenis. banyak sungguh yang cikmin bagi. apa-apa pun mekasih banyak-banyak.

    peluk cium dari kakchik. muah, muah.

    ReplyDelete
  3. inilah hebatnya ukhuwah, di alam maya dan tak penah jumpa pun boleh bagi hadiah+menangis tanda terharu. penyayangnya Allah yang menghadiahkan kalian kasih sayang itu.

    ReplyDelete
  4. Salam KakChik,
    Wah, tahniahlah kakchik dapat hadiah yang tak disangka-sangka tu. Orang yang baik macam kakchik ni, semua orang sayang...

    ReplyDelete
  5. wah...seronok ye, dapat hadiah yg kita tak sangka... berbunga2 di hati gitu! :).

    ReplyDelete
  6. normi, syukur alhamdulillah. sebab itulah agaknya kita digalakkan menjaga persahabatan sebaiknya & bersahabat kerana Allah.

    ReplyDelete
  7. Wkslm Kak Ummu.
    Terima kasih Kak Ummu tapi pujiannya tu belum berpadanan dengan KakChik ni. KakChik bukanlah orang yang baik sangat. Masih terlalu banyak kelemahan diri di sisi Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. kin, alhamdulillah seronok... tapi yang lebih seronok rasanya cikmin yang telah dengan murah hati memberi hadiah tu.

    ReplyDelete
  9. Waa...sonoknya kakchik dpt adiah :)

    ReplyDelete
  10. salam kakchik..
    indah kan nilai sebuah ukhwah..
    hope satu hari nnti, iza pun berpeluang nak jmpa kakchik.. :)

    ReplyDelete
  11. intan, rezeki sahabat intan...

    ReplyDelete
  12. wkslm iza. persahabatan mmg akan indah jika ia dibina atas niat yg baik. kakchik pun amat suka kalau dapat jumpa iza, kdg2 bila berada di khalayak ramai kan, kakchik dok imagine, mesti ada kawan blogger kakchik dlm ramai2 tu. kalau kenal, alangkah bestnya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Chik,

    Tahniah Chik! Suka baca pengalaman Chik yang ini. Kak Nor pernah juga nak bagi hadiah utk pengomen terbaik di blog tapi tak tau sesuai ke tak. Bila baca Chik cerita apa yg Cikmin buat, insya Allah, Kak Nor rasa konfiden nak buat juga.

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikumsalam K.Nor.

    Terima kasih ya, Chik pun tak sangka Allah nak salurkan rezeki melalui CikMin. Persahabatan amat berhargakan. Niat K.Nor tu molek tu..., kawan yg menerima hadiah rasa amat-amat dihargai seperti apa yg Chik rasa.

    ReplyDelete
  15. Rezki, begitulah! Datangnya tak semena mena, kerana semua tu di gerakkan oleh Allah!

    ReplyDelete
  16. salam kakchik..syukur dpt hadiah dari cik min...

    ReplyDelete
  17. wkslm kak ina,

    itulah kak, memang bersyukur sangat. dapat kenal cikmin, akak dan yg lain2 kat sini pun amat syukur kak, alhamdulillah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs