Followers

31.1.10

Sarapan pagi orang yang demam.

Assalamualaikum dan salam pagi semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat saja ya. Hari ni kakchik terpaksa ambil MC sebab demam selsema sejak malam tadi. Nak tidur tak lena sebab hari dah siang, nak baca buku mata tak mau fokus, rasa mengantuk jadi duduk la kakchik kat depan laptop ni membaca suratkhabar online dan menjawab mesej/komen yang kawan-kawan tinggalkan malam tadi.

Sekarang dah jam 9 lebih, kalau belum sarapan, cepat-cepat cari makanan ya. Alas perut tu jangan biar masuk angin. Pagi ni kakchik nak makan nasi bungkus je, beli kat Chabang Empat Cherang. Semalam kakchik dah belanja kawan-kawan di pejabat, alhamdulillah semuanya kata nasi ni sedap. Memang nasi yang dijual makchik di situ sangat kakchik suka. Jom kita buka bungkusannya:

Maaflah nasi tu dah dicampur lauk dan kuah maka tak la lawa dilihat tapi memang sedap dimakan. Nasi pagi atau nasi berlauk di sini biasanya ada nasi, lauk, sambal dan ulam mentimun. Kadang-kadang ulam mentimun diganti dengan kangkung goreng atau taugeh goreng sempoi.

Nasi makcik ni sambalnya sangatlah pedas, agaknya inilah sebab kakchik sakit tekak hari ni. Itupun dah minta dikurangkan sambalnya, kalau takde sambal mana ada umph kan?

OK, lah dulu. Kakchik nak tengok-tengok blog kawan-kawan pula. Rasa macam banyak hari tak jenguk mereka bertanya khabar. Selamat bersarapan! Wassalam.

6 comments:

  1. hari ni pun sama....kenduri kawen lagi!!!

    ReplyDelete
  2. kakchik xsehat yek..sema2 ke?? num air masak byk2 tau!!!! ubt jgn lupeeee mkn..

    ReplyDelete
  3. moga cpt sembuh...sedapnya nasi berlauk tu...menitik2 air liur kak nza ni...kempunan nk mkn tu....hu.

    ReplyDelete
  4. seronok la one z hari-hari makan free

    ReplyDelete
  5. fmina, kakchik demam la semalam, asyik terbaring je, bangun utk solat lepas tu tido, air masak minum banyak tapi kakchik tak makan ubat.

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak nza, alhamdulillah kak, rezeki nasi berlauk memang sedap.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails