Followers

8.1.10

Nuffnang

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua!

Hari ni kononnya nak ke OUM nak daftar semester baru, alih-alih dpt SMS dari pengurusan kata tarikh pendaftaran dan ambil modul ialah pada 15 Jan... jadi kakchik boleh ubah jaduallah hari ni. Htari ni juga kakchik sepatutnya menyertai Bengkel Menulis Berita dan Asas Fotografi - yang ni kakchik insyaAllah akan pergi tapi bila dah selesai dulu urusan rumahtangga. Ummi dok ajak ke pasar sebab bekalan dapur dah kering terutama sayur-mayur dan lauk-pauk. Kalau tak temankan dia, kesian pula lagipun kakchik juga yang akan makan semua tu.

Jadi sebelum temankan Ummi ke pasar, kemudian ke bengkel, kakchik saja-saja nak buka tengok Nuffnang kakchik. Sekali-sekala je kakchik masuk tengok sebab tau bukannya banyak sangat yang masuk. Orang lain dah tulis macam-macam dah pasal Nuffnang ni dan dah lapor macam-macam aktiviti yang disertai bersama Nuffnang tapi kakchik ni dok di Kelantan, jauhlah nak turut serta.

Ok, mula-mula kita tengok pelawat ke blog Keluargaku Sayang untuk minggu pertama Jan 2010.
Dapat 522 orang pengunjung yang unik. Kira boleh tahan la kan.

Kemudian kakchik tengok apa yang orang cari dan membawa carian mereka ke blog kakchik.
Cuba tengok yang 3 teratas tu, hehehe... BISNES MUDAH, ada ke kakchik tulis pasal ni ek?
Satu lagi, blog siapalah www.ajaib2u.blogspot.com tu?

Lepas tu nak la juga tahu dari blog mana orang selalu lompat ke sini:
tak sangka ramai yang datang dari blog kak ina kl! terima kasih kak... blog akak dah jadi referral paling banyak ke sini.

Ops, panggilan ke pasar sudah sampai. Nak pergi dulu. Roger and out!

2 comments:

  1. salam kak chik..oh yer ker..tak apalah kak chik..dia orang suka nak datang..suka baca kak chik punya cerita ceriti.

    ReplyDelete
  2. wkslm kak ina. terima kasih kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs