Ada kawan tanya kakchik, sempat atau tidak kakchik ziarahi semua blog teman-teman blogger yang ada dalam blog list dan Followers tu. Jujur kakchik jawab bergantung kepada keadaan dan masa kakchik. Kalau kakchik tidak sibuk, kakchik akan ziarahi blog-blog yang baru dikemaskini dan mengambil masa rehat untuk berkunjung pula ke blog-blog kawan yang selebihnya. Ziarah pagi sikit, tengahari sikit, petang sikit dan selebihnya malam. Tapi sudah tentulah ada dalam sehari tu blog yang tidak sempat kakchik kunjungi. Dan... blog yang sudah sangat lama tak dikemaskini tu tengoklah kalau ada masa, kakchik akan jejak untuk tanya khabar.
Followers pula ada yang selalu terjah blog kakchik dah ada yang pendiam, suka follow dan baca senyap-senyap. Yang selalu terjah, pasti cepat kakchik kenali sebab komunikasi melalui komen dan mesej yang berulangan.
Kadang-kadang bila tak sibuk, kakchik akan klik ikon-ikon mana-mana follower yang kakchik tidak familiar dan kakchik jejaki untuk cuba mengenali insan di sebalik ikon tersebut. Kakchik tidak pernah meminta sesiapa untuk menjadi follower blog kakchik, masing-masing adalah pilihan dan minat sendiri. Terima kasih ya duhai Followers sekalian, pertambahan jumlah anda semakin menaikkan semangat kakchik untuk terus blogging.
Kadang-kadang bila tak sibuk, kakchik akan klik ikon-ikon mana-mana follower yang kakchik tidak familiar dan kakchik jejaki untuk cuba mengenali insan di sebalik ikon tersebut. Kakchik tidak pernah meminta sesiapa untuk menjadi follower blog kakchik, masing-masing adalah pilihan dan minat sendiri. Terima kasih ya duhai Followers sekalian, pertambahan jumlah anda semakin menaikkan semangat kakchik untuk terus blogging.
Apa yang seronoknya ada teman blogger dan ada followers ni? Nak tau apa manfaatnya pada kakchik? Ni ha kakchik senaraikan:
- kawan semakin ramai - Dapat kenal ramai orang dari merata-rata tempat, bukan saja dalam negara malah yang duduk di luar negara atau memang orang luar negara, tidakkah menarik tu? Melalui perkongsian di blog mereka kakchik boleh mengenali diri mereka, ahli keluarga, hobi, kehidupan di tempat mereka dan macam-macam lagi. Semuanya kakchik pilih untuk dijadikan teladan dan sempadan.
- kakchik makin pandai memasak - Ramai teman blogger suka memasak. Mereka mencuba pelbagai resepi dan berkongsi pula hasilnya di blog mereka. Yang pandai ambil gambar, boleh hasilkan shot yang menarik hingga menggoda orang yang melihatnya (kakchik la tu...) dan mencambahkan minat memasak dalam diri kakchik. Contohnya buat roti dan pizza - sesuatu yang mengejutkan seluruh keluarga, hehe.
- kalau rajin dapat hadiah - Komuniti blogger ni ada semangat setiakawan, selalu saja menganjurkan pemberian award, pelbagai blog contest, teka-teki dan sebagainya. Kalau rajin masuk mungkin ada yang dimenangi. Kakchik jarang masuk contest tapi suka tengok kawan-kawan join dan anjurkan.
- gader-gader (gathering) - Seronok sungguh kalau dapat bertemu mata dengan teman-teman blogger. Buat masa ni kakchik yang selalu dikunjungi teman dan belum punya peluang untuk kakchik pula yang mengunjungi atau berpakat bertemu di mana-mana tempat untuk makan-makan, sembang-sembang etc.
roti yang kakchik buat hasil pengaruh rakan-rakan blogger
ITU antara beberapa sebabnya. Ada lagi sebenarnya. Cukuplah dulu banyak tu. Dari blog juga Allah mengizinkan kakchik berjumpa dengan beberapa orang rakan blogger yang berasal dari luar Kelantan. Mereka datang ke Kelantan atas urusan tertentu tapi mereka sempat lagi bertemu kakchik. Gembira sangat.
Menziarahi blogger Jurnal Kehidupan, Umm Masyitah yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Perdana. Beliau datang jauh dari Temerluh, Pahang.
Dua hari lepas kakchik menziarahi rakan blogger, Umm Masyitah yang mendapatkan rawatan di Kota Bharu. Kakchik ingatkan beliau datang untuk melancong sambil membeli-belah, rupanya datang untuk merawat penyakit di tulang belakangnya. Terima kasih ya Masyitah sebab dalam sakit-sakit pun sudi melayan kunjungan kakchik. Sepatutnya Masyitah berehat tapi kakchik datang pula buat kecoh kat bilik wad :D .
Sangat gembira dapat bertemu Masyitah, dapat peluk orang yang selama ni unknown in person, dapat bersembang, macam dah lama kenal je, dapat kenal suami Masyitah yang ramah dan semestinya dapat bergambar dengan Masyitah. Syukur, Allah izinkan kakchik menjadi kenalan Masyitah, agar ia semakin erat selama-lamanya.
Blog juga menemukan kembali kakchik dengan teman-teman sekolah juga teman-teman universiti dulu (USM). Petang semalam kakchik dikunjungi oleh Norai yang dulu duduk satu desasiswa dengan kakchik masa Matrikulasi. Tak sangka selepas berbelas tahun semalam kami bertemu kembali. Seronok tak tahu nak kata. Sebenarnya kami sebelum tu dah bertemu melalui facebook dan Norai pun telah menjadi pelanggan kakchik (dia beli abaya Hannan). Syukur alhamdulillah... persahabatan yang terjalin kembali bertaut.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud:
Blog juga menemukan kembali kakchik dengan teman-teman sekolah juga teman-teman universiti dulu (USM). Petang semalam kakchik dikunjungi oleh Norai yang dulu duduk satu desasiswa dengan kakchik masa Matrikulasi. Tak sangka selepas berbelas tahun semalam kami bertemu kembali. Seronok tak tahu nak kata. Sebenarnya kami sebelum tu dah bertemu melalui facebook dan Norai pun telah menjadi pelanggan kakchik (dia beli abaya Hannan). Syukur alhamdulillah... persahabatan yang terjalin kembali bertaut.
Kakchik, Norai dan Adik (anak Norai yang suka membaca)
"Ra, nanti singgah la lagi. Kedai chik pun makin mudah dikunjungi. Terima kasih ya singgah petang semalam."
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud:
"Setiap dua orang Muslim berjumpa, kemudian salah seorang memegang tangan sahabatnya, kedua-duanya berjabat tangan, kedua-duanya memuji Allah, lantas berpisah, maka hilanglah dosa di antara kedua-duanya." (Hadith riwayat Imam Ahmad)
Seronokkan, hanya dengan bertemu sahabat, berjabat tangan (dengan ikhlas la ya) akan terhapus dosa-dosa kita dengannya. Alangkah baiknya Allah dengan kita. Sebab tu digalakkan kita selalu bersalam apabila bertemu sahabat-sahabat kita.
Cara yang betul berjabat tangan ialah:
Sehingga itu, jumpa lagi. Wassalamualaikum.mengenggam tangan sahabat dengan kemas dan erat di samping melemparkan sebuah senyuman manis disusuli dengan ucapan "Alhamdulillah"
salam kakchik..
ReplyDeletekina suka baca blog kakchik..baru 1st time baca rasa mcm dah terpaut jer.
mmm..kakchik nak tanya la. mcm ner kakchik paparkan fambar follower tue dlm posting nie?kina dah cuba nak buat. tapi x berjaya2 gak.kina igt nak tunjukkan page kina pada rakan2 blogger pasal masalah kina.
eeii..tau xpe..seronok jugak berblogging ni..macam2 kita boleh dapat kan??
ReplyDeleteouh..atiQ pon selalu baca blog kakchik senyap2..misteri gitu..heheh!! :)
Salam. Apa khabar Kak Chik? Suka baca entry Kak Chik tentang teman siber ni..
ReplyDeleteSemenjak terjebak dlm dunia "blogging" ni, Nur tak nafikan sama seperti Kak Chik dapat menambahkan bilangan teman dari serata negeri kat Malaysia ni.
Mungkin kita dapat berkongsi kisah suka duka kehidupan.. setidak2nya dapat melepaskan rasa "tension" yang ada kala dilanda masalah.
Tak semua orang lalui pengalaman yg sama dalam menjalani kehidupan. Maka kita dapat ambil iktibar daripadanya.. di samping menambah ilmu yg ada.
Syabas kak.. Akak berupaya mengendali banyak blog yang bermanfaat & pandai membahagikan masa untuk menguruskan kesemuanya. Moga persehabatan yg terjalin dapat diteruskan..
Nur tak pernah sampai ke Kelantan. Hopefully one day I'll meet you there!
Take care sis..
salam kakchik...seronoknya dpt bertemu dgn kwn2 lama n baru..insyaAllah qis sekeluarga akan ke kelantan utk hantar pengantin laki (sepupu qis) pd 30 jan ni..klu xde ape hal..boleh la qis jmpa kakchik..tu pn klu smpt ye...
ReplyDeleteSo sweet kak chik. Saya tak berkesempatan nak lawat blog rakan2. cuma jika kebetulan buka blog kwn baru update. dptla baca. nak tgk smua hari2 susah. tahniah kpd kak chik. sahabat yg baik. concern about each other.
ReplyDeletewa'alaikummussalam kina.
ReplyDeleteterima kasih banyak kina sebab sudi membaca tulisan kakchik yang sempoi-sempoi ni.
gambar follower tu kakchik insert pic macam biasa je kina. sblm tu kakchik copy, Alt + PrtSc, crop. Gitu je kakchik buat sebab cara lain kakchik tak tahu.
Harap dapat bantu kina.
kakchik memang tau atiq, hehe. kakchik pun kadang-kadang jadi silent reader juga. banyak blog kakchik ziarah tapi tak tahu nak komen apa.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nur.
ReplyDeleteKakchik setuju tu bab nak lepas tension tu, kadang-kadang itulah juga sebabnya.
Terima kasih Nur. Kakchik hanya lakukan yang terbaik yang kakchik mampu. Kalau tidak komited, semuanya akan terbengkalai dan tidak memberi apa-apa kepuasan.
InsyaAllah Nur, suatu hari nanti Nur akan sampai juga ke sini. Masa tu kita jumpa ya.
Wa'alaikummussalam qis.
ReplyDeleteSeronok memang ya qis, rasa macam nak berlama-lama dengan teman yang dijumpai. Nanti bila qis ke sini menghantar pengantin tu, boleh la calling, calling ya. Jika lapang dapatlah kita jumpa.
Terima kasih emy. Ada masanya tak sempat juga emy terutama di musim sibuk dengan assignment dan exam. Tapi persahabatan akan lebih erat dan dihargai bila kita selalu bertanya khabar kan.
ReplyDeletekak chik kedai kak chik kat ne?? nanti e-mail mokwo yeh..kot2 balik klate nanti mokwo blehlah singgah!
ReplyDeleteIdah jejaki lagi blog k.chik yg ini..wah menarik isinya..Blog tempat mendapat kenalan baru jauh mahupun dekat...seronok..Insya Allah semoga ukhwah berpanjangan...
ReplyDeleteDunia tanpa sempadan...Dunia blog juga tempat utk mendptkan kenalan..jauh ataupun dekat...semoga ukhwah berpanjangan hendaknya...menarik blog akk yg ni...
ReplyDeletemokwo, kedai kakchik dalam Kota Sri Mutiara @ Billion. senang nok cari. kalu balik singgoh la deh.
ReplyDeletebetul tu kakchik..banyak yang kita boleh dapat dari dunia blog. banyak nadiah belajar daripada blogger :)
ReplyDeletesalam kak chik, kelik kelate nanti insya allah kami singgah kedai kak chik deh :)
ReplyDeleteIdah, terima kasih sebab selalu juga singgah di sini. Semoga tautan ukhuwah di antara kita semua akan terus berpanjangan. Betul alam internet ini tiada sempadan tapi kita tetap kena ada sempadan kan. Sempadan yang berteraskan agama.
ReplyDeleteNadiah, melalui dunia ini juga kita akhirnya berkenalan kan. Walaupun di U dulu tak pernah bertemu, kita menjadi dekat di sini. Kakchik juga belajar sesuatu dari Nadiah.
ReplyDelete