Followers

22.1.10

Mohon kemaafan itu yang terbaik, Beri kemaafan itu mulia

Assalamualaikum wr wbt dan salam petang Jumaat kepada semua teman-teman blogger dan pembaca setia blog Keluargaku Sayang.

Hari ni dah petang benar baru kakchik dapat bersiaran. Bukan apa... hari ni kelas tutorial kakchik dah bermula sepenuhnya dari jam 8 pagi selesai jam 5.30 petang. Memang ada rehat sejam lebih untuk waktu solat Jumaat. Tapi boleh dikira padat juga jadualnya walaupun cuma ada 3 subjek yang kakchik ambil. Waktu rehat tu kakchik balik ke rumah, siapkan apa yang patut untuk cik abe ke masjid tapi tak sempat pulak menghidangkan makan tengahari untuknya. Mohon maaf ya Yang.

Sebut pasal maaf ni, ada dua perkara berbeza iaitu MEMOHON MAAF dan MEMBERI MAAF.


Memohon maaf dari seseorang bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Jatuhlah darjat kita kalau terpaksa memohon maaf. Ego juga turut berperanan menghalang kita dari memohon maaf. Akhirnya kita tidak langsung memohon maaf dan membiarkan kesilapan yang dilakukan berlalu begitu saja. Hakikatnya... MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN kerana orang yang kita salahi itu insyaAllah akan memaafkan kita. Kalau dia tidak maafkan pun, hati kita pasti LEBIH LEGA.

Memberi maaf bunyinya macam mudah tapi hakikatnya tetap juga payah. Mulut mungkin menyebut, "baiklah, saya maafkan" tapi hati mungkin belum ikhlas memaafkan. Kakchik ada baca dalam beberapa artikel yang mengatakan diri kita akan lebih lapang dan tenang selepas memaafkan orang lain kerana ALLAH TURUT MEMAAFKAN KITA. Alangkah bagus begitu.

Atau EGO kita TERLALU BESAR?

MOHONLAH MAAF dari orang yang kita telah sakiti.

MOHONLAH MAAF dengan hati yang jujur dan ikhlas.

MOHONLAH MAAF agar diri kita tidak disalah anggap.

MOHONLAH MAAF untuk kebahagiaan kita sendiri dunia dan akhirat.

MOHONLAH MAAF kerana kita akan lebih disayangi.

MOHONLAH MAAF agar ukhuwah kita diredhai.

MOHONLAH MAAF kerana iman kita akan meningkat.

MOHONLAH MAAF untuk hidup yang lebih bererti.

DAN...

BERILAH KEMAAFAN kerana ia sebaik-baik perbuatan.

BERILAH KEMAAFAN yang sejujurnya untuk hidup yang lebih ceria.

BERILAH KEMAAFAN kerana Allah memaafkan hamba-hambaNya, siapalah kita?

BERILAH KEMAAFAN semoga kita dan dia bahagia dunia akhirat.

Kita adalah didalam satu perjalanan untuk mencari surga Allah swt dan orang yang terbaik di sisi Allah swt adalah orang yang benar-benar bertaqwa bukan yang banyak menulis atau banyak berkata atau yang hanya membaca atau yang tidak membaca kerana Allah swt tahu apa yang ada dihati-hati kita.  Allah swt tidak pernah silap menilai dan menghukum hamba-hambanya, Dia yang menentukan segala-galanya dan kita perlu melakukan yang terbaik kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan. (Haluan.org)

8 comments:

  1. sebut pasal maaf maf ni , ingatkan dah dekat nak raya tadi...

    biasanya...

    memaafkan dan memberi maaf tu mudah. tapi melupakan mungkin payah sikit.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakchik,
    Memohon maaf daripada mereka yang berpangkat lebih tinggi lebih mudah daripada memohon maaf daripada mereka yang dianggap berpangkat lebih rendah daripada kita. Memang benar, kita perlukan latihan untuk menundukkan ego, sebaik-baiknya berlatih dari kecil lagi untuk mengucapkan beberapa perkataan itu.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan kakchik...sy org yg ke 189 ...hehe...sy pun ore kelantan juga...

    ReplyDelete
  4. cikgu one z ni ke situ pulak dia hehe.

    melakukan kedua-duanya memang susah sebab itu Allah sangat memuliakan orang yang memberi maaf.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam kak aliya.
    Betul kak... pengalaman membuktikannya. Tapi bila sudah memohon maaf dan dimaafkan pula, betapa lega rasanya hidup ini. Memang patut dididik dari awal sikap ini. Kalau kakchik ada anak, terutama yang lelaki memang nak sangat mendidik sikap mulia ini.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam cikgu Anie. Terima kasih ya sebab sudi menjadi follower kakchik. Banyaknya blog cikgu Anie... kita memang boleh berkawan hehe.

    ReplyDelete
  7. salam,mohon izin share puisi ni di fb :-)

    ReplyDelete
  8. kemaafan itu penghabus segala dendam..pengubat hati daripada sifat marah....penawar jiwa untuk ketenangan....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs