Followers

15.1.10

Sukan kegemaran wanita kini ialah...


... ialah senamrobik.

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmah dan hidayah Allah sepanjang masa.

Hari ni dah beberapa kali kakchik dok tulis, draft, padam, tulis lagi, save as draft dan kemudian delete. Semua usaha untuk mengemaskini blog ni terbantut. Entah mengapa aliran idea dari satu topik ke satu topik tidak dapat mengalir dengan baik. Mati kutu dibuatnya.

Ini pun kira cubaan yang keempat kakchik la. Harap-harap dapat disudahkan sampai ke akhir ayat. Mohon Ya Allah.

Seminggu dua ni kalau kita rajin baca suratkhabar, bahagian pull-out tu selalu je ada artikel pasal kesihatan. Selalunya dalam suratkhabar hari Ahad. Macam-macam penyakit dan macam-macam pula cara untuk mengubatinya ditulis dan digarap dengan menarik di dalam tu, tapi ramai ke yang ambil peduli. Kakchik sendiri pun sesekali je membacanya dengan serius iaitu baca dari awal artikel hingga akhir.

Selalunya kakchik scan aje sebab masa kat pejabat kan terhad, artikel pula panjang, kenalah berpada-pada.

Teringat pasal hal menjaga kesihatan ni, kakchik banyak lihat sekarang ni ramainya golongan wanita yang menghadapi penyakit gemuk atau masalah obesiti.Mungkin sebab gaya hidup zaman sekarang banyak menyebabkan masalah ini berlaku dan meningkatnya kadar penyakit berbahaya akibat kegemukan. Tapi KURUS pun masalah juga. Cuba tengok gambarajah dari Pusat Perubatan UKM ni:



Dua-dua pun tak elok, sama ada GEMUK atau KURUS.

Nanti jap, kakchik bukan nak jadi doktor atau pakar pemakanan ya, yang kakchik sebetulnya nak cerita ialah bagusnya kalau kita-kita ni, kaum wanita pakat-pakat usaha agar rajin bersenam. Oleh kerana suasana sekitar kurang sesuai untuk kita kaum wanita Islam ni bersukan, eloklah kita bersukan cara senamrobik kerana tempatnya BIASANYA khas untuk wanita sahaja.

Bersenamrobik bukan saja untuk badan yang cantik, kekal mantap dan menarik walau usia meningkat, tapi yang paling penting islah untuk menjaga kesihatan kita. Biarlah kita tua usia tapi masih muda jelita, hehe.

8 comments:

  1. Jard, thanks for coming and leaving a comment. Oh, really? Find the nearest one then.

    ReplyDelete
  2. Keh keh keh..Senammm..? Taktaulah..inilah perkara yang paling malas kulakukan di dalam idupku ini...Bilakah kesedaran itu bakal bertandang agaknya yeeee...?

    ReplyDelete
  3. Baru nak tanya Chik kat mana Chik bersenam. Tengok-tengok Chik dah posting tajuk ni. Kat Zahra pun dah lama tak buat kan.

    ReplyDelete
  4. Salam kak chik,
    bagus jugak tu,kak chik. tapi, saya msh rasa kekok nak senamrobik. mgkin sbb lom biasa tgok.

    ReplyDelete
  5. Sue, nak mula memang susah Sue. Kakchik dulu keinginan memang ada tapi malasnya Tuhan saja yang tahu. Kawan tu dah berbuih mulut mengajak, akhirnya kakchik rajinkan kaki ke kelasnya. Sampai ke hari ni melekat. Kalau ada niat, apa pun boleh Sue.

    ReplyDelete
  6. kak nur, baguslah kalau dah tahu tu.
    zahra' dah tak blh nak buat kelas sebab takde ruang yang sesuai dah skrg ni.
    memang ada yg bertanya tapi itulah alasannya.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam Nurindah.
    Bersenam kalau sorang-sorang memang kekok, kaku dan boring.
    Kalau nur nak jadi dinamik dan seronok bersenam, buatlah dgn kawan2. Tak percaya tanya ummu abbas tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs