Followers

27.1.10

Nasihat Peguam Untuk Kes Curi Gambar

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman blogger. Kakchik doakan kalian semua sentiasa mendapat rahmat kasih sayang Allah dan diberi hidayah dan taufiq-Nya setiap saat agar kita hidup dan mati adalah kerana-Nya.

Pagi tadi peguam kakchik ada menelefon dan kami berbincang mengenai kes saman kakchik terhadap pihak yang telah mencuri dan menyalah-gunakan gambar di bawah ini.

Walaupun bukan kakchik yang diperkatakan di dalam setiap tulisan tersebut, itu bukan isunya. ISU UTAMA ialah MENCURI HARTA PERIBADI kakchik iaitu GAMBAR tersebut.

Kenapa kakchik TIDAK REDHA ke atas individu yang telah MENCURI dan kemudiannya menganggap gambar itu hakmilik mereka, dengan senang diedit, di'crop' untuk diletakkan di dalam tulisan masing-masing? Sebab-sebabnya ialah:
  1. Itu gambar gambar bersama seorang sahabat.
  2. Kakchik telah pun menulis NOTIS TIDAK BOLEH DISALIN TANPA IZIN di dalam artikel dan juga di sidebar blog.
  3. Gambar itu adalah khusus menceritakan tentang FESYEN MUSLIMAH bukan untuk POLITIK.
  4. Kakchik rasa TIDAK DIHORMATI kerana perbuatan mereka seumpama MENCEROBOH ruang peribadi kakchik.
Peguam nasihatkan hari ni kakchik jejaki mereka dan meninggalkan PESAN agar memadamkan gambar tersebut dari blog atau website masing-masing. InsyaAllah kakchik telah pun berbuat demikian dengan harapan dalam tempoh 24 jam, mereka memberikan kerjasama yang baik.

MENCURI ini bukan akhlak Islam.

Kakchik langsung tidak suka sebenarnya untuk melibatkan diri dalam perkara ini TAPI mereka yang MENCURI ini membuatkan hati kakchik langsung tidak selesa apatah lagi gambar tersebut telah di'copy paste' oleh banyak pihak kerana digunakan sewenang-wenangnya di blog tertentu. TOLONGLAH hormati HAK kakchik.

Kakchik TIDAK REDHA sama sekali.

Kita tunggu dan lihat dalam tempoh 24 jam bermula jam 11 lebih tadi adakah mereka memberikan kerjasama atau tidak.

Inilah antara blog-blog dan laman web yang sedang kami pantau:
  • http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/keluarga-nik-aziz-dah-jadi-cacing.html
  • http://neutraldaily.blogspot.com/2009/12/jika-sekat-nik-amalina-di-mana.html
  • http://www.malaysiakini.com/news/120486
  • http://www.malaysiakini.com/news/120570
  • http://www.masterdedah.com/2009/12/nik-amalina-heroin-baru.html
  • http://anakcucunabiadam.blogspot.com/2009/12/anak-nik-aziz-masuk-gelanggang-siber.html
  • http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/16/lagi-kisah-nik-nur-amalina%E2%80%A6/
Masih ada lagi blog-blog lain yang menggunakan gambar di atas dan sudah pun kakchik senaraikan URLnya untuk rujukan peguam.

MOHON sangat-sangat anda menjadi seorang INSAN YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Sebagai RUJUKAN:
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kalau tak faham Bahasa Melayu, boleh aje baca yang Bahasa Inggeris:


ACT 588
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998

PART X - GENERAL
Chapter 2 - Additional Offences And Penalties



Section 233. Improper use of network facilities or network service, etc.

(1) A person who —

    (a) by means of any network facilities or network service or applications service knowingly —
      (i) makes, creates or solicits; and (ii) initiates the transmission of,
    any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person; or (b) initiates a communication using any applications service, whether continuously, repeatedly or otherwise, during which communication may or may not ensue, with or without disclosing his identity and with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person at any number or electronic address,
commits an offence.
(2) A person who knowingly —

    (a) by means of a network service or applications service provides any obscene communication for commercial purposes to any person; or (b) permits a network service or applications service under the person 's control to be used for an activity described in paragraph (a),
commits an offence.
(3) A person who commits an offence under this section shall, on conviction,be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both and shall also be liable to a further fine of one thousand ringgit for every day during which the offence is continued after conviction.
Sumber maklumat adalah dari sini http://www.skmm.gov.my/the_law/NewAct/Act%20588/Act%20588/a0588s0233.htm

Tolong beri kerjasama segera, jika tidak ANDA AKAN DISAMAN.

16 comments:

  1. Salam Kak Chik...Saya turut bersimpati atas apa yang telah menimpa Kak Chik...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Sue. Terima kasih. Kalau sudi, tolong doakan agar usaha kakchik berjaya ya.

    ReplyDelete
  3. ada akta tu..bahaya mcm ni...ermm kena letak trademark la kalo cenggini caranye..

    ReplyDelete
  4. salam Kak Chik. Sampai hati ye mereka buat macam tu. Sabar ye Kak Chik, InsyaaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Chik, saya dah tengok blog-blog yang kak chik senaraikan dan saya bersetuju dengan tindakan yang kak chik lakukan. Jika digunakan foto untuk artikel yang baik, mungkin tidak terasa ralat sangat. Tapi apabila digunakan untuk menghentam orang (dengan tambahan bahasa yang...) , sakit hati juga.

    Semoga usaha Kak Chik untuk menarik semula gambar tersebut daripada laman-laman blog tersebut, berjaya.

    ReplyDelete
  6. Kakchik, Tie takut pulak. Dulu Tie selalu gak google gambar dan tepek dalam blog. Sekarang tak lagi...

    Macam mana kakchik boleh cari orang yang curi gambar tu ? Ada cara tertentu tak ? Nak gak tahu, mungkin juga ada orang curi gambar2 Tie...

    ReplyDelete
  7. Salam

    KakChik Ina pon sokong kak chik. Tindakan orang yg pakai gambar tu memang kurang sopan.
    Allah bersama hambanya yg benar.

    ReplyDelete
  8. sapa kak chik yg sebeno...ye!!!hemmm sapa2 pun kakchik nih, you are just special as your own self...be tough gal!!!

    ReplyDelete
  9. aSHa, memang sebaiknya diletakkan trademark tapi kalau nak dicuri, ada trademark pun orang curi juga. banyak kakchik jumpa kes sedemikian sepanjang blogwalking.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam Farina.
    Manusia... kalau mengutamakan kepuasan nafsu memang sanggup buat apa saja asalkan nafsu mereka puas.
    Kakchik dah bersabar sejak bulan lalu apabila kes ini mula berlaku dan kakchik tinggalkan pesan agar mereka delete tapi sudah meleret, jadi kena diberi ingatan lagi. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam xara.
    Terima kasih atas sokongan. Semoga usaha ini yang bertujuan baik akan memberi kesedaran kepada banyak pihak.

    ReplyDelete
  12. Kak Tie, kakchik pun ada perasaan takut tu, takut tersalah niat dan takut kes menjadi besar dan tak mampu digalas. Kita sama-sama beringat ya. Kakchik pun ada juga guna gambar dari google tapi cuba sebaik mungkin untuk memberi kredit kpd pemiliknya. Kakchik bernasib baik punya ramai kenalan yang sudi memberikan maklumat dan seterusnya kakchik google sendiri.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam Ina.
    Terima kasih banyak. Sokongan Ina menambahkan kekuatan diri ini untuk menghadapi kes ini.

    ReplyDelete
  14. mokwo, kakchik boleh dikenali dari semua blog yang kakchik ada sebab kakchik jarang berahsia.
    terima kasih banyak mokwo, kakchik sangat menghargai sokongan ini dan sebab mokwo kata kakchik special, hehe. jazakillahi khair.

    ReplyDelete
  15. Bab gambar kena cilok ni....gambar dari RT berlambak dah kena cilok....siap ada jual lagi....dapat untung puluh-puluh ribu....royalti kepada pemilik gambar 1 sen habuk tak beri....nak beritahun mcm mana perangai org kita menilai sesebuah gambar....suka-suka mak bapak dia je ambil gambar org....sebenarnya, walaupun tidak ada tertulis, etika seseorang jurugambar, tidak boleh menyiarkan gambar org lain tanpa mendapat keizinan dari pemilik gambar asal......harap maklum...

    ReplyDelete
  16. abe rizal, kerja fotografer lagi lah tercabar kan? patut kena ambik tindakan tu, beri pengajaran sikit. kakchik ni pun bertindak sebab nak orang yang buat kerja mencuri hakcipta ni sedar dan insaf dan moga2 kita sendiri beringat bila nak ambil hak orang. sekarang ni pengamal media pun takde etika dah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs