Followers

11.1.10

BENTO not BEN10


Ya, inilah dia sarapan yang kakchik sediakan untuk 3 orang anak-anak saudara kakchik yang nak ke tadika hari ni. Sejak malam semalam sibuk si Nana minta kakchik buatkan penkek untuk bekalan ke tadika. Bila seorang merengek nak, yang 2 lagi pun turut sama lah.

Akhirnya sebab kesian melihat muka 'innocent' mereka, kakchik jadi lemah dan cair. Wajah anak-anak ni walaupun anak-anak saudara sangat mudah menyebabkan kakchik jadi lembut hati. Bukannya ibu mereka tak sediakan sarapan dan bekalan setiap hari, ada tapi mereka hanya tahu kat rumah ni hanya kakchik yang selalu buat penkek.


Nampak tak 3 hidangan tu. Yang biru Kakak punya, hijau untuk Nana dan yang dalam pinggan untuk Emran sebab dia tak ke sekolah. Kali ni kakchik buat penkek dengan hiasan kismis. Harap-harap si kecil berdua tu akan makan sampai habis BENTO mereka tu. Ye lah orang Jepun panggil bekal tu BENTO.


Inilah dua beradik yang nak ke tadika pagi tadi. Tudung hitam ialah Kakak dan pink, Nana. Kelakar tengok mereka meniru kakchik pakai purdah. Hehehe, tudung mereka tu memang senang nak buat begitu sebab sudah ada kedutan. Kira misterilah sikit kan.

OK, selamat ke sekolah ya Kakak dan Nana begitu juga kepada semua anak-anak teman-teman sekalian. Jangan lupa sarapan!

18 comments:

  1. never tried food prepared in bento style before =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  2. kenwooi, adult do not really enjoy bento because it's not macho, hehe.

    ReplyDelete
  3. jfook, it is. you should try make it for breakfast.

    ReplyDelete
  4. sweet anak2 kakchik..

    kak, akak nak cd tu ke? akak ada kedai sendiri ye..kak cd tu sy jumpa kat satu kedai ni...actly cd tu tuk percuma kot..tapi takde tanda percuma pun..tapi kedai tu tak bg kot kat customer, kot la...n dia jual...kalo akak nak byk...lebih 10 keping sy leh bagi murah....mau? nanti tinggal msg kat tmpt sy ye..tq

    ReplyDelete
  5. wa...rajin nya ber "BENTO". Ummi teringin nak buat tp, tak ada masa ler...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Anak2 ni bawa bekal mesti nak kongsi dengan kawan2.. anak kak tie gitu laa.. sebab tu kena sediakan lebih sikit.

    Bento.. memang kegemaran anak2 termasuk anak kak tie sendiri.. :)

    ReplyDelete
  7. aSHa, kakchik berminat juga tu. ya, kakchik ada kedai buku, kat situ ada kakchik jualkan CD untuk kanak-kanak. nanti kakchik bagitau aSHa ya berapa yg kakchik nak.

    ReplyDelete
  8. Ummi, bukan selalu pun rajinnya. Sesekali je bila keinginan tu tinggi. Selalunya ibu diorang sediakan yg segera je.

    ReplyDelete
  9. Betul kak tie. Zaman sek dulu kakchik pun selalu juga kongsi dgn kawan2. Bawa bento ni jimat bajet kan kak tie. Anak2 pula dpt makan makanan yg ibu sediakan, lebih bak begitu.

    ReplyDelete
  10. bestnya dpt makcik cam kakchik ni...sronok...mesti jd aunty kesyngan ank2 buah...em, sungguh menyelerakn w.pn ringkas....

    ReplyDelete
  11. terima kasih kak nza. hehe, kakchik memang makcik yang best (terperasan la pulak) yg sebenarnya kakchik ni bukan makcik yang paling best sebab adik kakchik lagi best kot.

    ReplyDelete
  12. salam kakchik..wah..lawanya buat camni..idea yang bagus..tentu kanak-kanak tertarik nak makan..

    ReplyDelete
  13. wkslm kak ina. idea spontan pun akak kata lawa, hehe trm kasih ya kak.

    ReplyDelete
  14. bagiler resepi way pancake tuh k.chik...macam kiut jer bila dah hias gtu...

    ReplyDelete
  15. wan, resepinya senang je.

    bahannya:
    1 cawan tepung serba guna
    3/4 cawan susu segar
    2 sb minyak zaiton
    2 biji telur
    2 sb gula atau madu

    bahan untuk hiasan (raisin, gula2 m&m dll)

    caranya:
    campur semua bahan kecuali hiasan.
    kacau hingga sebati.
    goreng macam dadar dengan saiz kecil
    taburkan hiasan sebelum dibalik.
    bila dah naik gebu, masak boleh diangkat dan dimakan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails