Kakchik tadi ziarah ke blog Kak Tirana kerana tajuk entri terbarunya yang menarik hati kakchik, Kita Prihatin! Bila sudah membacanya kakchik rasa terpanggil untuk membantu. Sebenarnya kakchik tak kenal pun siapa insan bernama samaran MEGAT yang dimaksudkan tapi kakchik sudah pun menjenguk blog en. megat sebentar tadi dan membaca beberapa coretan di sana.
Kakchik rasa, biarlah dia tidak kenal siapa kakchik, atas dasar Islam itu persaudaraan, bantu-membantu adalah amalan hidup kita. Kakchik ingin membantu sekadar ini kerana di saat ini kakchik tidak mampu membantu dari segi kewangan. Kalian pun tahu kakchik berhabis banyak kerana perpindahan kedai. Sekarang ni kena ikat perut sungguh-sungguh agar hutang-piutang dapat dilangsaikan.
Apa sebenarnya cerita pasal en.megat ni? Ok, ceritanya panjang dan yang paling baik ialah anda sendiri ke blog beliau untuk membacanya dengan lebih lanjut. Ini sedutan tulisan terkini en. megat.
Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak
Dua tiga hari ini, hidup aku, isteri dan anak-anak terlalu tertekan. Tangisan sentiasa menjadi teman apabila membicarakan soal rutin harian dan kehidupan yang sedang dilalui. Tidak mampu untuk fikir lebih jauh apa yang akan jadi pada esok, lusa dan hari berikutnya.
**********
Malam tadi,
Pa, kenapa dengan mama?
Anak sulong aku bertanya apabila di masuk bilik dan melihat mamanya menangis teresak-esak sehabisnya menunaikan solat. Ketika itu aku di tingkat bawah, masih didepan laptop dengan pandangan kosong memikirkan apa yang aku harus buat untuk hari berikutnya.
Mama? Kenapa?
Terus aku mengikut langkah anak aku menuju ke bilik di tingkat atas. Langkah aku terhenti apabila melihat susuk tubuh yang masih diselimuti telekung sembhayang dan kelihatan teresak-esak menangis tidak seperti biasa. Kali ini lebih dalam perasaan yang dilepaskan. Lebih dalam maksud tangisan tersebut sehingga penglihatan aku sendiri turut kabur.
Baca selanjutnya di SINI.
Semasa menulis ni kakchik masih berada di blog beliau untuk membaca entri-entri yang ada. Secara kasarnya kakchik boleh simpulkan en.megat ini sedang alami sakit misteri, sudah tiada pekerjaan tetap, isteri beliau juga kini menganggur, hidup beliau sekeluarga makin tertekan.
TAPI en.megat adalah seorang yang kuat berusaha walaupun dalam keadaan sakit. Dari tulisan dan komen-komen beliau, kakchik yakin en.megat seorang hamba Allah yang taat dan insyaAllah jujur.
Jika ingin membantu, sila ke blognya MEGAT - YANG TERSURAT - YANG TERSIRAT.
Semoga Allah permudahkan.
TAPI en.megat adalah seorang yang kuat berusaha walaupun dalam keadaan sakit. Dari tulisan dan komen-komen beliau, kakchik yakin en.megat seorang hamba Allah yang taat dan insyaAllah jujur.
Jika ingin membantu, sila ke blognya MEGAT - YANG TERSURAT - YANG TERSIRAT.
Semoga Allah permudahkan.
is great family..join me..
ReplyDeleteNikel Khor
Chik,
ReplyDeletejangan lupa letak ribbon kat atas tu di sidebar blog chik ni..kemudian bagitau en. Hydir (hydir.com). Setiap blog yang meletakkan ribbon itu selama seminggu akan dikira sebagai menyumbang rm1 kepada en Megat. Encik Hydir yang taja..alhamdulillah, kita cuma diminta letak ribbon tu aje..
Thanks for the invite Nikel. I'll take a look.
ReplyDeleteKak Tirana, Chik dah letak dah. Chik pun dah bagitau hydir.com Trm ksh kak.
ReplyDeleteSalam Kak Chik,
ReplyDeleteEmmmm...belum sempat lg nak jelajah ke sana, nanti ada masa boleh jenguk²...
Wkslm Sue. Kakchik pun ambil masa sebentar tadi untuk jenguk blog dia. Menarik juga.
ReplyDelete