Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kita semua di saat ini dalam keadaan lapang, tenang dan gembira bersama keluarga dan teman masing-masing.
Hari ni hati kakchik sangat sedih membaca berita di muka depan Kosmo. Baru saja semalam kakchik menulis tentang menjaga kesihatan, senamrobik dan mengira BMI. Hari ni terkejut dengan berita kematian wanita ini. Sedih dan terkedu atas apa yang beliau sanggup lakukan semata-mata ingin kurus.
Berdasarkan berita dalam akhbar tu, wanita ini yang bertambah 10 kg berat badan selepas 3 tahun berkahwin ingin menguruskan badannya dengan membuat proses sedutan lemak di sebuah klinik kosmetik di Ampang. Beliau ke sana tanpa pengetahuan suaminya! Kalau dalam Islam, keluar rumah tanpa izin suami adalah berdosa. Peringatan untuk kita semua, sebab kita kaum wanita ni banyak emosi dan memendam rasa.
Sebagai seorang peniaga, beliau sanggup mengumpul RM11 ribu untuk kos menyedut lemak. Suaminya langsung tidak tahu perkara ni. Pada pandangan kakchik yang lemah ni, si mati mungkin mengalami self-esteem yang rendah akibat peningkatan berat badannya. Allahu'alam beliau pernah berbincang dengan suaminya atau tidak mengenai masalahnya. Sebaiknya berbincanglah dan suami jangan biarkan isteri bersusah seorang untuk cantik sebab manfaatnya kalian juga yang dapat.
Kesian, sebelum ni sudah ada satu kematian kerana kes yang sama. Diharapkan kita sama-sama mengambil iktibar yang berkekalan atas peristiwa ini. Walaupun berat badan kita bertambah, untuk kembali kurus, bergembiralah dengan diri anda di damping berusahalah menjaga diet harian kita. Berjumpalah doktor pakar, pakar kesihatan atau pakar pemakanan agar kita nampak cara terbaik untuk kurus. Janganlah ikut cara kita sendiri yang tiada pengetahuan sangat ni, membahayakan nyawa.
Bukan sahaja masalah mahu kurus, banyak lagi perkhidmatan kosmetik yang membahayakan seperti implan payudara, suntikan botox, suntikan kolagen, suntikan vitamin C, dan seumpamanya. Kalau ingin pun, dapatkan nasihat pihak yang bertauliah ya. Bukan tak boleh nak cantik tapi biarlah agama tak tergadai, nyawa selamat dan diri sihat selamat.
Sama-samalah kita beringat.
Ya Allah.. Takutnya baca..Kebetulan pulak ted lupa untuk beli suratkhabar utk hari ini.. Suami Ted pun baru jer dok bodek2 utk kuruskan badan tapi takde la galakkan ke pusat kuruskan badan nie.. Si wanita ini memang berniat baik utk menguruskan badan agar suaminya suka seperti 3 thn sebelum berkahwin, namun cara beliau salah.
ReplyDeleteJadikan lah ikhtibar..biarlah kurus secara sihat dan berpada-pada..
Itulah Ted. Kemudahan teknologi juga turut menjadikan manusia hilang kewarasan pertimbangan.
ReplyDeletesalam kak chik..biarlah akak badan camni..takut nak makan slimming pil dan sedut lemak..baik akak beli emas atau simpan dalam bank..membazir ajer ...tulah org lelaki ni..nak yang cantik ajer.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak ina.
ReplyDeleteKakchik kan suka dengan akak yang sekarang ni, ceria dan gembira sepanjang masa dengan diri akak. Orang lain tu patut contohi akak hehe.
Kakchik pun takut dengar orang ambil slimming pill dan sedut lemak ni, macam isi kita dirodok-rodok dengan benda tajam je, eiiii..
Orang lelaki jadi macam tu sebab perempuan ramai, banyak pilihan dan sebab lemahnya iman...
ya Allah, baca tajuknya pun nadiah rasa gerun. tapi tu la, terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir panjang..memang buruk padahnya. peringatan buat kita juga. kalau ada la antara kawan2 kita yang bertubuh besar, jangan la diperli2 (peringatan untuk para suami juga). kadang2 benda camtu yang buat orang nekad buat keputusan macam ni
ReplyDeleteKak tie pernah dengar satu kisah.. seorang penghuni quartes ni, dia selalu makan pil untuk kurus, untuk suaminya.. memang cantik badannya.. tapi, dia mati akhirnya. Semua orang yang melihat wajahnya merasa kagum. kerana dia kelihatan cantik sekali.. Mungkin niatnya ikhlas untuk suami, dan suaminya redha...
ReplyDeletesalam kakchik
ReplyDeleteeeee takutnye...tulah now yan mmg x amik apa2 produk dh kakchik, yan kawal pemakanan je srg nie..
pstt!! naik 2 kg nie..hiks...
www.yanmieonline.com
Assalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteApa-apa jenis pembedahan memang berisiko tinggi, termasuklah pembedahan sedut lemak, kerana ubat bius yang digunakan mungkin tidak sesuai atau berlebihan.
Zaman sekarang wanita mahu kelihatan kurus kerana terpengaruh dengan desakan media dan kutukan orang ramai, kononnya kalau berbadan bulat, tidak cantik, suami akan cari lain dan lain-lain alasan yang tidak munasabah. Kita wanita perlulah pandai menangkis tanggapan tersebut. Tak boleh salahkan lelaki kerana kita yang bertanggungjawab pada diri sendiri. Yang penting kita sihat dan amalkan cara hidup sihat. Apa-apa sahaja cara untuk menghilangkan berat badan dengan segera adalah merbahaya.
Nak sentiasa kelihatan cantik dan slim di sebelah suami, kahwinlah lelaki yang lebih gemuk, hahaha... macam kak aliya :P
nadiah, kakchik setuju sangat ayat, "jangan perli-perli" tu. memang tak baik sikap macam tu. orang boleh jadi rendah diri kalau selalu diperli berbadan besar.
ReplyDeletekak tie, kisah macam tu menyayat hati mendengarnya. suaminya redha, Alhamdulillah tapi sedih sebab akhirnya dia meninggal dunia. alangkah baik kalau arwah dan suami lebih berhati-hati dalam perkara ni.
ReplyDeleteyan, kalau begitu baguslah yan. berat naik 2 kg kalau BMI masih normal, kira ok la tu. kita orang perempuan ni, yang paling kita nak kuruskan ialah perut kot, hehe. betul tak yan?
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak aliya.
ReplyDeleteKakchik setuju dengan apa yang kak aliya katakan tu. Segalanya terletak pada diri kita sendiri. Mahu kekal memiliki badan semantap zaman anak dara, kitalah yang usahakan sebaiknya menjaga makan minum, tak boleh harapkan orang lain. Tapi memang betul, yang segera, segera ni memang bahaya untuk kesihatan kita.
Ayat yang terakhir tu tentu ramai boleh setuju.
Astaghfirullah ...!!!. Tersentak, terkejut, sedih, dan macam-macam perasaan bercampur aduk dalam hati saya.
ReplyDeleteWanita memang sinonim dengan kecantikan, tapi jangan sampai kecantikan memakan diri. Apa yang penting *bagi saya*, kecantikan dalaman. Jika kita cantik di dalam .... Insya-Allah akan menyerlah di luar. :)
Al-fatihah buat beliau ....
Itulah yang sebaiknya, cantik dari dalam. Biasanya yang cantik di dalamlah akan cantik juga di luar di pandangan mata orang lain.
ReplyDeleteZaman materialistik kosmetik yang plastik ni, orang sibuk nak CANTIK mengikut ukuran semasa media tapi jarang yang nak CANTIK mengikut ukuran Allah SWT.
betul la kata pepatah yang takleh dipakai...beautiful is pain...uhuhuhuh...
ReplyDeletesiannye dia...nak cantik untuk suami..tapi memakan diri...
dunia sekarang ni asha, memang sanggup je buat apa saja demi kasih lelaki.
ReplyDeleteSalam Kak Chik,
ReplyDeleteAlahai kesian nye bila jadi hal macam ni. Sepatutnya dia bincang dulu dengan suami minta pandangan... hmm, macam2 hal sekarang ni kan.