Followers

8.1.10

Bisnes Orang Kampung


kuih peria dan kuih ketayap, RM1 dapat 4 biji


kuih pasung, berbentuk kon, masih lagi RM1 dapat 5 biji.


tepung manis, ada 2 jenis. yang coklat tu guna gula melaka, yang kuning tu guna gula.


jelbab @ belbab, kakchik suka... sebab ada ubi keledek.


koleh lemah, tengok pun dah rasa kenyang. lemak dari santan kelapa ni. ummi suka makan, dia beli RM1.


koleh taik minyak, segan nak sebut namanya.


pulut pagi berinti kacang. satu periuk diisi pulut dan satu lagi diisi kacang. biasanya dibungkus begini: lapisan pulut, atasnya inti kacang dan sedikit kelapa parut. kakchik makan pulut saja.


yang ni kakchik rasa bukan kuih tradisional sebab baru akhir-akhir ni nampak orang menjualnya. kakchik beli RM1 makan sambil tunggu Ummi selesai beli barang. Sedaplah... ada inti kaya yang tak terlalu manis. Sekali makan, 7 kakchik habiskan, hehe.


Ummi singgah membeli daging untuk kenduri esok. Sempat nampak gerai sebelah yang jual durian.


Ummi sedang bayar harga pulut.


makcik pengusaha pulut pagi yang ramah dan malu-malu bila gambarnya diambil.


suami isteri pengusaha kuih manja. kakak tu manis sangat wajahnya tapi pemalu bila kakchik nak ambil gambar. terima kasih kak, kuihnya sedap.

Bila ke pasar memang boleh lihat macam-macam bisnes cara orang kampung. Bisnes kecil-kecilan tapi disertai dengan semangat yang kuat. Mereka sanggup berniaga walau dalam keadaan yang kurang selesa. Tapi demi keluarga, mereka sanggup berpenat-lelah. Kakchik suka perhatikan mereka kerana ia memberikan kakchik pengajaran tentang hidup.

Maaf ya sebab fokus bisnes hanya pada pengusaha kuih-muih. Saja nak kasi can orang terliur.

18 comments:

  1. suka tepung pasung dan kuih malu nak sebut tuh... hihi
    entry ni rasa cam nak balik kg pulok!

    ReplyDelete
  2. suka makan kueh koleh tahi minyak tuu..sedaapp!!rasa lapar pulak..heheh

    ReplyDelete
  3. first: wah, cantiknya umah baru...cat br la...sejuk mata memandang..

    Tgk pic tu rindu kt pasar Siti khadijah n pasar pmas...hu.

    ReplyDelete
  4. wan, selamat datang dan salam kenal ya.

    kakchik suka sekali kalau ada kenalan yg teringat kat kampung bila tengok atau baca entri kakchik.

    ReplyDelete
  5. ika, selalu beli kat mana kuih tu?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak nza. Buat perubahan kak untuk rangsang diri agar terus menulis.

    Akak rindu, nanti balik kampung akak boleh singgah cari kuih.

    ReplyDelete
  7. Salam kakchik..
    Bab nama-nama kuih nie Ted tak lulus2 lagi.. selalunya main tunjuk2 jer kuih apa yang nak.. bila kakchik bubuh entry ni baru tahu.. Mcm kuih pasung tu Ted panggil kuih sampan@mcm tepung pelita jer..tepung manis tu br tau nama dia sbb slama nie ted guna istilah kuih abah cz abah suka sgt kuih tu...

    ReplyDelete
  8. sedapnyer kuih-muih...
    lama rse x mkn
    bulan ramadhan lah kalau nak makan kuih2 mcm tu

    ReplyDelete
  9. Wkslm Ted.
    Kakchik pun lulus cukup makan je Ted. Ada yang kakchik tanya Ummi nama-namanya hehe.

    ReplyDelete
  10. Melody of Lexy,
    kalau kat sini sepanjang masa ada dijual kuih-muih ni.
    cuma di bulan Ramadhan, makin bertambah orang yg menjualnya.
    MOL suka makan kuih tradisi Kelantan ke?

    ReplyDelete
  11. Salam Kakchik,

    Apa khabar? Dah lama tak ke sini. Nampak sedap kuihnya, tapi pelik.

    http://www.faridrashidi.com/2010/01/08/lurus-dan-rapatkan-saf/#respond

    ReplyDelete
  12. hehe..kakchik, knp ye kuih2 klate namanya pelik2? cthnya mcm tahi minyak tu la. kuih tahi itik pun ada, kn? terus terbantut nk mkn/rs kuih2 tu :p

    ReplyDelete
  13. salam kak chik..wah best-best jugak kuih tradisional kat sana..byk lagi yang akak tak pernah rasa..nantilah..inysallah kalau gi sana kak chik jadi tour guide yer..eh..eh..tour jalan-jalan cari makan..

    ReplyDelete
  14. baru baca N3 kat bawah...wah bagus ek kak chik dpt pengunjung sebanyak tu walaupun baru join nuffnang..alhamdulliah.
    yer ker..pengunjung banyak dari blog akak???klu camtu baguslah..lepas ni kak chik kena belanja akak makan tau kalau gi kat sana..just kidding....

    ReplyDelete
  15. Wkslm Farid.
    Kakchik alhamdulillah sihat. Kuih-muih tu kebanyakannya sedap. Bagi orang yang dah biasa tengok tak pelik pun tapi kakchik percaya orang yang jarang tengok macam Farid tentu pelik. Banyak lagi kuih yang lebih pelik kat Kelantan ni.

    ReplyDelete
  16. Nadiah, kakchik pun tak tau kenapa namanya macam tu. Tak ada orang yang mencarai fakta sejarahnya. Boleh buat PhD kot kalau kita selidik asal-usul nama2 kuih ni. hehe... lain kali jangan tanya apa namanya, makan je.

    ReplyDelete
  17. wkslm kak ina.

    kakchik jawab dua-dua komen akak kat sini la ya.

    insyaAllah boleh aje kak. kalau ada kelapangan kakchik sudi jadi tourist guide akak.

    ramai ke macam tu kak? join suka-suka kot-kot dapat duit blh simpan. ha'ah kak, referral no.2 tu blog akak la. eh... no prob la kak ina kalau nak belanja makan tu. janji dtg KB kena bagitau ya.

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Chik
    Kalau kak Chik suke perhatikan peniaga2 tuh, Zam suke lg mkn kuih2 tu X)
    Oo.. name kuih tu kuih manje ye.. Memang faveret Zam tuh.. tp slama ni tak tau name die.. Tau makan jek.. Cuma di kampung, kalau ade sesiapa yg belikan, diorang sebut "Kuih yg Zamani suke" tu ade kat dapur
    itu jek :p

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs