Followers

10.1.10

Apa khabar Kota Bharu?

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua pembaca, teman-teman dan pengunjung yang dihormati. Terima kasih ya sebab suka dan sudi bertandang ke blog kakchik ni. Apa khabar kalian semua hari ni? Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sedang bergembira di sisi keluarga atau sedang giat bekerja di kantor masing-masing.


Kelantan Trade Centre
PLEASE DO NOT COPY

Hari ni Kota Bharu nampak cerah je tapi di kejauhan, langit makin mendung sikit demi sikit. Mungkin akan ada hujan tak lama lagi. Suhu dalam bilik pejabat pun makin sejuk ni tambah-tambah aircond tu tak boleh nak dikawal suhunya. Grrrr... sejuk, nasib baik ada baju kot yang kakchik tinggal kat pejabat ni.

Lama rasanya kakchik tak bercerita pasal bandar kesayangan kakchik ni, Kota Bharu @ New Castle. Jangan tertukar dengan bandar New Castle kat UK tu sudah la hehe. Sebenarnya kakchik hampir kepupusan idea nak cerita pasal apa, jadi terfikir juga mungkin ada kawan-kawan di luar sana yang ingin lihat perkembangan yang berlaku di Kelantan ni terutamanya di Kota Bharu. Kakchik sebenarnya tak tahu sangat perkembangan di bandar-bandar lain sebab kakchik ni orang Kota Bharu, jadi lebih baik cerita perkara yang kakchik tahu dari main agak-agak.

Sekarang ni kalau pergi ke pusat bandar, terasa macam dok kat KL je (heheh mengada... takde la sampai macam tu tapi ada lah rasa sikit-sikit). Kenapa kakchik boleh rasa macam tu? Sebabnya, pusat bandar yang berpusat di simpang empat pembahagi antara stesyen bas bandar, KB Trade Centre, The Store dan kedai buku SMO, kini sudah menjadi simpang berlaluan 4 lorong dan sehala. Mula-mula memandu melalui jalan tu, kakchik ada sikit-sikit perasaan bimbang kerana banyaknya kenderaan dan banyaknya lorong. Maklum la selama ni dok guna 2 lorong je kat bandar, kalau yang 4 lorong tu dekat Tesco dan menghala ke Nilam Puri adalah.

Gaya hidup orang KB pun dah makin berubah. Makin moden tapi nilai-nilai agama masih dipertahankan. Yang media dok tunjuk yang buruk-buruk tu ada sebab la... sebab politik. Kakchik tak kata takde yang buruk, memang ada dan sangat-sangat memerlukan perhatian pihak berkuasa tempatan kerana itu sebahagian dari kerja dakwah yang wajib dilaksanakan. Untuk mencapai tahap Kelantan sebagai benar-benar sebuah negeri Islam, masih banyak usaha yang berterusan perlu dilakukan. Tapi yang pasti Kota Bharu ialah bandar yang sentiasa disimbah ilmu kerana setiap hari seluruh bandar diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Qur'an ataupun kuliah-kuliah agama. Orang nak dengar atau tak mahu terserah kepada telinga masing-masing. Kalau dengar, diri sendiri untung kan. Dapat pahala dan dapat ilmu.


Bandar Kota Bharu dari tingkat 18 KTC
PLEASE DO NOT COPY

Usahlah bicara pasal pembangunan di Kelantan terutama di Kota Bharu kerana bagi kakchik sudah cukup sesuai negeri ini membangun secara konsisten bersama Islam sejak 20 tahun yang lalu.

Sumber gambar: Rizal Tahir

3 comments:

  1. Hamizah, jika rindu jenguklah selalu Keluargaku Sayang, insyaAllah akan ada cerita pasal Kota Bharu.

    ReplyDelete
  2. Kota Bharu mcm KL skarang!!!
    ubah sini ubah sana, bangunan tinggi kat situ tinggi kat sana~
    Best la shopping.... hehehehe :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs