Rugi pula rasanya tak bawa bekal ke kedai hari ni. Pagi tadi kakchik makan nasi lemak yang Ummi masak. Sedapnya masakan ibu kita tidak terbanding dengan sedapnya mana-mana makanan yang orang lain sediakan. Kakchik tak pernah dengar lagi orang kata masakan ibunya tak sedap. Allahu'alam mungkin ada tapi setakat ni kakchik belum dengar lagi.
Bagi kakchik, syukur sangat-sangat sebab Allah takdirkan kakchik mempunyai seorang Ibu yang sangat penyayang, rajin, pengemas walau mulutnya selalu saja menegur kelemahan anak-anaknya. Ummi kakchik yang nampak seperti 'bekeng' kata orang Kelantan bagi kakchik adalah seorang ibu yang sangat bertanggungjawab. Tiada tolok bandingnya.
Di usia menjangkau 36 tahun ini, kakchik masih terpaksa menumpang kasih Ummi. Terasa malu pada diri sendiri tapi segalanya takdir Allah jua. Namun sebagai anak, kakchik sentiasa cuba memenuhi tanggungjawab terhadapnya tapi dalam apa-apa hal pun suami kakchik perlu dahulukan.
Air tangan ibu yang membesarkan diri ini mengalirkan kasih-sayang tidak berbelah-bagi kepada anak-anak. Sekali fikir, terasa seperti Ummi kakchik melebihkan kakchik berbanding adik-beradik yang lain. Kakchik tahu segala yang dia lakukan kerana dia tahu kakchik tidak seperti yang lain.
Hari ni kakchik menyuapkan nasi lemak ke mulut dengan mengingati setiap keringat Ummi yang menyediakan makanan tersebut. Semoga Allah Yang Maha Penyayang sentiasa memelihara kesihatan dan kesejahteraan Ummi. Kakchik tahu telah banyak kakchik menyusahkan dia tapi jarang Ummi mengungkit. Kerana ambil beratlah Ummi banyak menegur dan menasihat. Kakchik tahu dan kakchik sedar.
Kakchik cuma mohon Allah panjangkan umur ini untuk membalas segala jasa Ummi sebanyak yang mungkin. Terima kasih Ummi.
Salam singgah kakchik, alaaa...ruginya tak bawak bekal yg ummi masak tu, masakan ibu, mestilah yg terbest (^_^)
ReplyDeletewkslm fiza. ha'ah menyesallah pulak. ganti dengan makan goreng pisang je tgh ni.
ReplyDeleteAmboi.... nasi lemak ibu!
ReplyDeleteMemang sedap la kakchik bila ibu sendiri yang masak. Penuh dengan kasih sayang. Teringin nak balik dan makan masakan mak.
sedapnya....gitulh kasih seorg ibu sepjg hayat.
ReplyDelete