Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik bersiaran dari MariBaca Bookstore.
Ambil cuti sehari demi kedai tersayang.
Hehe, sebenarnya kakchik nak selesaikan beberapa hal yang berkaitan dengan perundangan jadi eloklah ambil cuti kan. Bebas sikit nak ke mana-mana. Tapi jam 1.00 petang kakchik pergi juga ke Zahra' hehe dan mendapat rezeki di sana.
Terima kasih kepada Dila yang berusaha membeli roti canai yang enak dan sedap tu. Alhamdulillah... dapat makan pula bersama kawan baik, Ni'mah yang kebentulan ke Zahra' untuk menggunakan komputer.
Oh ya, hari ni kakchik bawa semua abaya yang kakchik jual ke MariBaca. Menumpang satu sudut untuk menggantungkan sebahagian stok yang sedia ada. Kalau asyik dok kat rumah pelanggan susah pula nak cuba-cuba atau tengok-tengok. Yang belum kakchik bawa ialah cermin untuk pelanggan tilik-menilik dan juga patung model pakaian. Yang tu masih dok dalam bilik kat rumah. Jangan risau... patung tu tak sempurna.
Bagaimana? Ok ke ruang kerja kakchik ni? Sudut seluas lebih kurang 7 x 7 kaki ni bakal dijadikan ruang kerja untuk Pengurus MariBaca. Siapa orangnya? Kita tengoklah nanti. Buat masa ni Boss la yang guna dulu hehe. Abaya ni kakchik tak pamerkan di luar dari bahagian ni sebab kat sini kakchik meniaga buku, jadi tak boleh campur-aduk la kan. Salah.
Tak lupa nak khabarkan perkembangan MariBaca setakat ni. Alhamdulillah hari ni pelanggan makin bertambah ramai berbanding semalam (mengikut kata pembantu kakchik). Setakat kakchik dok dalam kedai ni tak kurang dari 30 orang pelanggan yang masuk tapi tak semualah yang membeli. Ada yang sekadar tengok-tengok, ada yang bertanya khabar sebab kedai nampak baru, ada yang datang menyewa buku dan ada juga yang sibuk berkempen suruh masuk Uptrend.
Yang kakchik paling suka ialah bila kawan-kawan baik datang bersama anak-anak. Hati gembira sangat sebab kunjungan mereka adalah tanda sokongan yang amat berharga buat kakchik dan bisnes ini. Terima kasih ya Kak Nur dan anak-anak. Semoga mendapat manfaat dari kunjungan tadi.
Nampaknya itu sajalah catatan untuk kali ini. InsyaAllah jika ada kelapangan lagi, kakchik akan bercerita lagi. Wassalam.
Salam
ReplyDeleteKak Chik. Harap lom lewat ucap Tahniah atas pembukaan kedai di tempat baru. Wah sonoknya tengok.
:D
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTak apa Kakchik, mula-mula memang mcmtu. Nampak ok dan stabil. Semoga berjaya!
Faridrashidi.com
Wkslm ina.
ReplyDeleteTerima kasih banyak... takpe, belum terlewat. Jemputlah singgah ya bila ke KB nanti. Bila ya?
Wa'alaikummussalam Farid.
ReplyDeleteTerima kasih. Kakchik pun yakin di peringkat awal memang begini. Dulu pun masa mula-mula buka kedai di Pauh Panji, begitu juga tabiatnya.
Doakan agar MariBaca dan AbayaElegan terus berkembang maju ya.
Salam Kak chik,
ReplyDeleteKalaulah akak tinggal dekat situ..Akak jadi pelanggan tetap kedai MARIBACA.