hari ni 1 januari kan, jadi nak juga tulis satu entri baru. konon-kononnya setiap hari nak tulis satu entri. ni boleh kira azam baru jugak la. siang tadi asyik letih je, sebab masih banyak yang nak diselesaikan pasal kedai buku kakchik tu.
ok, malam ni kakchik nak kongsikan dengan teman-teman semua KEDAI BARU kakchik yang belum dikemaskini. ye lah dah beberapa hari dok sebut pasal nak pindah kedai kan. kali ni nak tunjukkan sikit rupa kedai baru kakchik tu.
3-20, ialah lot kedai yang kakchik sewa untuk menempatkan MARIBACA BOOKSTORE.
ada orang tanya, "kenapa tingkat 3?" jawapan kakchik, "sebab selepas berfikir panjang, bersolat hajat mohon petunjuk Allah, akhirnya lot itu juga yang menjadi pilihan hati."
pandangan depan
di sinilah nanti kakchik akan memulakan langkah baru dalam meningkatkan prestasi kedai buku kakchik tu. rancangannya nak jadikan ianya sebagai 'bookcafe' tapi buat sementara kakchik akan fokus dulu kepada jualan buku kanak-kanak dan sewa novel. insyaallah masuk suku ketiga tahun 2010 ni kalau takde aral, projek 'bookcafe' akan bermula. tolong doakan ya.
jom kita tengok sikit rupa kat dalam kedai ni semasa kakchik masuk meninjau hari tu.
sudut kanan, untuk pejabat kot
sudut kiri, sesuai dibuat bilik untuk solat dan rehat
lampu-lampu semuanya sudah ok
sudut untuk kaunter bayaran dan sewa novel
berkenan dengan kedai ni sebab warna dindingnya hijau epal tu menepati warna rasmi MARIBACA. tak payah nak cat dah, jimat, alhamdulillah.
pandangan dari tangga bergerak
oleh kerana kunci kedai hanya boleh diambil esok maka esok akan menjadi hari paling sibuk dan meletihkan kakchik dan cik abe. buat sementara waktu kami akan menangguhkan operasi hinggalah kami selesai mengemas, menyusun-atur dan sebagainya di dalam kedai ini. bila segalanya dah memuaskan hati, insyaallah kakchik akan buat pembukaan rasmi sekadar termampu. kalian semua sudah pasti akan dijemput ke sana.
jadi itulah saja perkongsian hari ini. tolong doakan agar bisnes kakchik di tempat baru ni akan lebih mantap dan makin ramai orang yang memanfaatkannya. doa, sokongan dan harapan kalian semua amat-amat kakchik hargai. sebagai penghargaan, kakchik dahulukan ucapan ribuan terima kasih.
wassalam.
Semoga Allah permudahkan urusan dan rezeki kakchik..
ReplyDeleteada peluang nanti sy dtg kedai kakchik ye..
Zureen doakan agar Kak Chik beroleh kejayaan dan dipermudahkan dalam segala hal..Amin..
ReplyDeleteterima kasih irma. jemputlah ya bila dah balik malaysia.
ReplyDeletezureen, terima kasih banyak. moga Allah jua yg membalas kebaikan zureen ni. kakchik amat hargai.
ReplyDeletecantiknya apple green.. Mabruk kak chik,.. Nanti dah buat perasmian pembukaan jangan lupa jemput kami ya... tak sabar nak tgk bookcafe.....
ReplyDeletesalam kak chik, tahniah atas pembukaan kedai br kak chik ni. moga terus sukses. satu hari nnt, sy pasti dtg! insyaallah!!
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah, kakchik..:) insyaAllah kalau saya ke kelantan akan saya jenguk2 kedai kakchik...:)
ReplyDeletetahniah kakchik dh ada kedai sendiri! moga bisnes kakchik berkembang maju..ameen..
ReplyDeleteTahniah kakchik. Semoga semakin berkembang bisnes kakchik.. nanti bila saya ke KB, insyaAllah akan melawat ke kedai baru pula :)
ReplyDelete