Followers

6.1.10

Naik rumah baru

Assalamualaikum dan salam malam yang indah kepada teman-teman tersayang di mana saja kalian berada. Di malam yang agak tenang ni walaupun sekali-sekala kakchik boleh dengar bunyi kenderaan lalu-lalang di hadapan rumah (rumah tepi jalan utama), kakchik ingin sekali bertemu kalian seperti biasa di laman blog ini.

Sudah hampir seminggu kita berada di tahun 2010 dan kita masing-masing telah melalui pelbagai kenangan dan pengalaman baru dalam tempoh itu. Ada yang anak baru masuk tadika, ada yang baru masuk tahun satu, ada yang baru melangkahkan kaki ke alam sekolah menengah dan sebagainya. Ramai juga mendapat kawan baru sama ada melalui blog, facebook atau laman-laman sosial yang lain. Bak kata dah macam-macam perkara yang berlaku. Cepat sungguh masa berlalu kan?

Kakchik juga tak ketinggalan menempuh pahit manis pengalaman di minggu pertama tahun baru ini. Sebagaimana yang kalain maklum, ada perubahan besar yang berlaku iaitu kedai buku kakchik, MariBaca Bookstore kini di lokasi baru. Dan tak berapa lama lagi kakchik pun akan naik rumah baru, insyaAllah.

Sempena segalanya yang baru, 'rumah' ini juga akan berwajah baru tidak lama lagi. Mungkin sekejap lagi akan berubah sedikit demi sedikit.


blog kesayanganku

Ya, blog Keluargaku Sayang akan bertukar wajah. Walaupun kakchik cukup sayang dengan 'template' yang lama ini kerana ianya melambangkan keceriaan diri kakchik, kakchik ada sedikit rasa untuk membuat perubahan agar pengunjung tidak merasa bosan. Maklumlah 'cat' rumah ni sudah nak masuk 3 tahun tak pernah bertukar, hehe.

Dalam masa kakchik membuat perubahan ni, harap maafkan kakchik kalau kalian datang rumah dalam keadaan berselerak. Kakchik akan cuba mengemaskan semuanya secepat dan sebaik mungkin agar kedatangan kalian akan terasa selesa dan diraikan.

Baiklah, kerja-kerja mengubah-suai rumah akan bermula sebentar saja lagi. Permisi dulu.

14 comments:

  1. re: ha ah dekat je..dlm setengah jam dah smpi rumah dia :) nanti balik kelate kito gi jupo kak chik pulok! :)

    email kan lah no phone kak chik..nanti kita gather2! :)

    catlina7@yahoo.com

    promo photobook: (heheh tumpang jap ye)
    http://kedaigambarkami.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik.
    Penat tu, ngecat rumah. Nih, saya bawa kek sepiring. kiki
    tak sabar nak tengok rumah baru.

    ReplyDelete
  3. kalau tak cukup paku dengan tukul..bagitau la.

    ReplyDelete
  4. Wah...tak sabar nak tunggu wajah baru 'rumah' kak Chik yang sini pula

    ReplyDelete
  5. tak sbr nk tgk rmh baru kakchik ;)

    ReplyDelete
  6. Catlina, seronok la kalau gitu. Boleh selalu jumpa, gader2.
    Tu hok kakchik suko tu... balik nanti kito jjupo deh. Kalu tok di rmh, di kedai kakchik pun buleh.

    insyaAllah kakchik emailkan no tel nanti.

    ReplyDelete
  7. Wkslm nurindah. Alhamdulillah... seronok benar kalau tengah letih ni ada pulak org yg sudi hadiahkan kek. Makan sambil minum air mineral sedap ni.

    ReplyDelete
  8. one z, paku dgn tukul dah cukup. yang tak cukupnya mop dengan penyapu.

    ReplyDelete
  9. Sue @ Nenie, rumah dah siap dah ni. Apa pandangan Sue?

    ReplyDelete
  10. Nadiah, sila bagi komen ya, sebab kakchik dah siap cat dah ni.

    ReplyDelete
  11. salam kakchik...cantik rumah baru kakchik ni..tenang je suasana nya...cikmin suka gambar matahari kt belah atas tu...agar blog ni terus menyinari kehidupan seharian kakchik..

    p/s psl bloglist tu..kakchik cuba buang link cikmin dlm edit bloglist kakchik then save..lepat tu kakchik ADD cikmin semula..klik dekat 'blog im following' then SAVE...cuba buat mcm tu..sbb cikmin dah pernah try..semoga berjaya..klu tak berjaya..sedih la CikMin dok jauh ke dasar..hihihi..

    ReplyDelete
  12. salam kakchik..ceria la uma br nih..saya sukeeeeeeee... cop JEMPOL utk kakchik!!mmmuahhhs..

    ReplyDelete
  13. wkslm cikmin. terima kasih... tahun ni kita sama-sama naik rmh baru kan. syahdu lah baca doa cikmin tu. moga Allah makbulkan.

    sbnrnya dah 2, 3 kali kakchik buat macam yg cikmin cadang tu tapi tak juga menjadi. huhuhu, kakchik pun takmo cikmin dok jauh di bawah tu, tak best.

    nak kena cuba lagi la nmpknya.

    ReplyDelete
  14. wkslm fmina. waduh, dah dapat cop N9. cop mohor ke tu? hehe... semestinya yg ceria, sebab kakchik suka suasana ceria barulah org lain pun ceria. fmina dah ceria kan bila sampai ke sini.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs