Oleh kerana kakchik tak makan tengahari maka kakchik dah simpan hajat untuk makan besar untuk dinner. Habis je kerja di Zahra' kakchik terus ke MariBaca. Dekat je, kalau jalan kaki agaknya dalam 5 min sampailah. Sampai aje kat kedai kakchik terus solat Asar sebab masa di Zahra' tu dah ambil wudhu' takut terbatal pula. Sekarang ni waktu Asar masuk lambat jadi tak sempat nak solat di Zahra'.
Lepas solat terus naik ke tingkat 4, kakchik ke Anja Cafe sebelah pusat bowling. Apa lagi, nak order makanan la kan. Hehe perut dah mula bernyanyi riang sebab dah nampak menunya yang segala menarik. Cafe tu masih baru di Kota Sri Mutiara tu tapi MariBacalah yang paling baru. Selepas order, kakchik minta diorang hantar ke kedai, terus je laju melangkah kembali ke kedai buku kakchik.
Huhu, memang cekap dan pantas perkhidmatan mereka. Tak sampai 30 min hidangan dah sampai... kira cepat la kan sebab diorang pun ada pelanggan masa kakchik buat order. Jom tengok apa yang kakchik order.
Mee Hailam, RM4.50. 4 bintang
Mee bandung, RM4.50, 5 bintang
Hidangan penuh, semuanya RM15.00, fuh!
Tak terliur ke? Hehe kakchik bukan makan sorang tau. Mestilah makan dengan Dah, sepupu @ pembantu kakchik. Memang balik ke rumah tak perlu nak makan malam lagi. Malam ni Cik Abe makan sorang-sorang tapi kakchik temankan hehe.
Sampai juga hajat di hati tapi hancuss RM15. Sekarang ni makan di cafe di KB ni dah macam makan di KL dah. Harga makanan pun dah mula naik. Semuanya sebab gaya hidup di sini semakin berubah.
wah!!! betol2 mkn BESAR PUNYEEEEEE.. huwaaaa mee bandung!! xbley! xbley! xbley! xbley mkn la wat ms nih..kena pantang mkn...kalo x, sia2 jek wat op ritu..heee
ReplyDeletefmina, sekali sekala je makan besar. bahaya kalau selalu sangat, hehe. buat op untuk apa ya?
ReplyDeleteslurppppppppppppp sgt berselera nampaknye...mee hailam tu letak la 6 bintang ke...sgt selera...hehehehehe...sy up tuk mee hailam tu...
ReplyDeletekak chik..
ReplyDeletetelan air liur sy tgok gambar T___T
sedapnya mee bandung tu kakchik. nak sikit!
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteMakan sedap aih. Makanann kalau mahai tapi sedap tak pa. Makanan kalau mahai tapi tak sedap tugh yg ralat. Here in Aloq Setaq no problemo maknan sedap n murah. Kalo kat Langkawi ni toksah citerla. Payah cari makanan sedap. Harap mahai ja. Baik masak sendiri. Heeee..
nampak sedap.teringin nak pegi KB.bila lah nak sampai..heh..
ReplyDeleteaSHa, boleh la, kakchik ikut selera aSHa untuk mee hailam tu.
ReplyDeleteIrma, hari ni telan air liur, petang ni Irma boleh buat sendiri. Irma kan pandai masak tak macam kakchik ni.
ReplyDeleteNadiah, kalau balik Malaysia, singgah di Kota Bharu kakchik belanja makan. Ingat tu...
ReplyDeleteWa'alaikummussalam ina.
ReplyDeleteOoo kat Langkawi tak banyak makanan yang sedap ya. Memang betullah, masa kakchik ke sana dulu memang susah sangat nak cari tempat makan dah tu tak berbaloi.
Agaknya kalau ada usahawan makanan Kelantan gi dok sana buat bisnes, mesti laku keras hehe. Syarat sedap la kan.
Alor Setar hari tu pergi tak sempat try makanannya.
Aelfi, bukan setakat nampak sedap tapi memang sedap :)
ReplyDeleteRancanglah cuti tahunan untuk datang ke sini, melihat sendiri kelainan di Kelantan berbanding tempat lain.
Assalamualaikum Kak Chik,
ReplyDeleteMemang makan besar ni... dengan air special lagi. kite tengok pun terliur ni.hehe
Re: Kite tak amik kelas fotografi. tp bila ada masa luang, suke tengok blog2 makanan international. macam2 pesen gambar ada.sekarang pulak dah makin cerah, senang cikit nk ambik gambar makanan. :)
Ya Allah Chik, tak boleh tengok blog ni lah.. semuanya nampak delicious, ya ke KB dah mahal? tapi patut pun, barangan dah naik harga dah...
ReplyDelete