Followers

4.1.10

Tahniah Hotel De Palma Ampang!

Kerana pihak anda sangat bertanggungjawab dan prihatin terhadap kakitangan anda yang ramai beragama Islam. Kakchik kagum melihat silat Jumaat diadakan di surau hotel tersebut. Tidak pernah dengar dan tidak pernah lihat mana-mana hotel di Malaysia ni hatta di Kelantan (mungkin tak perlu sebab kebanyakan hotel dekat dengan masjid) pun yang menganjurkan solat Jumaat kepada kakitangannya.

Tahniah sekali lagi! Tindakan pihak Hotel De Palma Ampang ini amatlah patut dijadikan contoh oleh hotel-hotel lain di negara kita ni. Kalau tak dapat buat solat Jumaat pun sebaik-baiknya adakan surau khas yang selesa untuk kakitangan bersolat jemaah setiap waktu atau pun waktu-waktu tertentu. Mungkin para penginap pun boleh turut serta memanfaatkan surau yang ada dan anjuran bersolat jemaah oleh pihak hotel.

Inilah sumber berita yang kakchik baca.


Solat Jumaat di hotel itu.

Jan, 10, Ampang: JARANG kita mendengar mengenai hotel yang menyediakan surau kepada pelanggan dan juga penduduk setempat untuk menunaikan solat Jumaat. Namun, apa yang ditampilkan oleh Surau Nurul Hikmah di Hotel De Palma Ampang, Jalan Ampang, Selangor sedikit berbeza.

Di sebalik hotel yang sering dilabelkan dengan pelbagai perkara negatif hotel ini tampil dengan elemen syiar Islam iaitu menyediakan surau taraf solat Jumaat kepada pelanggan hotel dan juga kariah berhampiran.

Pengerusi Surau Nurul Hikmah dan juga Pengurus Besar Kumpulan De Palma Hotel, Datuk Mohd. Ilyas Zainol Abidin, 57, memberitahu, beliau cuba membawa kelainan pada De Palma Hotel dengan hotel yang lain.

"Lagipun saya sudah berpengalaman selama 30 tahun dalam industri ini dan umur semakin lanjut. Mungkin ini merupakan salah satu cara saya berdakwah.

"Malah sambutan yang diberikan orang ramai cukup baik dengan 20 peratus jemaah terdiri daripada tetamui hotel sendiri," katanya sambil tersenyum.

De Palma Ampang merupakan hotel pertama di negara ini yang mempunyai surau untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat.

"Kami mendapat keizinan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjadikan Surau Nurul Hikmah sebagai surau untuk solat Jumaat pada 10 Oktober 2008.
"Kami mempunyai empat orang imam yang mempunyai tauliah daripada JAIS selain surau itu dapat menampung sehingga 1,400 jemaah pada satu masa," katanya yakin.

Bicaranya lagi, pihaknya turut menjemput penceramah luar selain mengadakan bacaan hadis selepas solat Subuh, kuliah agama selepas Zuhur dan aktiviti solat sunat hari raya serta melaksanakan ibadat korban dan tahlil.

"Keempat-empat imam bertugas Surau Nurul Hikmah juga mempunyai tauliah untuk menjadi jurunikah selain membaca khutbah Jumaat.

"Malah mereka akan bergilir-gilir menjadi imam solat berjemaah pada waktu solat yang lain yang menjadikan surau ini tiada bezanya dengan surau di luar," katanya lagi. (Sumber Kosmos!/2MA)

Malam-malam buta ni barulah nak baca akhbar, hehe. Yang sebenarnya kakchik baru balik dari MariBaca ni. Letih, penat tapi puas hati dapat berpindah ke kedai baru. Banyak lagi kerja yang perlu dibereskan tapi untuk malam ni cukuplah dulu. InsyaAllah esok boleh disambung lagi.

Wassalam.

7 comments:

  1. mmg bagus la inisiatif yg dibuat ni. insyaAllah pahalanya berterusan selagi ada org manfaatkn surau tu. kan kakchik?

    ReplyDelete
  2. ha'ah, betul tu... semoga usaha mereka ni mendapat ganjaran sebaiknya dr Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. semoga menjadi contoh pada pengurusan hotel lain terutamanya yg muslim kan..

    ReplyDelete
  4. sarah, itulah sebenarnya yang kita harapkan. barulah semakin Islamik hotel2 di negara kita ni.

    ReplyDelete
  5. zureen, kalau ada peluang kakchik nak ke hotel ni, nak tengok sendiri.

    ReplyDelete
  6. salam kakchik. mohon link kat blog saya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs