Assalamualaikum dan salam malam semua.
Tentu tadi ada yang ingat kakchik nak cerita pasal bola boleh menjadikan orang kaya hehe. Takdelah... sebenarnya kakchik nak cerita pasal sejenis snek yang ada dijual kat dalam Billion tu. Kata kakak yang menjualnya nama snek/kuih ni ialah KAYA BALL jadi kalau diterjemahkan jadilah BOLA KAYA. Betul tak?
Petang tadi masa nak balik ke rumah selepas tutup kedai, perut kakchik dah mula berkeroncong sebab waktu tengaharinya kakchik makan roti canai berkongsi dengan kawan. Perut dah biasa makan nasi... sekali makan roti canai manalah dia nak tahan lama kan. Dari tingkat 3 turun ke tingkat paling bawah, hidung ni dah tercium bau harumnya BOLA KAYA ni dan juga WAFER. Apa lagi... berbelanja lagilah demi perut ni.
Sebungkus BOLA KAYA yang panas-panas tu harganya RM2. Dalamnya adalah dalam 10 biji kuih ni. Kakchik rasa bahan asas nak buat kuih ni sama kot dengan wafer sebab tekstur dan baunya sama saja cuma yang ni bentuknya agak membulat dan diisi inti kaya di dalamnya.
Kakchik cari resepinya dalam My Resepi dan jumpa resepi kepunyaan bakewithmilla. Inilah resepinya:
Bahan-bahan ( 120 biji )
- 5 biji telur
- 1/2 sudu makan garam (untuk rasa lemak n xmuak )
- 1/3 susu pekat tin kecil
- 500 ml air
- 1 sudu makan baking powder
- 600gm tepung (atau lebih bergantung kepekatan)
- 1 sudu kecil vanilla
- untuk inti seri kaya dan seri kaya pandan... ada org bisnes leh taruh penutbutter tp milla test x dpt...Adunan nie xleh..heheh..
Cara-cara
pukul telur sehingga berbiuh...masukkan susu pekat pukul lagi..(sekejap ja). masukkan air pukul lagi...masukkan vanila berselangseli dgn tepung,garam dan baking powder pukul sehingga adunan sebati......Panaskan acuan atas dan bawah, titiskan dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan kemudian letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga 3/4 penuh. biarkan seketika sehingga adunan penuh dan tutup acuan dan masak hingga keperangan.
Macam mudah aje nak membuatnya. InsyaAllah kakchik nak cuba buat sendirilah suatu hari nanti. Kalau dapat buat sebanyak 120 biji macam yang milla buat tu, satu famili pun tak habis nak makan, hehe.
Hmmm... ini juga satu idea bisnes yang bagus dan mudah. Siapa nak cuba?
OPS! BAHAN PENTING TERLUPA - SERIKAYA MESTI ADA UNTUK INTINYA.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.