Assalamualaikum wr wbt. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, Rasul junjungan kita.
Pagi tadi salah seorang dari Boss kakchik datang dari ibu pejabat di Ampang untuk menziarahi kami di Zahra'. Beliau datang bersama rombongan 3 orang pegawai yang kakchik pun belum kenal. Kakchik amat gembira dengan kunjungan mereka sebab mereka membawa keceriaan kepada kami semua di perpustakaan ini. Siapa yang tak suka Boss datang kan, terasa kami ni masih lagi diambil berat oleh pihak ibu pejabat. Syukur...
Selepas rombongan beliau balik, kakchik mengambil tempat bertugas di Kaunter untuk 2 jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Sekarang ni kakchik sedang bertugas la ni tapi, pagi-pagi ni pengunjung tidaklah seramai waktu petang, jadi banyaklah masa lapang kakchik. Sambil membaca buku Ke Mana Wang Anda kakchik boleh kemaskini blog kan.
Fotostat, kerja biasa bila bertugas di Kaunter
Suasana yang tenang dan cerah ni memang sangat sesuai untuk membaca. Kakchik nampak seorang pengunjung tu sudah hampir 2 jam menekuni beberapa suratkhabar. Wah... beliau baca dari muka ke muka, hebat! Kakchik tak mampu nak buat seperti beliau. Yang seorang tu dah keluar dah tadi. Orangnya nampak sungguh bergaya, datang pun menaiki kereta yang hebat, tentu orang berniaga sebab hampir jam 11 pun masih di sini.
Oh, dua orang anak muda baru masuk dan sedang menulis nama di buku kedatangan pengunjung. Ramai yang masuk ke dalam perpustakaan ni tanpa memberi salam pun kepada kami yang bertugas di hadapan mereka. Selalunya kakchik akan bagi salam dan nasihatkan mereka sebaiknya berbuat demikian sebagai menghormati 'tuan rumah'. Mereka berdua kakchik rasa pelajar kolej yang datang membuat rujukan. Keduanya naik ke tingkat atas, tak lama lagi pasti akan turun dengan susunan buku-buku untuk difotostat.
Dari hadapan pintu masuk utama ni kakchik nampak 2 orang pengunjung datang dengan motorsikal masing-masing dan terus ke bahagian parking motorsikal di belakang bangunan. Nasib baik. Selalunya mereka datang dan terus parking motor di tempat larangan dan kenalah kita menegur padahal sudah terang dan nyata peraturan ditampal merata-rata. Perangai manusia, mata ada tidak dimanfaatkan betul-betul. Tengoklah...
Peraturan kami, dan apa yang mereka buat ialah ...
bukan saja motor, malah kereta pun...
Hai... bukan papan tanda di situ saja kami tampalkan, ada di beberapa tempat yang PASTI mereka nampak dan boleh baca. Peraturan dibuat bukan suka-suka tapi laluan tersebut ialah laluan kecemasan... kalau berlaku apa-apa, kenderaan penyelamat sukar nak keluar-masuk. Yang melanggar peraturan ni bukan budak-budak kecil tapi golongan terpelajar sebab yang datang ke perpustakaan ni sudah pasti orang yang mencari ilmu. Mana nak masuk ilmu dengan berkat kan?
Tenang sekali melihat keadaan di dalam perpustakaan ini. Kami mainkan alunan Asma-ul-Husna oleh Sami Yusuf untuk merangsang minda para pengunjung di samping kami juga dapat melaksanakan tugas dengan baik dan menyeronokkan.
Inilah suasana pagi di Zahra'
SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA YANG BEKERJA. SEMOGA KITA BEKERJA DENGAN TEKUN DAN AMANAH AGAR GAJI YANG MASUK ITU HALAL DAN BERKAT.
JEMPUTLAH BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN KAMI UNTUK MENIKMATI SUASANA BARU SEBUAH PERPUSTAKAAN. HEHE.
Salam Kak Chik..Emmm sejak kerja ni dah lama tak lepak kat library....
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Sue.
ReplyDeleteKebanyakan kita memang bila dah bekerja sukar untuk ke perpustakaan.
Di sini pun yang ramai datang ialah golongan pelajar.
Orang bekerja suka datang hujung minggu bersama keluarga.
assalamualaikum kakcik,,
ReplyDeletenama library tu zahra ye...sweet...
nti kalo kami terterjah sane leh sgh
Wa'alaikummussalam aSHa.
ReplyDeleteYa, Zahra', nama penuhnya Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra'.
Hehehe, memang suka kalau orang nak terjah Zahra'.