Followers

9.1.10

Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua dan selamat berhujung minggu kepada semua yang tidak bekerja pada hari ni.

Kakchik mengejar masa ni, sebab hari ni kakchik macam biasa, BEKERJA. Dah siap berpakaian semua tapi rasa nak update juga blog dengan cerita pagi ni. Yang sebenarnya cerita ni mula semalam lagi.


Pagi semalam kakchik nak bagitau kan yang kakchik ke pasar dengan Ummi. Kami nak buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan kerana dua tujuan:
  1. Anak saudara kakchik, Muazzin Munzir berjaya mendapat 10A dalam Sijil Menengah Ugama (SMU), sebelum ni tersilap tulis kata 9A. Maafkan Cheja ya Munzir.
  2. Ummi dah jumpa barang kemasnya yang hilang. Alhamdulillah...
Kenduri untuk kakchik sendiri belum buat lagi. InsyaAllah bila semua dah settle dalam bulan ni, insyaAllah kakchik pun akan buat kenduri kesyukuran sikit.

Bermula sebelum sebelum Asar, kami dah mula siang daging dan ayam. Bersihkan semuanya dan sediakan bawang-lada untuk menumis segala. Lepas tu yang mula-mula dimasak ialah gulai daging satu periuk besar. Masak atas dapur ala kampung sebab dapur gas kat dapur tu tak padan nak tampung periuk yang besar tu.


Kakchik yang jadi tukang menggulainya tapi segala awas-tumisnya dah pun ummi sediakan dan goreng. Kakchik hanya jadi tukang gaul je, hehe. Dan tukang jaga api. Sampai naik pedih biji mata kerana asapnya. Bukan mudah nak pastikan api sentiasa sesuai, kena kipas biar kayu terus terbakar.


Hasilnya, kami dapat seperiuk besar gulai kari daging yang sedap dan empuk sekali. Cik abelah orang yang pertama dapat merasa gulai tu. Sayangnya semalam takde roti, kalau tak tentu sedap dimakan dengan roti bantal yang panas-panas.

Pagi ni selepas Subuh, kami menjemput jemaah masjid dan ahli keluarga terdekat untuk sama-sama makan pagi nasi berlauk kami. Jemput makan semua.

 
 
Hidangan pagi ini untuk jamuan para keluarga dan tetamu.

Nak ke pejabat dulu! Wassalam.

16 comments:

  1. salam...
    dah lama tak merasa lauk pauk kelate...telan ir liur nih...
    tahniah utk adik Muazzin...

    ReplyDelete
  2. Salam kak Chik,
    Sedap, sedapnya lauk kenduri. Penat tuh, kak chik, masak 1 periuk besar. jemput bape ramai? gulai daging ada lagi tak? hihi

    ReplyDelete
  3. wkslm kak kam.
    lauk-pauk simple je kak kam. kakchik dok di ofis ni, terasa lapar lah pulak. rugi tak bawa bekal tadi.
    terima kasih bagi pihak muazzin.

    ReplyDelete
  4. wkslm nurindah.
    terima kasih nur. alhamdulillah sedap dimasak, sedap dimakan juga.
    penat memang penat tapi ummi kakchik lagi penat, so takleh nak mengeluh hehe. jemput dalam 100 orang je, tak ramai mana.
    kakchik pun tak pasti masa ni masih ada lagi ke tak. kakchik di pejabat ni.

    ReplyDelete
  5. fuyoo, kuah kari tu kalau dapat cicah roti canai..fuhhh!!!

    ReplyDelete
  6. betul tu one z. malam tadi teringat juga nak makan dgn roti. tentu dgn roti canai pun sedap. petang ni nak cari roti canai la. kalau gulai masih berbaki, boleh la makan.

    ReplyDelete
  7. Wah.... rindukan suasana masak-masak ni... Dah lama tak buat makan2 di rumah kampung. Ada lagi ke gulai tu kakchik ? Hmm... mesti sedap, kan..

    ReplyDelete
  8. salam... alhamdulillah... segala yang dihajati tercapai (dapat 10A) dan barang ummi yang hilang juga telah ditemui semula...

    kak e doakan apa yang kakchik hajati juga akan tecapai...

    ReplyDelete
  9. Kakchik..
    Kalau kuah kari tu sedap cicah dgn roti manis.. terliur tgok sambal kakchik tu.. Ted ni hantu sambal tu.. pulaknya dapat sambal yang campur putik pauh ..

    ReplyDelete
  10. kak tie, memang best kan kalau dapat berkumpul ramai-ramai dan masak nasi dan gulai kawah.
    gulai ada la lagi seperiuk kecil, ummi simpan untuk anak-anak dia.

    ReplyDelete
  11. wkslm kak e. alhamdulillah, syukur Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan kami. terima kasih banyak ya kak e.

    ReplyDelete
  12. betul ted, makan dgn roti sangat2 sedap. kami kat rumah ni pun ramai yg hantu sambal hehe. agaknya kalau ted datang, seronoklah makan macam2 jenis sambal.

    ReplyDelete
  13. Nasi berlauk memang sedakkk....

    ReplyDelete
  14. tahniah utk ank saudara kakchik...moga terus brjaya...insyallah...

    Alhamdulillah, dh rezeki xkemana..dpt blk brg yg ilang tu...

    sedapnya lauk tu....

    ReplyDelete
  15. en hazman, nasi kalau takde lauk manakan sedap. hehe

    ReplyDelete
  16. terima kasih kak nza. kakchik dah bagitau dia. dia kata tima kasih.
    syukur kak. ummi dah kebuntuan selepas sedar barang kemasnya yang paling berharga tu hilang. cari satu rumah pun tak jumpa. syukur sangat.
    kalau nak rasa datang la ke sini kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs