Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat dan gembira walaupun cuaca hari ni sangat panas dan kita baru saja kehilangan almarhum Sultan Johor yang mangkat semalam. AlFatihah untuk baginda.
Hari ni kakchik sebenarnya mengambil cuti kerana ada sedikit urusan keluarga. Ambil cuti tiba-tiba sebab terpaksa. Kalau tidak urusan ini akan berlanjutan dan lambat selesai. Alhamdulillah nampaknya Allah telah mempermudahkan urusan tersebut ditangani sebaik-baiknya. Sekarang ini kakchik bertawakkal kepada Allah sambil meneruskan doa yang sepatutnya.
Oklah, itu cerita lain. Cerita yang kakchik nak kongsikan hari ni ialah pasal satu lagi impian kakchik yang belum tercapai iaitu mempunyai desktop berskrin besar dan lebar. Cik abe ada dua desktop tapi kedua-duanya masih menggunakan monitor model lama dan sekali ingat memang makan ruang sungguh monitor-monitor tu.
Kakchik mahukan skrin seperti di bawah ni:
Itu skrin desktop di Kaunter Zahra'. Itupun masih ada sedikit feature yang kakchik tak gemar iaitu ketinggiannya yang statik. Kalau dinamik, boleh direndah atau ditinggikan maka ia lebih baik. Memang suka pilihan skrin macam tu atas beberapa sebab la kan.
Mata tak sakit
Sudah tentulah... saiz font pun akan secara default lebih besar tak perlu nak tekan CTRL + untuk membesarkannya. Tak perlu squinting untuk membaca tulisan di skrin. Kadang-kadang kawan kita menulis panjang dalam blognya, letih juga anak mata nak membaca kalau font kecik.
Nampak lebih jelas
Segalanya yang ada di atas skrin akan pasti dapat dilihat dengan lebih jelas. Macam kita guna kanta pembesar untuk mencari benda halus la kan. Makin jelas makin lambat letih atau bosan.
Senang kesan kesilapan
Kakchik menaip agak laju (testimonial sendiri) lepas tu malas sikit nak edit apa yang telah ditulis. Selalunya selepas taip ayat terakhir, kakchik akan scan sekali lalu dan terus publish. Bila dah publish barulah perasaan ada salah eja di sana sini dan tertinggal perkataan yang masa menaip ada dalam fikiran tapi tak tertaip di dalam blog. Boleh bawa maksud lain pada ayat. Jadi kalau skrin besar macam yang Zahra' punya tu memang senang nampak. Sambil jari jemari menaip, mata boleh tengok di skrin.
Itulah lebih kurang alasannya kakchik nak sangat skrin besar dan lebar ni. Bukan tak mampu beli tapi masa sekarang ni tidak mengizinkan kakchik berbelanja lebih. Tambah-tambah kehendak ni hanya termasuk dalam kotak TIDAK PENTING TIDAK MENDESAK.
Itu saja dulu buat kali ini.
si mata bulat, eqbal
uwangnya pun semakin besar dan lebar....
ReplyDeleteha'ah. sebab tu lah hajat jadi tertangguh tu.
ReplyDeletemmg bestkn kalu dpt yg besar gedabak camtu..dok la sakit mata dok ngendap jer...
ReplyDeletehehe, memang betul kak nza. dah makin tua ni memang nak la yang lebih besar kan barulah lebih jelas.
ReplyDeleteSalam.. Hi kak Chik.. Nur pun suka skrin yang besar memandangkan mata ni dah rabun agak teruk.. Mesti jelasss + terangggkan... :D
ReplyDeleteWkslm Nur. Kita ni memang jenis rabun kan sebab tu kalau boleh nak skrin lebih besar. Betul tu.. jelas dan terang.
ReplyDelete