Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Keluargaku Sayang. Terima kasih banyak kerana anda sudi menjenguk blog kesayangan kakchik ni.
Hari ni kakchik mula membaca buku di atas tu. Sudah lama kakchik minat dengan tulisan Puan Hajah Rohani ni. Sejak membaca kolum beliau di dalam majalah NUR beberapa tahun lepas kakchik jarang terlepas mencari, membaca dan cuba menghayati tips-tips dan nasihat yang beliau titipkan dalam hal mengurus kewangan. Memang nasihat dan tips yang beliau berikan sangat Islamik cuma kakchik saja yang belum mampu mengamalkan semuanya. InsyaAllah kakchik akan cuba juga amalkan mana yang berkenaan demi menjadi seorang insan yang bijak mengurus wang untuk peribadi, keluarga, kerjaya mahupun perniagaan.
Sedutan kata-kata beliau di kulit buku ini amat menarik dan terasa menyentuh jauh ke dalam hati kakchik. Cuba baca,
Perkataan yang penting di sini ialah BERKAT."Dalam mengejar harta dunia, adakalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak diberkati."
Ya, bila berkat hasil yang masuk, jumlah yang sedikit pun terasa cukup dan berlebihan. Tapi bila tidak berkat, masuklah banyak mana pun tetap juga tidak mencukupi. Kakchik amat yakin akan perkara ini kerana diri sendiri juga mengalaminya dan diri sendiri juga mengetahuinya. Cuma selalu saja lalai dan leka akan nilai berkat ini.
Kakchik baru saja membaca BAHAGIAN 1 buku ini yang menekankan topik Pendapatan Yang Berkat. InsyaAllah kakchik akan membaca buku ini sampai habis sambil mencatat dan menilai mana-mana isi penting yang boleh dikongsikan bersama di sini.
Sehingga itu, kakchik mahu rehat dan makan tengahari sekejap. Alhamdulillah solat Zohor pun dah selesai tadi. Lepas tu kena sambung kerja pejabat seperti biasa.
Wassalam.
Nota: Buku ini harganya RM20.00. Jika ada yang mahu membelinya, boleh beli dengan MariBaca (kakchik) ya.
tiap hujung minggu wang banyak ke pasar je...
ReplyDeleteBaguslah kakchik timbulkan soal berkat ni. Memang tiada ertinya hidup senang lenang dan wang berjuta tanpa berkat dari Ilahi...
ReplyDeleteone z, selalunya begitulah... macam air je ia mengalir keluar
ReplyDeletekak tie, zaman sekarang ni kita semakin lupa pasal berkat ni. masing-masing berebut untuk jadi kaya dan mewah tapi hidup sentiasa tiada kepuasan, sentiasa takde duit sedangkan duit selalu masuk.
ReplyDeleteBERKAT...ya..seringkali kita terlalai...kerana disebut dalam quran,manusia ni kalau diberi sebuah gunung emas,dia akan minta dua,dibagi dua,dimintanya tiga...tak pernah puas dgn apa yg ada...
ReplyDeletemanusia makin lupa al-Qura'an kak kam. mungkin itulah penyebab utama makin hilang keberkatan dalam hidup kita.
ReplyDelete