Assalamualaikum dan salam petang Rabu kepada semua yang singgah di sini.
Semoga hidup kita hari ni berjaya meningkatkan satu amalan baik berbanding semalam.
Atas permintaan beberapa orang rakan blogger yang ingin mengetahui perkembangan terkini kedai buku kakchik, maka hari ni kakchik nak berceritalah sedikit sebanyak. Kalau anda bosan tu kakchik minta maaf ya sebab ini cara kakchik bercerita. Tak tahu dah cara lain.
backdrop untuk MariBaca
Hari ni masuk hari ke-9 MariBaca Bookstore menjalankan bisnes di lokasi baru iaitu di Kota Sri Mutiara yang turut mempunyai pasaraya Billion di dalamnya. Setakat hari ni jualan kami masih tidak begitu banyak perubahannya daripada tempat lama tapi menunjukkan peningkatan setiap hari. Tapi umlah pelanggan (pemerhati) yang masuk ke kedai adalah lebih ramai.
pengunjung dari kalangan pelajar kolej PTPTL
Kawan-kawan rapat juga datang menyatakan sokongan mereka ke atas usaha kakchik ini. Alhamdulillah, mereka turut membeli atau pun menyewa buku dari MariBaca. Kakchik cukup menghargai sokongan mereka kepada kakchik. Terima kasih ya sahabat-sahabat semua.
sahabat baik yang ralit memilih novel untuk disewa
Kakchik amat positif akan perkembangan di tempat baru ini berbanding tempat lama. Malam tadi ada pasangan pelancong yang menginap di hotel sebelah iaitu Hotel Renaissance datang ke kedai untuk membeli PETA Malaysia. Oh, kami terlepas peluang! Peta tiada di kedai kakchik. Ini petanda yang baik. Kakchik baru terfikir alangkah bagusnya kalau MariBaca turut menjual peta kerana pelancong ramai menginap di hotel tersebut. ASAP bekalan peta akan dicari!
Sempena pembukaan kedai baru ini MariBaca juga telah membuat persediaan untuk membuka KEAHLIAN untuk 100 AHLI ISTIMEWA. Kenapa istimewa? Belum dapat nak kakchik beritahu jawapannya hehe.
Hmm... mati idea la pulak.
kak Chik,
ReplyDeletetahniah ye...
semoga kedai kak chik terus berkembang maju..!
cayok2!!!!..
Salam
ReplyDeleteKak chik. Bestnya kedai buku kak chik. Mehla bukak satu kat sini. Nak jugak pi. huuuuuuuu
iu, terima kasih banyak ya. semoga Allah dengar dan makbulkan doa iu.
ReplyDeletewa'alaikummussalam ina. hehe, insyaAllah bila dah lebih berkemampuan nanti, ada juga cita-cita nak buka cawangan. tak pun ina aje yang buka, beli konsep dgn kakchik.
ReplyDeleteSalam kak chik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteApa khabar? Hu3.
Lama tak membising di sini. Harap Kak Chik baik-baik sahaja, InsyaAllah. ^^
Bilalah saya dapat gi Mari Baca...
Wa'alaikummussalam aqieya.
ReplyDeleteKakchik sihat, alhamdulillah.
Tu lah... kalau dtg tak mau tinggal jejak :D
Kalau ke KB tu panjangkanlah langkah ke MariBaca ya.
salam kak chik,
ReplyDeletewah, bole sewa novel? best tu. kat billion? kalu kami balik lalu KB, kami singgah. Insya Allah..
wahh bagus usaha ni!
ReplyDeletesemoga rakyat kita akan lebih banyak membaca
wa'alaikummussalam nurindah. ha'ah nur, boleh sewa... mesti kena singgah tau. kalau tak kecik hati kakchik ni. dah la kakchik kecik hehe.
ReplyDeleteterima kasih taufiq dan selamat datang ya.
ReplyDeleteharapan itulah yang kakchik mohon Allah permudahkan.
minta dibuka hati-hati masyarakat kita ni untuk suka membaca dan membaca berterusan.
salam kakchik
ReplyDeletesemoga Allah majukan lagi perniagaan akak sekeluarga.peta?bagus tu kak kena perbanyakkan,teringat Irfan Khairi yang menjual peta..
bila ntah agaknya kami dapat ke kedai akak..
wkslm masyitah.
ReplyDeleteamiin. itulah kakchik sedang usahakan mendapatkan stok peta dari pejabat pelancongan negeri.
kalau panjang umur murah rezeki, insyaallah masyitah pasti sampai di maribaca.