Assalamualaikum dan salam malam untuk semua.
Malam ni walaupun kepala terasa sakit berdenyut-denyut, mata tidak mahu lelap dan badan enggak mahu berehat. Jadi kakchik ambil peluang ni untuk berada di facebook dan baru teringat yang sudah 2 hari tak update blog. Maafkan kakchik ya. Terlalu sibuk di kedai dan mesyuarat yang berderet.
Sibuk sangat hinggakan terlupa yang tahun ini 5 orang anak saudara kakchik akan mula ke tadika. Hari ni Iffah, Amierah dan Amriena telah pun ke tadika masing-masing. Pagi tadi sibuk diorang minta kakchik rakam gambar dalam uniform masing-masing. Budak tengah semangat katakan, hehe. Ingat nak letak gambar kat sini tapi malas pula nak download gambar dari kamera, letih bah...
Esok, 2 orang pula akan turut serta menjadi kanak-kanak riang di tadika iaitu Farihin dan Syuhada. Diorang mula esok sebab seorang di Perak dan seorang lagi di Kuala Lumpur. Terasa sangat cepat masa berlalu dan alangkah rindunya untuk melihat anak sendiri ke tadika seperti anak-anak saudara kakchik ini. InsyaAllah, suatu hari nanti. Hati, jangan sedih ya. Nabi Zakaria pun menunggu begitu lama untuk mendapat Nabi Yahya. InsyaAllah kakchik juga akan ada rezeki.
Jadi di kesempatan ini kakchik nak ucapkan SELAMAT KE SEKOLAH kepada semua anak-anak teman-teman yang baru masuk tadika atau ke tahun satu mahupun kembali ke sekolah setelah begitu lama bercuti. Semoga penat lelah kalian sebagai ibu bapa akan menjadikan mereka semua anak-anak yang menghargai pengorbanan ibu bapa. Mulakan semuanya dengan BISMILLAH.
Wassalam.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
mdh2an kakchik dimurahkn rezeki utk dpt zuriat sendiri. insyaAllah ada hikmahnya tu. sabar ye kakchik..
ReplyDelete