Assalamualaikum dan salam malam Jumaat kepada semua. Kakchik doakan kalian semua ceria-ceria selalu. Dah siap solat Isyak kan? Harapnya begitulah. Bila dah solat kita akan terasa lega dan lapang untuk melakukan perkar-perkara lain, betul tak? Betul la kan.
Ala, sebenarnya kakchik nak cite pasal kedai kakchik lagilah. Malam ni kakchik tak ke sana, kira cutilah malam ni sebab semua orang yang dah seminggu bertungkus-lumus ni nak berehat la juga. Jadi malam ni sambil rehat-rehat kakchik nak tunjuk sikit gambar-gambar aksi pindah-randah dan mengemas kedai baru.
kotak-kotak buku bersusun-susun
pinjam anak saudara jadi tukang angkat, kesian...esoknya nak ke sekolah
penat melihat kotak-kotak ni
cik abe sebagai 'mandor' punggah-memunggah
2 Januari 2010 kami siap kemaskan semua barang di kedai lama dan memulakan fasa pertama perpindahan ke kedai baru. Letih sungguh memunggah barang ni sebab bayangkanlah dari Pauh Panji kami berulang-alik ke Kota Sri Mutiara, tingkat 3 pulak tu, huhu... boleh pengsan.
Hari pertama kami buat 2 trip, mula dalam jam 6 lebih selesai sebelum jam 11 malam. Kesian kakchik tengok kawan-kawan cik abe yang mengangkat barang-barang. Sebagai upah, kakchik belanja makan malam kat Anja Cafe di tingkat 4 Billion.
hehe, bag tu lupa nak alih. ni dah dalam kedai baru
keadaan dalam kedai baru yang masih berselerak
3 Januarai 2010, kerja pemindahan buat kali terakhir. Kali ni siap awal sikit dan kami dapat sama-sama makan malam sebelum Isyak. Kakchik bayar upah untuk penat-lelah diorang tu cuma sewa lori je masih belum dibayar. Harap-harap cik awie tak marah sebab kakchik lambat bayar hehe. Janji nanti dapat diskaun istimewa masa pembukaan ya cik awie.
Setiap hari, balik dari kerja kakchik akan singgah di kedai. Alhamdulillah sekarang ni jarak MariBaca dengan Zahra' hanya 5 min saja. Kalau berlaku apa-apa, senang kakchik nak singgah jenguk. Dah banyak yang telah disusun selepas habuk yang bertimbun hasi peninggalan penyewa sebelum ini terpaksa kami keluarkan. Mungkin sebelum betul-betul dibuka kepada orang ramai, kami nak mop sepenuhnya.
Dan... inilah hasilnya hari ini:
tu faridah, sepupu kakchik yang jadi pembantu di MariBaca
cik abe dok tengok apa tu?
posing sambil duduk atas meja bulat di pintu masuk
kakchik dok menyusun buku kanak-kanak pra
Maih banyak lagi yang belum disiapkan, misalnya signboard, banting, poster, brosur, borang-borang, pemasangan paip air dan tagging harga buku. Bulan Januari ni memang nak pastikan semua kerja tu berjaya diselesaikan dengan sempurna. InsyaAllah awal Februari nanti dapatlah MariBaca dibuka dengan rasmi.
Hmmm... siapa yang kakchik nak jemput untuk rasmikan kedai ya? Ada cadangan?
Semoga berjaya Kak Chik..
ReplyDeleteCantik rupa terbaru blog ni..nice sgt.
Salam, Kak Chik
ReplyDeletetahniah
kedai baru, warna feveret saya,
lay out blog baru, sejuk menjenguk ke sini
moga lebih maju dan sukses, amin
Terima kasih zureen. Cantik tu kena terima kasih kat tuan punya template. Kakchik tukang guna je.
ReplyDeleteWkslm Mas.
ReplyDeleteTerima kasih. Kata-kata yang baik menjadi penambah semangat untuk kakchik meneruskan perjuangan kakchik.
Amiin.
hai kak chik..
ReplyDeletesy tumpang teruja tengok kedai kak chik..rasa dekat dgn hati..lagi2 warna hijau..
rumah baru blog pun suka jugak..
sedap mata memandang..
:D
salam kakchik..tahniahhh! igtkan pindah umah cyber jerk! hehehe... cantik lah! moga terus maju jaya yer kak!
ReplyDeleteHi Irma,
ReplyDeletehehe, kakchik faham tu... lagipun Irma tu kan hantu buku.
kakchik ni masih ada plan nak beli buku dgn Irma.
Nak jadi supplier tak?
Dan terima kasih.
Wkslm Hana.
ReplyDeleteTerima kasih... hehe, tahun ni ada 3 yg akan dan sudah pindah. Nanti kakchik update berita pindah rumah betul pulak.
Hana pun semoga terus aktif berblog dgn resepi dan masakan baru. Boleh kakchik tiru.
Salam kak chik,
ReplyDeletewah! biru you. cantik wane template baru nih.
penat tuh, ngemas kedai. umah cyber lagi.
Cantik kedai kak chik. suka tengok.
pasal perasmian tuh, nak kami rasmikan? kihkih. gurau je. Jemput orang besar az Zahra pun ok jugak tu. :)
Salam Kakchik.
ReplyDeleteTahniah, rumah baru, kedai pun baru. Sangat ceria dan sweet je...
Loading pun cepat sikit dari yang lama... Kakchik kurangkan widget tu...
Salam...
ReplyDeletePertama...
Kak chik...rumah baru ni cantik ler... tamplet apa kak cik guna yer... Ceria...
Ke-2...
Kedai nie... cantik warna dia... feberet tu!
Wkslm Nurindah.
ReplyDeleteTerima kasih Nur. Kakchik pilih warna-warna yang lembut dan ceria, sesuai dgn jiwa. Tapi merah dan hitam pun antara yang kakchik sangat suka hehe.
Memang penat tapi ok la... orang lain pun ada penat masing-masing kan.
Hehe... kalau nak dtg masa perasmian boleh... nak jadi perasmi ramai2 pun boleh.
Wkslm Kak Tie.
ReplyDeleteTerima kasih kak. Kawan-kawan juga yang banyak memberikan semangat dan dorongan.
Kakchik pun rasa loading lebih laju, alhamdulillah.
Wkslm Ummihusna.
ReplyDeleteTerima kasih untuk kedua-duanya.
Template ni kakchik cari dari sini: http://www.mytemplatebox.com/products/index/Blogger-Templates/2
Kalau Ummi nak cari template baru, silakan ke situ.
Salam kakchik. Saya datang dari rumah Noorma.
ReplyDeleteDi mana ye kedai ni?..saya suka sgtlah membaca buku@novel.
cepatnya susun brg kat kedai. moga bisnes kakchik mendpt smbutan yg m'galakkn..
ReplyDeleteWkslm azrina. Selamat datang dan salam kenalan.
ReplyDeleteKedai kakchik ni di dalam kompleks beli-belah Kota Sri Mutiara @ Billion kat Kota Bharu.
Kalau azrina dok KB boleh la datang sewa novel.
Nadiah, mesti kena cepat sebab nak pastikan cepat juga boleh beroperasi. Nantikan bulan ni takde kemasukan pulak.
ReplyDeleteTerima kasih ya atas doa tu. Moga dimakbulkan Allah.