Assalamualaikum dan salam malam kepada semua. Semoga teman-teman semua sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia bersama keluarga masing-masing.
Malam ni kakchik tak ke kedai sebab cik abe pakai kereta untuk ke tempat ceramah bersama ayah. Tapi petang tadi selepas balik dari kerja kakchik terus je singgah di kedai. Alhamdulillah sepupu kakchik yang kerja dengan kakchik tu dah banyak mengemaskan buku dan menyusun rak buku. Memang dia boleh diharap. Syukur Allah jadikan dia pembantu kakchik.
Jadi malam ni bolehlah awal sikit kakchik online hehe. Memang rindu nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan macam biasa tapi kenalah slow, slow sebab nak bagi can badan berehat. Selalunya straight keluar 8.30 pagi balik sebelum 11.00 malam, sejak pindah kedai ni. Mungkin bulan ni je macam ni, insyaAllah lepas ni jadual harian kakchik akan lebih stabil.
Eh, lari banyak dari tajuk.
Tu haaa... petang tadi masa dalam perjalanan balik hujan turun renyai-renyai. Bila sampai di simpang empat Cherang, kakchik dah nampak pelangi yang sangat cantik. MashaAllah... Subhanallah... rezeki dapat melihat pelangi. Bukannya selalu dapat peluang melihat kejadian alam ni. Jadi, apa lagi, kakchik snap lah gambarnya beberapa keping. Yang elok sekali yang kat atas tu sebab ambil dari dalam kereta dan cermin pun banyak air hujan. Rasanya bertuah je dapat tengok pelangi.
Mood diri pun automatik naik mendadak. Kakchik rasa cukup bersemangat untuk menempuh tahun ini. Tahun ini kakchik dah tahun akhir di OUM. Maknanya tamat semester September 2010, kakchik akan grad... macam tak sabar la pulak, hehe. Tahun ni juga kakchik menghijrahkan MariBaca ke lokasi baru, dengan azam, bisnes ini makin berkembang maju. Tahun ini juga kakchik akan naik rumah baru, insyaAllah bulan Feb nanti akan dirasmikan.
Banyak lagi yang baru-baru akan berlaku dan kakchik pun cuba merancang yang terbaik. Semoga Allah permudahkan.
subhanallah...aritu qis nmpk 2 pelangi dlm 1 masa....mmg kagum dgn kebesaran Allah..
ReplyDeletealhamdulillah..seronok tengok banyak perkembangan positif kakchik di tahun baru ni..mudah2an Allah permudahkan segala urusan..:)
ReplyDeleteqis, bertuahnya... alangkah seronok kalau kita dapat merakamkan kenangan dan pengalaman tu kan. pelangi ciptaan Allah
ReplyDeleteterima kasih azniza. kakchik pun akan cuba sebaik-baiknya agar perkembangannya terus-terusan positif.
ReplyDeleteSalam Kak Chik
ReplyDeleteAlhamdulillah...Semoga permulaan yang baik² ini akan berterusan dan mendapat keberkatan oleh-Nya..
wkslm sue.
ReplyDeleteterima kasih banyak. kakchik pun berharap begitu juga.