Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada semua.
Semoga hujung minggu ini kalian semua dapat mengisinya dengan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga. Kalau aktiviti tersebut boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, lagilah bagus kan.
Hmmm... kakchik bersiaran dari Dar Nur al-Zahra' ni sebab hari Sabtu perpustakaan beroperasi macam biasa. Sambil mendengar perbincangan dari kelas bahasa Arab di sebelah pejabat kakchik ni (huhu bising juga makcik-makcik ni dalam kelas ya), kakchik menyiapkan beberapa jadual aktiviti Zahra' untuk tahun ni. Kalau ikut hati, memang banyak yang nak dibuat tapi semuanya bergantung kepada bajet dan kerjasama di antara kami untuk menjadikan semuanya berjaya.
Petang nanti kakchik ingat nak masak Lasagna. Dah seminggu beli San Remo Large Instant Lasagna tu tapi tak terlaksana lagi niat tu. Hari tu masa gi pasaraya kakchik terliur la pulak bila tengok kotak lasagna tu. Tak pernah cuba lagi buat lasagna. Kalau Beshamel tu dah biasa. Orang kata Lasagna dengan Beshamel nak serupa je cuma Lasagna menggunakan lapisan khas lasagna dan Beshamel menggunakan makaroni.
Cuma kena beli beberapa bahan yang tak ada stok di rumah. Tengoklah, kalau sempat singgah membeli bahan-bahan tu, insyaAllah bolehlah kakchik cuba masak Lasagna segera ni.
Siapa yang pernah cuba lasagna segera ni? Tolong share sikit dengan kakchik.
Kak Tie pernah makan tapi tak pernah la buatnya. Tapi kan, kalau yang instant tu mudah kot. Sumbat je dalam oven, hehe..
ReplyDeleteKak Tie, yang ni nama je instant tapi bila tengok kat cara2nya di belakang kotak tu, kena masak2 la sikit sblm masuk oven.
ReplyDeleteNanged You Today My Friend
ReplyDeleteNanged ME Also
http://pretselmaker.blogspot.com/2009/11/nang-me-i-nang-you.html
thanks PM. i did nanged you and read your post.
ReplyDeleteSalam kak
ReplyDeleterajinnya akak...
Wa'alaikummussalam Um. Masyitah. Takdelah rajin mana pun masyitah. Nak makan punya pasal kenalah usahakan. Betul tak? Tapi sayangnya hajat tak tercapai.
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeletesalam perkenalan dari kak gerau. kak gerau pun pernah. Dapat susu masam. Tapi dah masuk terus dalam perut suku cawan. OOOOOO..esok memang sakit perut.
Wa'alaikummussalam kak gerau. Salam kenalan kembali.
ReplyDeleteKadang-kadang kita tak sempat nak cium baunya atau nak test sikit rasanya sebab baru dibeli.
Tak sangka pula dah masam kan.
Kesian kak gerau sampai sakit perut.