Followers

20.1.10

Perkembangan Positif

Assalamualaikum dan salam petang Rabu kepada semua yang singgah di sini.
Semoga hidup kita hari ni berjaya meningkatkan satu amalan baik berbanding semalam.

Atas permintaan beberapa orang rakan blogger yang ingin mengetahui perkembangan terkini kedai buku kakchik, maka hari ni kakchik nak berceritalah sedikit sebanyak. Kalau anda bosan tu kakchik minta maaf ya sebab ini cara kakchik bercerita. Tak tahu dah cara lain.


backdrop untuk MariBaca

Hari ni masuk hari ke-9 MariBaca Bookstore menjalankan bisnes di lokasi baru iaitu di Kota Sri Mutiara yang turut mempunyai pasaraya Billion di dalamnya. Setakat hari ni jualan kami masih tidak begitu banyak perubahannya daripada tempat lama tapi menunjukkan peningkatan setiap hari. Tapi umlah pelanggan (pemerhati) yang masuk ke kedai adalah lebih ramai.


pengunjung dari kalangan pelajar kolej PTPTL

Kawan-kawan rapat juga datang menyatakan sokongan mereka ke atas usaha kakchik ini. Alhamdulillah, mereka turut membeli atau pun menyewa buku dari MariBaca. Kakchik cukup menghargai sokongan mereka kepada kakchik. Terima kasih ya sahabat-sahabat semua.


sahabat baik yang ralit memilih novel untuk disewa

Kakchik amat positif akan perkembangan di tempat baru ini berbanding tempat lama. Malam tadi ada pasangan pelancong yang menginap di hotel sebelah iaitu Hotel Renaissance datang ke kedai untuk membeli PETA Malaysia. Oh, kami terlepas peluang! Peta tiada di kedai kakchik. Ini petanda yang baik. Kakchik baru terfikir alangkah bagusnya kalau MariBaca turut menjual peta kerana pelancong ramai menginap di hotel tersebut. ASAP bekalan peta akan dicari!

Sempena pembukaan kedai baru ini MariBaca juga telah membuat persediaan untuk membuka KEAHLIAN untuk 100 AHLI ISTIMEWA. Kenapa istimewa? Belum dapat nak kakchik beritahu jawapannya hehe.

Hmm... mati idea la pulak.

12 comments:

  1. kak Chik,
    tahniah ye...
    semoga kedai kak chik terus berkembang maju..!
    cayok2!!!!..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Kak chik. Bestnya kedai buku kak chik. Mehla bukak satu kat sini. Nak jugak pi. huuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. iu, terima kasih banyak ya. semoga Allah dengar dan makbulkan doa iu.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam ina. hehe, insyaAllah bila dah lebih berkemampuan nanti, ada juga cita-cita nak buka cawangan. tak pun ina aje yang buka, beli konsep dgn kakchik.

    ReplyDelete
  5. Salam kak chik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Apa khabar? Hu3.

    Lama tak membising di sini. Harap Kak Chik baik-baik sahaja, InsyaAllah. ^^

    Bilalah saya dapat gi Mari Baca...

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam aqieya.
    Kakchik sihat, alhamdulillah.
    Tu lah... kalau dtg tak mau tinggal jejak :D
    Kalau ke KB tu panjangkanlah langkah ke MariBaca ya.

    ReplyDelete
  7. salam kak chik,
    wah, bole sewa novel? best tu. kat billion? kalu kami balik lalu KB, kami singgah. Insya Allah..

    ReplyDelete
  8. wahh bagus usaha ni!
    semoga rakyat kita akan lebih banyak membaca

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam nurindah. ha'ah nur, boleh sewa... mesti kena singgah tau. kalau tak kecik hati kakchik ni. dah la kakchik kecik hehe.

    ReplyDelete
  10. terima kasih taufiq dan selamat datang ya.
    harapan itulah yang kakchik mohon Allah permudahkan.
    minta dibuka hati-hati masyarakat kita ni untuk suka membaca dan membaca berterusan.

    ReplyDelete
  11. salam kakchik
    semoga Allah majukan lagi perniagaan akak sekeluarga.peta?bagus tu kak kena perbanyakkan,teringat Irfan Khairi yang menjual peta..
    bila ntah agaknya kami dapat ke kedai akak..

    ReplyDelete
  12. wkslm masyitah.
    amiin. itulah kakchik sedang usahakan mendapatkan stok peta dari pejabat pelancongan negeri.
    kalau panjang umur murah rezeki, insyaallah masyitah pasti sampai di maribaca.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs